in

Pengarah filem Jamil Sulong Meninggal Dunia

Pengarah filem veteran, Datuk Jamil Sulong, 88, menghembuskan nafas terakhirnya sebentar tadi selepas koma akibat serangan angin ahmar akhir bulan lalu.

Perkara itu disahkan kenalan rapat keluarga Allahyarham, Den Wahab.

Pengarah filem Jamil Sulong Meninggal Dunia

Den, ketika dihubungi, berkata beliau dimaklumkan bahawa Allahyarham dibawa keluar dari hospital di mana beliau dirawat, tengah hari tadi.

“Saya dapat tahu pihak hospital sudah tidak dapat buat apa-apa lagi untuk menyelamatkannya. Saya ucapkan takziah untuk keluarga Allahyarham,” katanya.

Allahyarham yang banyak berkarya pada era kegemilangan sinematik Melayu, menghasilkan filem seperti Batu Belah Batu Bertangkup dan Si Tanggang.

Allahyarham yang juga suami seniwati Datuk Rosnani Jamil, berasal dari Parit Sulong, Batu Pahat, Johor.

Allahyarham meninggalkan empat orang anak iaitu Murniaty Jamil, Arjunaidi Jamil, Dr Anwardi Jamil dan Asnadi Jamil. Sumber: Berita Harian

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Chef Wan Ajar Cara Selamat Dengan Gas PETRONAS

Radio Hot FM Dah Tukar Ke Cool FM?