in

5 Finalis Gegarkan Pentas Akhir GEGAR LAWAK

Barisan pelapis terbaik pelawak tanah air bagi program Gegar Lawak telah diketahui pada Jumaat lalu apabila pengacara program, Fad dan Kamal Adli mengumumkan secara langsung barisan lima peserta yang berjaya ke pentas akhir Gegar Lawak bagi memburu gelaran juara, seterusnya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM 50,000.00.

finalist GL

Padil, Eyya, 2B, Kiut dan Abata bakal buat dua persembahan bertemakan ‘muzikal’ dan ‘bebas’

Mereka terdiri daripada dua peserta solo iaitu Padil dan Eyya, kumpulan 2B yang merupakan wakil tunggal peserta duo serta dua peserta trio iaitu Kiut dan Abata. Kegembiraan berganda buat Abata apabila mereka turut memenangi anugerah ‘Man On Demand’ iaitu gelaran yang diberikan kepada peserta terbaik pada minggu tersebut.

Untuk persembahan minggu akhir, setiap finalis harus membuat dua persembahan lawak berdasarkan dua tema yang berbeza iaitu tema ‘muzikal’ dan ‘bebas’. Nabil Ahmad, anak seni yang juga bermula sebagai seorang pelawak solo amatur menerusi pertandingan pencarian bakat lawak dan kini sudah satu dekad berkecimpung dalam dunia hiburan, akan turut turun padang selaku Juri Jemputan untuk menilai para finalis dan memberi sokongan terhadap mereka.

Kelima-lima finalis akan diadili dengan pemberian markah sebanyak 70% daripada barisan juri dan 30% daripada undian penonton yang dihantar menerusi sistem pesanan ringkas (SMS). Hadiah kemenangan pula berupa wang tunai bernilai RM 50,000.00 bagi juara, RM 25,000.00 bagi naib juara dan RM 15,000.00 bagi pemenang tempat ketiga. Manakala sagu hati sebanyak RM 10,000.00 menanti pemenang tempat keempat dan RM 5,000.00 bagi pemenang tempat kelima.

Pentas akhir Gegar Lawak akan dipancarkan secara langsung pada Jumaat ini, jam 10.00 malam di Astro Warna (saluran 132) dan siaran serentak di Warna HD (saluran 134). Penonton juga turut boleh bergelak tawa dengan menonton program in melalui platform digital, Astro GO dan ‘on demand’.

finalis

Kiut

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tiada Yang Mustahil Dalam Dokumentari IMPOSSIBLE ENGINEERING

Elly Mazlein Akui Payudara ‘Naik’ Kerana Anak Masih Menyusu