Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











PENSTRUKTURAN RTM MENGHADAPI DUNIA PENYIARAN ERA DIGITAL



PENSTRUKTURAN RTM : PERSEDIAAN MENGHADAPI DUNIA PENYIARAN ERA DIGITAL

Selaras dengan perkembangan teknologi, dunia penyiaran juga menerima perubahan dan kini dalam persediaan bertukar ke era digital. Kebanyakan negara di dunia telah pun memulakan proses pertukaran dari penggunaan sistem analog ke sistem siaran digital. Malaysia juga kini sedang dalam persediaan ke arah penyiaran digital dan mensasarkan penggunaannya menjelang tahun 2012.

Perkembangan dunia dan keperluan masyarakat yang berbeza juga telah mengubah dunia penyiaran daripada broadcasting kepada ”narrow casting”, kerana kini masyarakat lebih cenderung kepada sesuatu perkara yang mereka mahukan.  Disinilah wujudnya kepada saluran-saluran khusus yang memberikan siaran mengikut keperluan masyarakat tertentu seperti saluran khusus untuk berita, hiburan, sukan, kanak-kanak dan lain-lain.  Populariti kepada saluran ”rojak” atau pelbagai genre program  dalam satu saluran semakin berkurangan.

Sebagai persediaan permulaan ke arah saluran yang lebih khusus dalam era digital, RTM telah mengorak langkah awal dengan melakukan penstrukturan semula ke atas dua saluran televisyennya.   Mulai 1 Januari 2009, RTM1 dan RTM2 yang bertukar kepada TV1 dan TV2 kepada dua saluran yang lebih khusus kepada dua genre yang berbeza, iaitu Informasi dan juga ceria.

TV1 sesuai dengan temanya ”Informasi” akan menjadi sebuah saluran Informasi yang mana ianya akan menumpukan kepada berita dan juga program-program berbentuk informasi seperti dokumentari, majalah dan bicarawara.

Program TV1 yang dimaksudkan ialah program berita yang merangkumi Nasional @ 1, Semasa @ 1,  yang mana akan berlangsung setiap setengah jam. Selain itu ianya juga akan menyiarkan warta lain termasuklah Utama @ 1, National @ 1 (Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Mandarin dan Tamil), Wilayah @ 1, Dunia @ 1, Biz @ 1 (Malaysia/Singapura dan Malaysia/China), Sukan @ 1, Warta Serumpun, Galeri Perdana, Parlimen @ 1, Global @ 1 dan Info Sukan @ 1 yang selaras dengan matlamatnya menyampaikan informasi.

Masa-masa lain akan dipenuhkan dengan pelbagai prgoram-program informasi. Antaranya ialah mengekalkan Selamat Pagi Malaysia, HOT @ 1, Isu, Blog, Fenomena Seni bersama Rosyam Nor, Vasantham, What Say You selain memperkenalkan program baharu iaitu Dialog @ 1, Wanita @ 1, Pengguna @ 1 dan Eksklusif @ 1 selain program Di Luar Lingkungan bersama Sayed Munawar serta Santai @ 1 bersama Hezri. Istimewanya program-program baharu ini ialah ianya menampilkan perantara program di RTM mengendalikan program sendiri mengikut konsep yang tersendiri yang pasti berinformasi lagi menghiburkan.

Menerusi program dokumentari dan majalah, penonton berpeluang menyaksikan program menarik mengisi slot Lensa @ 1 iaitu Karyawan Muda, Simfoni Alam, Agro Jurnal, Intrend dan Gen X. Begitu juga menerusi program Generasi Y, Anakku Gemilang, X-Plorasi, Agrotek, Panorama dan Sukan. Bagi pengisian berbentuk nasional geografi pula, slot Vibrant, slot World Watch (doku luar negara) dan slot Special @ 1 yang menjanjikan program yang menarik khusus untuk tontonan peminat TV1.

Namun demikian, walaupun ada program-program yang telah ditetapkan, TV1 akan sentiasa memberikan kelebihan kepada berita dengan adanya news break dari masa ke semasa jika berlaku sesuatu kejadian ataupun bencana yang akan di bawa secara langsung daripada tempat kejadian.

Sementara TV2 pula tertumpu kepada saluran yang ceria untuk rakyat.

Program TV2 mengandungi program menarik berbentuk drama, filem, dokumentari dan program hiburan untuk tontonan pelbagai lapisan masyarakat. Ini bertepatan dengan slogan saluran yang mahu mengajak penonton berhibur dan ceria bersama di TV2.

Penonton TV2 berpeluang memilih menyaksikan drama dan drama bersiri mengisi slot Mustika On 2, Pilihan Jumaat, Drama Bersiri (Melayu, Inggeris, Tamil dan Mandarin), Galeri Famili, Citra @ 2, Farah Syakirah, Noktah Dendam, Gerak Khas, Perhentian Masa, Sutera @ 2 dan Mid Day Delight. Sementara itu tayangan filem-filem hebat tidak ketinggalan dapat disaksikan penonton menerusi slot Sinema Jumaat, Saturday Night Special @ 2, Golden Dragon, Cinema @ 2, Teater Legenda, Spice of India, Bollygood Time @ 2 dan Friday Night Movie.

Walaupun padat dengan program hiburan dan aksi lasak, TV2 tidak ketinggalan menyiarkan program kanak-kanak mengisi slot Smart Kids On (Lola & Virginia dan In The Night Garden) dan Kids On 2 iaitu Kiba, Poko, Pink Panther, Hidayat siri 3, Pelarian Nebula, Spectacular Spider, Master Raindrop dan Backegyamon selain Monster Warrior, Street Football, Duel Masters, Bola Kampung dan Chiki Boom. Ini merupakan sebahagian program-program menarik yang bakal disajikan kepada penonton kerana banyak lagi program baharu yang lebih mantap dan menarik akan dihidangkan dari semasa ke semasa.

Justeru diharap langkah penstrukturan RTM ini merupakan strategi terbaik untuk meningkatkan daya saing dalam usaha menyampaikan maklumat terkini dan hiburan kepada penonton TV1 dan TV2. Malah menarik lebih ramai penonton menonton RTM. Ini kerana dalam menghargai selera penonton RTM kini memberi peluang kepada para penonton untuk mendapatkan siaran yang penuh informasi di TV1 dan berhibur ceria dengan program ria di TV2.

Tags:

Tags:

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Trivia: Jam Digital G-Shock Pelakon Mana Ni?
  • Anugerah Seri Angkasa 2010
  • MAJLIS PERASMIAN KOMPLEKS PENYIARAN TUANKU MUHAMMAD NEGERI SEMBILAN
  • Portal Tonton Capai 2 Juta Pengguna Berdaftar
  • Samsung GALAXY S II Reaches 5 Million Global Sales
  • Komposer Zubir Ali Meninggal Dunia
  • PERJANJIAN MEMORANDUM PERSEFAHAMAN – MOU ANTARA RTM DAN TAEKWONG SYSTEM
  • Quotes of The Day: Kami Tak Kisah Dituduh Ciplak
  • Hafiz & Hazama AF Rebut Takhta Ikon Nipster
  • Apa Ada di Galleriizu?



  • 8 Komen untuk entri “PENSTRUKTURAN RTM MENGHADAPI DUNIA PENYIARAN ERA DIGITAL”

    1. vote me kata:

      so tv1 akan tumpu pada niche market berita semasa je la ye?
      ok la tu.. yang selalu tonton tv1 ni pun kebanyakannya orang2 lame..

    2. Honeybee kata:

      Hellooooooo….. org2 lame? ‘Low class’ ke klau tgok RTM?

    3. dark kata:

      caya lah RTM…RTM sentiasa di hati

    4. Tabuan kata:

      well.. memang dah tiba masa nyer RTM membuat perubahan baru.
      Sampai bila nak bertakuk pada cara yg lama.

      Sebelum adanyer penyiaran swasta.. RTM lah yg menghiburkan hati kita sejak dari zaman datuk nenek kita dulu.
      till now wpun ada yg lain… RTM tak pernah dilupakan.
      So RTM pls improve for a better.

    5. fanatix kata:

      psl tv percuma digital ni, entah berapa ramai org mesia yg tahu utk mendapatkan siaran digital, kita perlu membeli kelengkapan baru cam set-top box ala-ala astro tp pasang pd antena dan siarannya ttp percuma. sy juga tertanya2 perancangan stesen media prima jd digital (iaitu proses sama cam rtm bukan catch-up tv kat internet)…

    6. june kata:

      takde lama..takde lah yg baru yer tk hehe..apapun syabas untuk RTM sbb berani buat sesuatu yg baru..

    7. Obefiend kata:

      @fanatix

      youa re a well informed person. good on you.. in fact RTM is now testing their hidef broadcast

      yes

      HI DEFINTION 1080P.. so now you wont be slighted for buying that HDTV

    8. M U AROWANA AQUACULTURE kata:

      Syabas dan tahniah RTM.

      Yang lama tak semestinya yang terbaik. Jadi Yang lama mesti mengikut arus untuk memastikan ianya tetap terbaik.

      Well done.

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK