in

Penny Tai Harum Nama Malaysia di Gloden Melody Awards Taiwan

Penny Tai Telah Mengharumkan Nama Malaysia Dua Tahun Berturut-turut di Gloden Melody Awards Taiwan. Penyanyi dan penulis lagu popular Malaysia, Penny Tai telah mengharumkan lagi nama negara. Beliau telah memenangi dua anugerah yang berprestige di Golden Melody Awards (GMA) ke-26 yang baru berlangsung minggu lepas di Taiwan.

Kali ini, artist yang berbakat besar dan berasal dari Johor ini telah memenangi anugerah besar yang membawa kejayaan besar ke atas artis berkumpulan di bawah naungan beliau iaitu Buddha Jump. Buddha Jumpa merupkan sebuah kumpulan yang berasal daripada Taiwan, di mana yang memperjuangkan muzik rock indie pop dan Penny Tai memainkan peranan utama dalam kejayaan kumpulan ini.

Buddha Jump telah dianugerah Penyusun Muzik Terbaik dan turut menerima Anugerah Kumpulan Terbaik untuk album mereka yang berjudul ‘Let You See’ sempena muzik tahunan tersebut yang bertaraf dunia dan setanding dengan Anugerah Grammy.

Penny amat berbangga kerana dapat mengharumkan nama negara dan menyampaikn ucapan terima kasih kepada GMA atas anugerah dan pengiktirafan tersebut. Penny berkata lagi kedua-dua anugerah itu merupakan pendedahan kepada nama kumpulan tersebut.

Dalam GMA tahun lepas, Penny dikurniakan anugerah Penyanyi Wanita Terbaik dan Penerbit Muzik Terbaik, menjadikannya warga Malaysia pertama yang menerima anugerah buat dua tahun berturut- turut di acara yang sama.

Penny, yang diuruskan oleh The WonderLand+ di Malaysia, telah aktif dalam industri muzik melebihi sedekad dan telah mengeluarkan sebanyak 11 album sepanjang kerjayanya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kini Anda Boleh Baca Twitter Dalam Kapal Terbang Airasia

Filem TED 2 Kelakar Dalam Sinikal Sensual