Pengarah Drama SAKA: Minda Penonton Perlu Diubah
“Saya tidak mahu memaparkan karya yang membuatkan orang lebih takutkan hantu dari takutkan tuhan,”
Itulah sebahagian janji pengarah filem Saka, Ismail Yaacob apabila ditanya tentang karya terbaru beliau. Ismail merasakan adalah menjadi tanggungjawabnya untuk membentuk pemikiran penonton dalam melihat dan menonton karya-karya berdasarkan kisah misteri dan mistik samada di layar perak atau di televisyen. Bagi beliau, cukuplah selama ini penonton disogok dengan mempercayai kisah-kisah hantu yang disiarkan.

Melalui karya beliau terbaru, Saka, yang akan ditayangkan di TV3, dia rasa cukup puas, kerana secara tidak langsung, berupaya dalam membawa pemikiran penonton keluar dari kotak dan berfikir secara kritis berkaitan perkara-pekara seperti ini.
“Saka bukan seperti cerita hantu yang lain, tiada hantu yang memakai kain putih dalam cerita ini…” komen Ismail bila ditanya mengenai imej hantu yang cukup tipikal dalam produksi di sini, “Saya akan berikan yang terbaik, dan tidak akan membuatkan penonton takut dengan makhluk seperti ini,” tambahnya lagi.

Beliau juga ditanya jika terdapat sebarang kisah misteri ketika menjalani pengambaran, namun beliau menafikan wujudnya kisah-kisah tersebut, cuma ada beberapa kejadian yang biasa tetapi mungkin dilihat sebagai luar biasa, ulas Ismail lagi.
Saka mempunyai 26 episod untuk tayangan slot Seram di TV3, dan setiap episod membawa persoalan misteri berkaitan saka yang berlainan, misalnya mengenai buaya putih, busut pujaan, harimau saka dan banyak lagi.
Saksikan Drama SAKA di TV3 bermula malam ni.

[tags]drama saka, pembikinan, making of, gambar pelakon saka, filem anak, erra fazira gossip, gambar kahwin ning baizura, audition gangstarz, ismail yaacob[/tags]
Tags: Drama
Tags: Drama, audition gangstarz, drama saka, erra fazira gossip, filem anak, gambar kahwin ning baizura, gambar pelakon saka, ismail yaacob, making of, pembikinanClick on the following buttons to share this article with your friends:
Baca artikel lain yang berkaitan:





February 1st, 2008 at 10:14 am
Saka..dah masuk 2 episod…tapi sayang…jalan cerita tak se gah tajuk dan pelakonnya…
Di mana kemantapan cerita ini…spt episod ke 2 mlm tadi…terlalu banyak kelemahan..watak Pak Din..macam pelakon tambahan je skripnya..
Slot dlm hutan..waktu siang yg cuba di jadikan suasana malam begitu ketara..
cth cahaya lampu picit yg terlalu malap, Nyalaan api yg langsung tak nampak
keadaan api sebenar ketika malam..dan banyak lagi…so pada penerbit,pengarah,penulis skrip dan mereka yg terlibat dlm pembikinan drama ini…cubalah hasilkan yg lebih baik utk tontonan kami..so tidaklah kami terus mengangap drama Melayu dah hilang kualitinya…
August 18th, 2008 at 11:47 am
ada crito ado job,, (pitis),,, pelakon dop le duk diam,,, best ko dop ikut mu nok tgk ko dop ,, huhu
November 1st, 2008 at 1:30 pm
Pndai2lah fikir n nilaikn stiap crita yg dtonton..
December 24th, 2008 at 8:04 am
orang melayu memang taksub dengan benda2 yg karut marut ni..