in

Penny Tai Menang Besar di Taiwan Golden Melody Awards 2014

Penyanyi Malaysia, Penny Tai raih kemenangan berganda pada majlis berprestij Taiwan Golden Melody Awards 2014

Kuala Lumpur, 7 Julai 2014 – Penyanyi dan komposer kelahiran Malaysia, Penny Tai Pei Nee raih kemenangan berganda apabila memenangi dua anugerah utama iaitu Penyanyi Terbaik Wanita dan Penerbit Terbaik pada majlis berprestij Taiwan Golden Melody Awards, menjadikan beliau rakyat Malaysia pertama meraih gelaran itu.

Penny Tai Won Golden Melody Awards Pic

Berasal dari Johor Bahru dan menetap Taipei buat masa ini, Penny Tai telah diambil oleh penerbit Taiwan, Eric Chan untuk bernaung di bawah syarikatnya sekali gus menghasilkan jenama muzik rock / folk / pop sendiri sejak 12 tahun yang lalu dan mendapat pujian kritis.

Beliau memenangi Anugerah Penyanyi Terbaik Wanita dari album terbarunya, Unexpected dan Anugerah Penerbit Terbaik untuk album bakat baru dari China, Kaola Liu yang buat pertama kali
menyaksikan Penny sebagai penerbit album.

Diuruskan oleh The Wonderland+ di Malaysia, Penny tidak pernah gagal untuk memberi sokongan terhadap industri muzik tempatan. Malah, sewaktu pembikinan album yang memenangi dua anugerah itu, Penny menggunakan khidmat penulis lagu Malaysia dan juga ramai pemuzik tempatan.

Kemenangan besar Penny itu melambangkan betapa hebatnya bakat rakyat Malaysia dalam muzik.

===

Malaysian Singer, Penny Tai double victory at the prestigious Taiwan Golden Melody Awards 2014! Malaysian singer-songwriter, Penny Tai Pei Nee gains acclaimed victory, winning double major awards – Best Female Singer and Best Producer from the prestigious Taiwan Golden Melody Awards, making her the first Malaysian to do so.

Penny Tai Pic 2

Hailed from Johor Bahru and currently based In Taipei, Penny Tai was signed by top Taiwan producer, Eric Chan and has been producing her own brand of rock / folk/ pop music for the past 12 years with critical acclaim. She won the Best Female Vocals Award from her latest album, Unexpected and Best Producer Award for the album of newcomer from China, Kaola Liu which is also the first time or Penny as a full album Producer.

Managed by The WonderLand+ in Malaysia, Penny never fails to give support to local music. In fact, for the current award winning album production, Penny uses full Malaysia songwriters and also many local musicians. Penny’s major victory signifies Malaysians talent in music.

Penny Tai Pic 1

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

2BIC Lancar Muzik Video Lagu WALK BACKWARD

Pengurus Minta Zizan Razak Tunjuk Bukti Seleweng Wang Syarikat