in

Pengalaman Menyertai Bengkel Make Me A TV Personality

Pernah tak korang bertanya, apakah warna yang sesuai untuk korang? Pernah kan? Ke ada antara kita yang tak nak ambil tahu pun pasal warna. Tahukah korang, warna memainkan peranan penting dalam kehidupan kita? Dalam erti kata lain, warna menggambarkan karakter dan juga apakah perasaan kita?

Pernah tak korang tertanya-tanya, apakah warna yang sesuai untuk anda pakai pada hari Ahad, Isnin dan Selasa?

Ya, Budiey pun seakan tidak percaya wujudnya satu bengkel yang memberikan kita satu gambaran jelas tentang warna dalam kehidupan kita.

BENGKEL MAKE ME A TV PERSONALITY.

Seharusnya, Budiey berterima kasih kepada Myryl kerana sudi menjemput Budiey untuk menyertai Bengkel Make Me A: TV Personality yang diadakan di Hotel Vistana, Kuala Lumpur pada 25 April 2015 lalu.

Bengkel satu hari ini sebenarnya pernah diadakan sebelum ini dan telah mendapat sambutan yang hebat. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk membantu para peserta yang tidak mempunyai latar belakang dalam bidang penyiaran tetapi bercita-cita untuk menjadi personaliti TV seperti hos, pengacara TV dan pembaca berita di stesen TV.

Apa yang menariknya, di dalam bengkel ini, para peserta turut mendapat tunjuk ajar oleh Shuhada dan sempat menjadikan peserta sebagai contoh diagnosis.

Selain memberikan penerangan tentang warna, Shuhada juga menerangkan tentang bagaimana persiapan untuk pergi ujibakat. Apakah yang patut kita perlu buat sebelum pergi ujibakat.

Antara tips yang diberikan, kita perlu memasang angan-angan dengan mencatatkan secara terperinci kita mahu jadi siapa. Contohnya, saya mahu menjadi pengacara TV popular di Malaysia dan bekerja di stesen TV3. Dari situ, kita akan mengetahui matlamat asal dan cita-cita. Selain itu, kita juga perlu berfikiran positif dan berada di ruang lingkup anda (’go into your zone).

Shah Shamshiri turut memberi tip cara atau Do & Don’ts of a TV Personality From The Media Perspective. Segala info datang dari pengalaman beliau yang dikongsikan secara santai.

DO
Keyakinan perlu ada
Gugup itu bagus untuk persiapan
Ada ilmu – kepintaran

DON’TS
Gila Glamor
Jangan Jadi Pemalu
Terlalu over-confidence

Kepada anda yang punya impian untuk jadi personaliti TV atau berminat dengan dunia pengacaraan boleh hubungi instagram @myrylpoint untuk menyertai seminar ni. Yang pasti banyak info dan perkongsian ilmu serta tips yang berguna boleh diperolehi di sini.

BENGKEL MAKE ME A TV PERSONALITY.

BENGKEL MAKE ME A TV PERSONALITY.

BudieyBuddies di Myryl Seminat

BENGKEL MAKE ME A TV PERSONALITY.

BENGKEL MAKE ME A TV PERSONALITY.

BENGKEL MAKE ME A TV PERSONALITY.

BENGKEL MAKE ME A TV PERSONALITY.

BENGKEL MAKE ME A TV PERSONALITY.

BENGKEL MAKE ME A TV PERSONALITY.

BENGKEL MAKE ME A TV PERSONALITY.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fahrin Ahmad Jarang Jumpa Bakal Isteri Elak Fitnah

Kisah Aksi dan Emosi Pesakit Autisme Dalam Filem HARIDAS