Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Penjelasan: Budiey Bukan Bakal Suami Ella!



Tidak habis lagi dengan isu kontroversi di mana ulasan Qabil Khushry Qabil Igam yang ditulis oleh Budiey diplagiat, Blog Sensasi Selebriti sekali lagi dilanda satu lagi kontroversi.

Sudah kecoh satu Malaya. Sudah kecoh satu dunia! Inilah angkara manusia-manusia yang tidak beretika, pakai redah semberono je ambik gambar Budiey bersama Ella dan mengatakan Budiey dengan Ella ada hubungan intim gitu kan.

Kemudian, disiarkan kepada umum. Apa kes? Katanya, Budiey bakal suami Ella! Jauh panggang dari api!

Kalau ya pun, tanya dulu tuan empunya blog di mana gambar tersebut diambil dan siapakah sebenarnya jejaka di sebelah Ella itu.

Dan jawapan kepada pertanyaan itu, jejaka yang berada di samping Ella itu adalah pengendali blog ini sendiri… That’s me, Budiey! Gambar itu diambil ketika saya menghadiri satu majlis pelancaran party GUESS di Zouk KL dua tahun yang lalu!

Minggu ini gambar Budiey sudah tersebar di Mingguan Perdana. Damn! Ingin saya katakan di sini, Budiey bukan bakal suami Ella. Sekali lagi saya ulangi, Budiey bukan bakal suami Ella!

Kalau Ella tahu perkara ini, mesti Ella juga akan menafikannya. Kalau anda semua nak tahu, bakal suami Ella itu lebih tua dari Budiey. Budiey baru je 24 tahun, you all! Dan Budiey tak pandai pun tulis puisi dan pantun, okay! Budiey bukan orang yang jiwang!

Gambar tersebut memang nampak begitu mesra dan intim. Namun, mesra antara Budiey dan Ella sekadar seorang peminat sahaja. Bukankah Ella selalu manja dengan peminat dan semua orang? Harap ini dapat diperbetulkan.

Ini berikutan dari satu entri yang Budiey telah tulis mengenai Ella yang bakal berkahwin.

Dan hari ini Budiey digemparkan dengan berita yang disebarkan melalui email. Satu lagi mala petaka yang buruk telah menimpa Budiey. Semoga Tuhan memberikan hidayah kepada manusia-manusia yang melakukan pengkhianatan ini.

Email itu berbunyi:

Umum sudah semestinya sudah dengar mengenai berita perkahwinan ratu rock negara iaitu Ella (Norzila Aminuddin). Ella merancang akan melangsungkan majlisnya pada 31 Julai pada tahun ini. Ini bersempena dengan tarikh lahir beliau yang ke-41.

Tahniah saya ucapkan. Pengumuman ini dinyatakan semasa melancarkan album terbarunya yang bertajuk ‘Rama-rama”. Tetapi yang tidak diketahui ialah siapakah bakal suaminya itu.

Dikatakan bakal suami Ella adalah seorang yang gemar berpuisi.

Siapakah dia itu? Adakah jejaka misteri di atas? Haha..Wallahua’alam. Bagi anda semua yang ingin mengucapkan rasa tahniah, anda boleh berbuat demikian di laman rasmi Myspace Ella. Diharapkan semuanya akan selamat, insya Allah.

Tags: , ,

Tags: , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Ratu Rock Ella Pakai Pendakap Gigi
  • Gambar Ella di Sidang Media Mentor 6
  • Keratan Akhbar: Inilah Bakal Suami Ella!
  • Album Kompilasi Terbaru Ella BALADA
  • Lirik Puisi Hamba – Ella
  • Gambar Ratu Rock Ella di International Tiger Summit Russia
  • Konsert Ella di Istana Budaya
  • Muzikal Raya Ratu Rock Ella
  • Isu Fitnah Ella & Jojie Berbogel dalam Video Klip Filem Lucah?
  • Ella, Botok, Vitamin C, Braces dan Michelle Wee Melodi



    • erin

      sabar ye dear..
      ade hikmah diatas segala²nya
      rin doa yg terbaik utk budiey..

    • http://nuraarin.blogdrive.com Aarin

      Baru saya tahu/sedar dunia hiburan nie mmg macam2 kontroversi

    • http://faiznordin.blogdrive.com pakcik MMA

      sabar ya budiey. Tapi, bloggers pun dah leh kene gosip ngan artis. Hehehe

    • Ogik

      hhehehe…biasalah tu budiey. You dh explain ni okler. Org nak percaya ke tak itu belakang kira. Suruhlah kawan bloggers yg lain tolong explainkan jugak. Tapikan…I dah lama tengok gmbr tu tp tak penah tau itu sebenarnya you. Klu you tak citer kt sini, mmg tak tau pun.

    • Pingback: Sensasi Selebriti » Blog Archive » Keratan Akhbar: Inilah Bakal Suami Ella!

    • http://today-link.blogspot.com mieroc

      bila punya crite ni,, huhu

    • fb_0512

      u pun kene gosip ekkkkkkk?????cian nyer!!!!!!!

    • http://www.e-rafa.com Honeybee

      Ksian Budiey .. rupanya Budi kna dugaan yg lagi perit ek .. TQ 4 da advice tdi … smoga Budi kian tabah dlm dugaan mndatang.. insyaAllah ..



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK