in ,

Pengguna GALAXY Life Teruja Menonton X-Men: Days of Future Past

Pada jam 9 malam, tanggal 21 Mei 2014, pengguna setia produk Samsung telah mendapat layanan istimewa apabila menjadi antara yang pertama menonton filem kegemaran ramai X-Men: Days of Future Past di pawagam GSC Mid Valley, Kuala Lumpur.

Walaupun sudah menonton filem lakonan Hugh Jackman ini sebanyak tiga kali ini, namun Budiey tidak ketinggalan untuk meninjau sambutan dari pengguna Samsung yang rata-ratanya cukup teruja. Perasaan excited untuk menonton itu tetap sama dan mood menonton tidak hilang walaupun sudah mengetahui apakah perakhiran yang berlaku.

Seawal jam 6 petang, pengguna telefon bimbit Samsung yang mengaktifkan GALAXY Life telah datang ke pawagam ini untuk menukarkan tiket movie ini. Sebelum itu, pada hari yang sama, Samsung Malaysia telah mengumumkan sebanyak 3,600 tiket prebiu filem ini bakal diedarkan kepada pengguna GALAXY di seluruh Malaysia. Mereka boleh menukarkan tiket di empat lokasi iaitu GSC Pavilion, Kuala Lumpur, GSC Mid Valley, Kuala Lumpur, GSC Gurney Plaza, Penang dan GSC AEON Bandaraya, Melaka.

Kepada pembaca yang menggunakan alat peranti mudah alih Samsung bolehlah memuatturun aplikasi GALAXY Life melalui Google Play Store dan login dengan akaun Samsung anda. Akan datang, banyak lagi tawaran menarik akan diumumkan kelak.

Jom tengok gambar-gambar menarik sekitar acara yang berlangsung semalam.

Samsung

Samsung

Samsung

Samsung

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ada Sebab Hanez Suraya & Teman Lelaki Saman MAS

Inilah Logo Filem Batman v Superman: Dawn of Justice