in

Pengalaman Shopping Secara Online di GEMFIVE

Platform membeli-belah atas talian baharu, GEMFIVE.com mula dilancarkan hari ini. “Bisnes dan konsumer mulai menerima asimilasi e-dagang pada tahap yang cukup memberangsangkan. Malah integrasi ekosistem mulai dilihat di Malaysia termasuk rantau Asia Tenggara – dengan perniagaan konvensional yang beralih ke arena atas talian, keyakinan konsumer yang semakin meningkat, pertumbuhan kadar penetrasi jalur lebar serta telefon pintar, penyelesaian logistik dan perkhidmatan penghantaran yang semakin pantas, pilihan pembayaran yang lebih meluas dan kepercayaan konsumer terhadap transaksi data digital atas talian.

Menggabungkan peluang sedia ada serta inovasi terkini, inilah masa terbaik untuk memperkenalkan GEMFIVE.com,” jelas pengasas GEMFIVE Quek Kok Sean. Buat masa ini, Kumpulan Hong Leong adalah pelabur utama GEMFIVE.

GEMFIVE bakal tingkat pengalaman membeli-belah atas talian di Malaysia

“Kami berbangga memulakan operasi portal ini di Malaysia, di negara kita. Harapan kami adalah membawa jenama GEMFIVE yang diasaskan di Malaysia ke negara serantau lain.

GEMFIVE dilancarkan bertujuan memberi nilai tambah kepada komuniti konsumer dan peniaga. Matlamat GEMFIVE bukan sahaja untuk menjadi pelopor kepada pasaran digital serantau yang menawarkan produk serta perkhidmatan komprehensif kepada pengguna, tetapi termasuk pelbagai tawaran eksklusif dengan tip editorial menarik, selain barangan dan inspirasi yang bakal memudahkan kehidupan seharian,” tambah Moey Tan, Ketua Pegawai Eksekutif syarikat ini.

“Di GEMFIVE, pengguna boleh menemui ribuan produk dalam pelbagai kategori – fesyen, elektronik, kecantikan dan kesihatan, gaya dan kehidupan, serta ibu dan anak.

“GEMFIVE memberi tumpuan kepada elemen pengumpulan, nilai dan kemudahan. Menerusi elemen pengumpulan, kami membantu pelanggan mencari produk asli selain jenama terkemuka – termasuk jenama baharu dan sukar didapati di pasaran tempatan. Kami juga mahu mengekalkan harga pada kadar yang berpatutan dan kompetitif melalui elemen nilai. Dengan bantuan pengkalan data yang meluas, kami menjangkakan capaian yang lebih relevan dan sesuai terhadap produk pilihan selain rekomendasi peribadi. Kami mahu terus menawarkan pengalaman ringkas dan mudah buat pelanggan – melalui proses integrasi sistem dan permintaan, teknologi pantas serta saluran pembayaran yang sah, termasuk kerjasama bersama rakan kongsi yang dipercayai untuk GEMFIVE,” tambahnya lagi.

“Evolusi seterusnya untuk platform GEMFIVE adalah menjadikannya lebih mesra pengguna, menawarkan ciri tempatan, mudah-alih dan sosial. Kami ingin menjadi agen perubahan terhadap suasana pasaran kini.”

“Kami juga menghargai sokongan kelompok peniaga terawal yang menyertai GEMFIVE di atas kepercayaan yang diberikan sebelum pelancaran rasmi portal ini kepada umum. Buat masa ini, GEMFIVE bekerjasama dengan lebih daripada 100 penjual melangkaui 300 jenama tempatan dan antarabangsa.”

GEMFIVE merupakan rakan kongsi telus kepada rakan peniaganya. Platform ini secara efektifnya membantu peniaga, tidak kira kecil atau besar, tempatan dan luar negara dalam meningkatkan jumlah belian serta melopori segmen pasaran baharu. Menerusi kerjasama erat dengan pelbagai pemilik jenama, GEMFIVE berjaya membawa masuk jenama-jenama eksklusif yang belum pernah menembusi pasaran di rantau ini.

Kami juga begitu teruja menyokong perkembangan perniagaan para peniaga yang baru berkecimpung di dalam arena perniagaan atas talian. Manakala peniaga yang lain pula, mereka menghargai idea dan nilai GEMFIVE sebagai satu-satunya laman transaksi atas talian yang boleh dipercayai. Dengan pelbagai tawaran pilihan – persediaan mudah (easy set-up) sehinggalah kepada pilihan penghantaran lengkap (fulfilment), pergudangan dan kos penghantaran yang kompetitif, serta keadaan ekonomi yang stabil; kami di GEMFIVE yakin nilai yang ditawarkan kepada rakan peniaga bakal menyumbang kepada pertumbuhan pelanggan yang relevan, meluas dan berkualiti.

Antara jenama fesyen yang ditawarkan secara eksklusif di GEMFIVE termasuk jenama pakaian moden Sakun dan Beyond Closet yang begitu popular di kalangan selebriti K-pop. Manakala jenama fesyen antarabangsa lain yang turut diperkenalkan termasuk Stella & Jamie (USA) dengan gaya ala gadis Los Angeles, WhyRed (Sweden) dengan gaya Scandinavia, jeans Neuw Denim (Australia), dan DA+PP (Thailand) yang pastinya memikat pengemar fesyen hipster. Bagi mereka yang gemarkan fesyen terkini serba pantas, Cheap Monday (Sweden) label premium di bawah Kumpulan H&M, Almatrichi dari Sepanyol dan Pomelo Fashion (Thailand) yang menawarkan inspirasi fesyen gaya Korea merupakan pilihan terbaik.

Kategori Kecantikan dan Kesihatan menampilkan jenama popular antaranya Annick Goutal, Laura Mercier & Caudalie by Ken’s Apothecary, Dr. Ko, Tony Moly, Crabtree & Evelyn dan L’Occitane. Pelbagai produk kediaman berkualiti turut dibawakan secara eksklusif oleh GEMFIVE. Pelanggan kini boleh membeli-belah jenama terkemuka antaranya Kare dari Jerman, Tefal, Elba, Samsung, Roichen, Noritake dan Maxwell Williams

Kategori Ibu dan Anak menawarkan pelbagai produk penjagaan ibu dan bayi selain peralatan mainan intelektual. Antara jenama terkenal yang ditawarkan termasuk Philips Avent, Tommee Tippee, Maxi Cosi, LeapFrog dan Quinny. Manakala jenama seperti Oppo, Xiaomi, Bang & Olufsen, Bose, Lenovo, Samsung, Apple dan banyak lagi menanti mereka yang menggemari produk Elektronik. Tidak ketinggalan, GEMFIVE turut menawarkan produk inovasi terkini Gramovox, sistem bunyi Bluetooth yang memenangi anugerah Kickstarter yang meniru bunyi Gramophone lama.

GEMFIVE juga menyokong kuat jenama tempatan antaranya Frankitas, Dipped Row, Comoddity, Sydonie, Christy Ng, Aisha Wong Couture, Azzara Cottons, Binqareem, Kin by Nik dan banyak lagi.

Untuk menikmati pengalaman membeli-belah serba baharu, layari www.gemfive.com sekarang.

TENTANG GEMFIVE

GEMFIVE adalah portal membeli-belah di atas talian yang menawarkan pelbagai jenama baharu, barangan unik kegemaran ramai dan produk inovasi terkini kepada konsumer. Pengalaman membeli-belah di GEMFIVE menyatukan pencarian barangan terbaik, tip, serta inspirasi menarik untuk kehidupan seharian.

GEMFIVE menampilkan komuniti peniaga dan rakan kongsi strategik yang dipercayai kepada konsumer. GEMFIVE mahu mengekalkan keyakinan dan keseronokan pengalaman membeli-belah serba baharu.

GEMFIVE ditubuhkan di Malaysia pada tahun 2015 dan dimiliki serta diuruskan oleh GuoLine eMarketing Sdn Bhd (No. Syarikat: 1112813-T). Hong Leong Group adalah pelabur utama GEMFIVE.

Follow: @gemfivemy

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Muzik Video Taylor Swift BAD BLOOD Featuring Kendrick Lamar

Pameran Dua Dekad DreamWorks Animation di ArtScience Museum