in

Penyampai U FM Jimmy Shanley & Tyzo Temuramah Perdana Menteri Malaysia

Penyampai Radio U FM Jimmy Shanley & Tyzo Bakal Temuramah Perdana Menteri Malaysia

Jom bersama penyampai pagi U FM, Jimmy Shanley dan Tyzo Jumaat, 22 Mac 2013 7 pagi, untuk mendengar temuramah istimewa bersama YAB Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Temubual yang akan memberi peluang untuk mengenali keperibadian YAB Perdana Menteri dengan lebih dekat lagi adalah berkonsepkan intim dan peribadi.

Rakyat Malaysia secara keseluruhannya lebih mengenali Perdana Menteri kita sebagai seorang yang serius dan berpengaruh. Oleh itu U FM ingin menggambarkan beliau di dalam persektif yang berbeza. U FM kini bersedia untuk menemuramah beliau dengan mengemukakan soalan-soalan yang lebih santai dan peribadi.

Pernahkan anda tertanya bilakah kali terakhir Perdana Menteri kita memandu kereta dan adakah beliau seseorang yang bersenam? Soalan-soalan ini dan banyak lagi akan terjawab di temuramah U FM bersama Datuk Seri Najib Tun Razak.

Rakyat Malaysia mungkin tertanya-tanya akan keperibadian Datuk Seri Najib Tun Razak, adakah beliau seorang yang garang, ramah, pemalu, atau sebagainya? Memandangkan rakyat Malaysia hanya mengenali beliau secara formal melalui surat khabar dan televisyen, U FM mengambil keputusan untuk menghubungi pejabat Perdana Menteri dan selepas beberapa hari, pihak U FM dikejutkan dengan berita bahawa penyampainya telah dijemput untuk mengadakan temubual eksklusif bersama Perdana Menteri di Putrajaya. Ini merupakan kali pertama sebuah stesen radio dibenarkan untuk melaksanakan sesi temuramah sebegini rupa di dalam pejabat Perdana Menteri.

Disebabkan temuramah ini berkonsepkan soalan-soalan yang mungkin dilihat sebagai soalan-soalan yang agak peribadi, Jimmy Shanley kelihatan gemuruh untuk melaksanakan temuramah bersama Datuk Seri Najib Tun Razak. Katanya, agak segan untuk berdepan dan duduk bersama dengan Perdana Menteri Malaysia membincangkan tentang hal-hal peribadi, sesuatu yang jarang dibuat oleh media massa.

Kata Jimmy lagi, “Agak bimbang kerana ini kali pertama saya berpeluang untuk duduk dan berborak dengan Perdana Menteri. Manalah tau, terbuat silap ke, atau tersalah cakap. Tapi saya akan buat yang terbaik dalam mewakili pendengar-pendengar U FM yang ingin mengenali Perdana Menteri dengan lebih dekat lagi.”

Untuk mengetahui apa yang akan dibual oleh Jimmy Shanley dan Tyzo bersama Perdana Menteri Malaysia, jangan ketinggalan mendengar U FM di frekuensi 101.3 FM (Lembah Klang) pada hari Jumaat nanti!

Ke udara sejak Januari tahun 2013, memainkan lagu-lagu lama dan baru kegemaran ramai 24 jam sehari.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sinopsis Drama Duri Di Hati

Penampilan Aaron Aziz & Lisa Surihani di Oh My English Musim Kedua