Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Pengalaman Pertama Dato’ Yusni Hamid Berlakon Teater Muzikal



Esok adalah malam terakhir Teater Muzikal Randai Kasih Menanti dipertontonkan di Istana Budaya. Untuk info semua, randai lebih popular di kalangan masyarakat berketurunan Minangkabau terutamanya di Negeri Sembilan. Seperti Makyung, randai juga adalah sejenis seni persembahan berdasarkan cerita-cerita rakyat tempatan yang berakar umbi di Bukit Tinggi, Sumatera, Indonesia juga menampilkan seni lakon, muzik dan tarian.

Dah lama kita tak tengok pementasan randai. Bagi Budiey sendiri ini adalah kali pertama menyaksikan randai. Terima kasih kepada Istana Budaya kerana telah mengambil inisiatif dengan mementaskan randai berjudul Kasih Menanti di Panggung Sari, IB, Kuala Lumpur 9 hingga 18 Mei.

Ini adalah kali kedua Kasih Menanti akan dipentaskan selepas dipentaskan kali pertama kira-kira 14 tahun lalu. Kali pertama randai Kasih Menanti dipentaskan ialah pada tahun 1994 di mana ia sempena Pertabalan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong ke-10, Sultan Azlan Shah.

Pada minggu lepas, Budiey berkesempatan menonton teater arahan Ahmad Tarmimi Siregar. Budiey juga berpeluang menemuramah penyanyi veteran, Dato’ Yusni Hamid yang juga memegang watak Ibu Angkat.

Menurut Dato’ Yusni Hamid ini adalah pengalaman pertama berlakon teater dan ianya sangat menyeronokan. Berusia 57 tahun, beliau yang tinggal di Ukay Perdana Ampang ini begitu berdisiplin sepanjang menjalani latihan. Sangat meminati teater dan pernah berlakon dalam Panggung RTM dan bangsawan untuk siaran TV.

Nenek kepada 5 orang cucu ini mempunyai seorang anak bernama Hani yang kini menjadi hos dalam Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Yusni Hamid yang telah 30 tahun menjadi penyanyi mengakui bahawa bukan senang untuk berlakon teater kerana memerlukan pengorbanan masa yang bukan sedikit. Adegan paling susah adalah ketika beliau perlu mengejar Bujang, anak angkatnya. Selama 3 minggu berlatih dan beliau terpaksa membatalkan beberapa pertunjukan pentas.

Tidak lama lagi, Dato’ Yusni akan menghasilkan sebuah album kompilasi dengan menampilkan dua buah lagu baru dan lagu Jeling Menjeling berduet bersama Nash. Bagaimana Dato’ mengekalkan suara? Katanya, tidak ada tips yang diamalkan. Suara adalah satu anugerah daripada Tuhan. Beliau turut mengkritik bahawa senario muzik Malaysia kiini telah sarat dengan kemunculan artis baru dek terlalu banyak program realiti TV.

[tags]Teater Muzikal, Randai Kasih Menanti, Bukit Tinggi, Sumatera, Indonesia, mit students, Movie Reviews, sat scores, scholastic aptitude test asia, schwesser, solomon smith barney, study in great britain, Ahmad Tarmimi Siregar, study in singapore, study in us, Pertabalan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong, Panggung RTM[/tags]

Tags:

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Pemenang Peraduan Mari Menonton Teater Muzikal Kanak-Kanak Aladdin
  • Gambar Amy Mastura dan Anaknya di Sidang Media Teater Gamat
  • Ujibakat Teater Muzikal The Secret Life of Nora
  • VIDEO PROMO TEATER MUZIKAL PATRIOT ASHRAF MUSLIM
  • Ujibakat Teater Muzikal Terima Kasih Cinta
  • Ashraf Muslim di Malam Gala Teater Muzikal Patriot
  • Senarai Pelakon Teater Muzikal Terima Kasih Cinta
  • Teater Muzikal Patung Kertas Musim Kedua Lakonan Jalaluddin Hassan
  • Ning Baizura Dalam The Mod Musical SHOUT!
  • Peraduan Jom Menonton Teater Muzikal Patung Kertas @ MTC





































































































































































































































































































  • Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK