in ,

Pengalaman Emas ASK 2015 Bersama Syarul Ridzwan, Siti Saleha & Bunkface

ASK 2015 tawar pengalaman ’emas’ menyatukan para penonton TV3 bersama Syarul Ridzwan, Siti Saleha & Bunkface

Anugerah Skrin 2015 tampil lebih istimewa kali ini dengan memberikan sebuah lagi pengalaman ‘emas’ kepada para penonton TV3 menerusi pra-acara kemuncak ASK 2015. Pra- acara itu merupakan sesi ramah mesra eksklusif bersama dua pelakon hebat – Syarul Ridzwan dan Siti Saleha serta kumpulan muzik terkenal, Bunkface – yang dijalankan empat jam sebelum acara kemuncak yang bersiaran pada 9.00 malam.

Acara ramah mesra itu menghimpunkan 25 pemenang yang memenangi peraduan media sosial anjuran TV3 dan Huawei di mana selain diundang secara eksklusif di acara ramah mesra dan majlis penganugerahan berprestij ASK 2015. Malah salah seorang dari mereka juga bakal membawa pulang sebuah telefon pintar terbaru, Huawei G8. Para pemenang itu dipilih menerusi gambar ‘Outfit of the Night (OOTN)’ yang paling menarik dan dimuat naik ke instagram dengan hashtag khas #HUAWEIBESTWEI

Untitled

Menerusi acara ramah mesra yang diadakan sekitar jam 5.00 petang itu, para peminat dua pelakon hebat ini bukan lagi hanya mampu melihat mereka di skrin televisyen malah kini berpeluang mengenali bintang pujaan mereka dengan lebih dekat. Mereka juga dapat memahami kerjaya seni bintang pujaan mereka menerusi interaksi yang lebih intim.

Dipesonakan oleh Huawei, pra-acara kemuncak Anugerah Skrin 2015 itu menggunakan konsep ‘Satukan Duniamu’, di mana acara itu memberikan peluang kepada para pemenang untuk merasakan sendiri pengalaman berada di dunia hiburan menerusi acara berprestij yang menjulang bakat dan memberi pengiktirafan kepada penggiat-penggiat seni dan karyawan tanah air.

Huawei selaku penaja bersama bersama turut menaja lima anugerah utama iaitu Drama Terbaik, Filem Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik Drama, Pelakon Lelaki Terbaik Filem dan Drama Rantaian Popular Media Sosial.

Layari laman web www.tv3.com.my dan www.anugerahskrin.com serta Facebook, Twitter & Instagram TV3Malaysia untuk mendapatkan berita terkini. Hangatkan lagi perbualan di laman sosial dengan hashtag #ask2015.

Syarul Ridzwan

Mengenai ASK 2015
Sejak diperkenalkan pada tahun 1994, Anugerah Skrin anjuran TV3 meneruskan usaha untuk menjulang bakat dan memberi pengiktirafan kepada penggiat-penggiat seni dan karyawan tanah air. Seperti tahun sebelumnya, selain rangkaian televisyen di bawah naungan Media Prima Berhad yang terdiri daripada TV3, NTV7, 8TV dan TV9, pihak penganjur turut menjemput stesen televisyen RTM, ASTRO, TV Al-Hijrah dan Hypp TV untuk sama-sama menyertai anugerah yang berprestij ini. Kesemua rangkaian televisyen ini layak untuk menghantar penyertaan bagi terbitan drama dan terbitan program dalaman yang pernah disiarkan di stesen televisyen mereka untuk merebut anugerah bagi kategori yang dipertandingkan mengikut syarat yang telah ditetapkan.

Anugerah Skrin memberi pengiktirafan kepada pengeluar–pengeluar drama, filem dan produksi TV tempatan. Telefilem dan drama bersiri yang dicalonkan pula adalah hasil penerbitan syarikat yang memenuhi slot-slot drama di semua rangkaian televisyen setiap minggu. Antara faktor telefilem dan drama bersiri ini terpilih untuk ditayangkan di kaca televisyen adalah garapan skrip yang baik, jalan cerita yang sempurna, lakonan yang mantap dan mutu penerbitan yang baik serta mampu menyampaikan mesej positif di samping boleh menarik perhatian penonton. Calon-calon yang dipertandingkan terdiri daripada terbitan yang telah ditayangkan di kaca TV dan pawagam mulai 1 Julai 2014 hingga 30 Jun 2015. Semua pencalonan akan dinilai oleh panel juri profesional yang dipilih.

Mengenai Huawei Consumer Business Group
Huawei is a leading global information and communications technology (ICT) solutions provider. Our aim is to enrich life and improve efficiency through a better connected world, acting as a responsible corporate citizen, innovative enabler for the information society, and collaborative contributor to the industry. Driven by customer-centric innovation and open partnerships, Huawei has established an end-to-end ICT solutions portfolio that gives customers competitive advantages in telecom and enterprise networks, devices and cloud computing. Huawei’s 170,000 employees worldwide are committed to creating maximum value for telecom operators, enterprises and consumers. Our innovative ICT solutions, products and services are used in more than 170 countries and regions, serving over one-third of the world’s population. Founded in 1987, Huawei is a private company fully owned by its employees.
For regular updates on Huawei Device, follow us on:
Facebook: www.facebook.com/HuaweiDeviceMY
Website: http://consumer.huawei.com/my/
Twitter: www.twitter.com/HuaweiDeviceMY

KATEGORI-KATEGORI YANG DIPERTANDINGKAN DALAM ASK 2015
Drama
1. Drama Terbaik
2. Lakon TV Terbaik
3. Pengarah Terbaik Drama
4. Penyunting Terbaik Drama – Kategori Baharu
5. Videografi Terbaik Drama
6. Pelakon Lelaki Terbaik Drama
7. Pelakon Wanita Terbaik Drama (Ditaja oleh Babies Blinks Gold)
8. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama
9. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama
10. Drama Rantaian Komedi Terbaik
11. Drama Rantaian Terbaik
12. Drama Rantaian Popular Media Sosial

Filem
1. Filem Terbaik
2. Lakon Layar Terbaik
3. Pengarah Terbaik Filem
4. Pelakon Lelaki Terbaik Filem
5. Pelakon Wanita Terbaik Filem (Ditaja oleh Babies Blinks Gold)
6. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem
7. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem

Penerbitan Dalaman
1. Rancangan Bual Bicara Terbaik
2. Rancangan Dokumentari/Majalah Terbaik
3. Laporan Khas Berita Terbaik
4. Rancangan Hiburan Terbaik
5. Rancangan Anugerah Terbaik
6. Rancangan Realiti Terbaik

Teknikal
1. Videografi Terbaik
2. Suntingan Terbaik
3. Penataan Cahaya Siaran Langsung Terbaik
4. Penataan Bunyi Siaran Langsung Terbaik
5. Rekabentuk Set Terbaik
6. Montaj Terbaik

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Konsert Satu Suara Vol 2 di Istana Budaya

Keeping Up With The Kardashians Musim Ke-11