in

Pensonic Sambut Ulang Tahun ke-30

Pensonic, pembekal peralatan elektrik tempatan yang terbesar akan meraikan ulang tahun ke-30 pada bulan Jun ini. Terkemuka dengan penghasilan peralatan elektrik yang bermutu serta berpatutan harganya, kisah kejayaan Pensonic bermula daripada sebuah kedai kecil.

Bermula pada tahun 1965, pengasas Pensonic, Dato’ Seri Chew Weng Khak telah menubuhkan perniagaannya sendiri dengan membekalkan perkhidmatan pembaikian peralatan elektronik seperti radio, pemain cakera dan sebagainya. Nama syarikat merupakan Keat Radio and Electrical Co. Dari penubuhan jenama pada tahun 1982 hingga ke hari ini, Pensonic kini didaftar di sebanyak 20 negara dan memiliki kaki tangan lebih daripada 600 orang di Asia.

pensonic

Kini, Pensonic bukan sahaja menghasilkan peralatan-peralatan elektrik yang berkualiti, malah juga mengambil strategi “multi-brand platform” untuk memenuhi kehendak pasaran. Antara jenama yang dimiliki oleh Pensonic ialah Lebensstil Kollektion dari Jerman dan Cornell dari Amerika Syarikat. Pensonic memiliki hak pengedar tunggal untuk jenama-jenama yang terkenal di antarabangsa seperti Princess dari Holland, GE Appliances dari Amerika Syarikat dan Morphy Richards dari United Kingdom.

Menjelang ulang tahun ke-30, Pensonic akan terus memperluaskan rangkaian perniagaannya yang sedia ada dan pada masa yang sama, mencari pasaran baru yang berpotensi. Untuk tujuan ini, di bawah Program Transformasi Kerajaan (PTK), Pensonic telah melaburkan sejumlah wang yang besar untuk menbina sebuah pusat antarabangsa di Pulau Pinang. Pusat tersebut akan dijadikan ibu pejabat Pensonic dan dijangka akan mula beroperasi pada tahun 2014. Pusat yang meliputi kawasan seluas 2.4 hektar itu dilengkapi dengan infrastruktur yang canggih dan sebuah pusat inovasi untuk menjalankan aktiviti penyelidikan dan pembangunan.

Salah satu perbezaan utama Pensonic dengan jenama-jenama lain adalah keupayaannya untuk mengendali situasi yang paling kompleks. Apabila ekonomi tempatan berada pada tahap yang membimbangkan beberapa tahun yang lalu, bantahan menggunakan produk tempatan dan juga kemasukan produk-produk dari luar negara, namun, dengan strategi pemasaran yang tersendiri dan melalui reputasi jenama yang kukuh, Pensonic mampu mengharungi segala kesukaran dan halangan.

Keinginan untuk sentiasa memperbaiki perkhidmatan dan mempertingkatkan kualiti produk-produk telah membolehkan Pensonic memenangi berbagai-bagai anugerah yang berprestij. Antaranya ialah “Brand Excellence Award” , “The Best Brand In Consumer In Electrical Home Appliances” dan anugerah yang terbaru daripada Putra Brand Awards, “Reputasi Jenama Paling Cemerlang 2012”. Pencapaian tersebut menunjukkan jenama Pensonic memang sebuah jenama yang amat popular di kalangan rakyat Malaysia.

Di dalam beberapa tahun ini, Pensonic giat menjalani pelbagai aktiviti penjenamaan dengan tujuan untuk meningkatkan imej syarikat. Salah satu contoh yang terbaik ialah perlantikan selebriti-selebriti tempatan sebagai “Rakan Pensonic” sejak tahun 2005. Tahun ini secara khususnya, Pensonic telah menyatukan 12 Rakan Pensonic yang popular di kalangan para konsumer untuk merai dan menyaksikan detik kegemilangan ini. Antara Rakan Pensonic yang terlibat ialah Anita Sarawak, Amber Chia, Chef Ismail, Alan Yun, JJ dan lain-lain. Pensonic berharap dengan imej Rakan Pensonic yang sihat lagi bersemangat, mereka dapat menyumbang kepada usaha peningkatan jenama Pensonic di kalangan rakyat tempatan.

Pada hujung tahun lepas, Pensonic baru mendedahkan logo baru yang bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-30. Logo tersebut merupakan logo yang mendapat tempat pertama dalam Pertandingan Reka Bentuk Logo. Rekaan yang mengagumkan itu diilhamkan oleh perpaduan yang ditunjukkan oleh semua yang berhubung dengan Pensonic. Ini menandakan penghargaan Pensonic kepada mereka semua yang telah menyumbang kepada kejayaan syarikat sepanjang masa ini.

Pelbagai acara perayaan, aktiviti dan promosi yang menarik akan diadakan mulai bulan Jun hingga akhir tahun. Misalnya, rancangan memasak daripada Chef Ismail yang bertajuk “Siapa di Rumah”, majlis penghargaan, pelancaran produk terbaru “Bold Fan” ke pasaran dan lain-lain. Segala-gala ini menandakan penghargaan Pensonic kepada para pelanggan yang menunjukkan sokongan yang tak terhingga kepada Pensonic selama ini.

Bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-30, Pensonic akan menawarkan jaminan “satu tukar satu” kepada sesiapa yang membeli kipasBOLD, dengan syaratnya kerosakan pada kipas ditemui dalam jangka masa satu tahun dari tarikh pembelian. Jaminan yang menakjubkan ini menunjukkan Pensonic memang yakin akan ketahanan dan kekukuhan kipas BOLD ini, seumpama dengan sifat ketabahan Pensonic di dalam bidang yang bersaing sengit ini.

Ekonomi dunia memang tidak dapat diduga dan penuh dengan cabaran. Walau bagaimanapun, Pensonic percaya dengan visi yang jelas dan strategi pemasaran yang tersendiri, ia dapat berkembang maju dan membina nama sendiri di pentas antarabangsa.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Nurul Akan Berkahwin Lelaki Perancis Eric Daniel Depp

Pementasan Teater SEJARAH NASIB LEPAS SENAPAS