Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Penyampai Radio Hot FM Tahun 2008



Berikutan dengan keputusan undian melalui laman web rasmi HOTFM, dengan rasminya mengumumkan barisan baru penyampai bertugas sepanjang tahun 2008 bermula Disember 31, 2007.

Selaras dengan pencapaian Fara Fauzana dan Faizal Ismail sebagai rancangan radio pagi no. 1 Malaysia, mereka telah diundi untuk kekal di program HOT FM AM Krew. Kebolehan mereka berdua berceloteh dengan selamba serta keupayaan membangkitkan semangat hari baru, telah membuatkan pendengar setia HOT FM bersepakat untuk mengekalkan mereka berdua di slot pagi tersebut. Bagi untuk memanaskan hari para pendengar, satu pengisian baru juga telah dimasukkan di segmen ini iaitu “KEJUTAN PAGI HOT FM”. Bagi pendengar yang ingin dikejutkan atau dibangunkan oleh Fara dan Faizal, mereka dikehendaki mendaftar secara online di laman web rasmi.

Kepulangan Kartini Kamalul Ariffin atau lebih dikenali sebagai Tini dari United Kingdom, telah berjaya meraih undi pendengar untuk meletakkan beliau di segmen Menu Muzik HOT FM sessi 10 pagi hingga 1 tengah hari manakala Azura pula kekal untuk segmen tersebut dari jam 1 tengah hari hingga 4 petang.

Kepetahan pengantin baru HOT FM, Sharifah Aleya atau Leya serta keselambaan AG (Muhammad Azmir) memberikan kombinasi yang sepadan dan dijangka akan terus menarik perhatian pendengar HOT FM sepanjang petang melalui segmen HOT FM JAM dari jam 4 petang hingga 8 malam. Di segmen ini juga, satu pengisian telah di tarik keluar iaitu PANAS ABNORMAL. Tiada sebab khusus atas penarikan tersebut.

Akur pada undian pendengar yang mahukan Anne kekal di segmen HOT FM ZON, kali ini HOT FM memberi sedikit kelainan dengan menggandingkan Ikhwan yang juga dikenali sebagai Bong bersama beliau dari jam 8 malam hingga 12 malam. Dan bagi membangkitkan suasana tenang, Fiqrie ditugaskan bagi segmen yang sama tetapi dilanjutkan sehingga jam 2 pagi. Satu Kelainan yang dibuat dalam segmen ini adalah penambahan satu pengisian baru iaitu HOT OK KO dimana, pendengar diberi peluang memilih satu di antara dua lagu. Lagu yang terpilih akan dimainkan di penghujung jam tersebut dan pendengar bertuah tersebut akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM100.00.

Sementara pengisian yang rutin, HOT FM meletakkan harapan pengisian baru yang telah dimasukkan si segmen tertentu. Serentak dengan permintaan dari pendengar setia sekarang, HOT FM berharap pembaharuan ini dapat memancing minat pendengar baru untuk terus setia bersama.

Untuk keterangan lanjut, sila layari www.hotfm.com.my

[tags]hot fm, fara fauzana, faizal ismail profile, kejutan af6, kartina, syarifah aleya, leya[/tags]

Tags:

Tags: , , , , , , ,

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Trivia: Beg Kuning Penyampai Radio Mana ni
  • Radio Capital FM88.9 Mahu Lawan Radio Hot FM dan Radio Era?
  • Gambar Penyampai di Media Nite Radio Hot FM & Fly FM
  • Gambar Fara Fauzana di Sidang Media Top 5 ABP 2008
  • Keputusan Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008
  • Kieran Era FM Lari Ke Hot FM, AC Mizal Hos AF6
  • Khai dan Rosma di Pertandingan Bintang Kecil 2008
  • Selebriti di Majlis Lunch Bersama AMP Radio Networks
  • Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 Pada 12 April 2009
  • Senarai 5 Finalis Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008



  • =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK