in ,

Pengalaman BudieyBuddies Jadi Sukarelawan Project Nourish Anjuran Maxis

Pada 12 Julai lalu, BudieyBuddies telah menyertai pasukan sukarelawan Maxis di mana kami turut membantu Pertiwi mengagihkan makanan kepada golongan gelandangan di Jalan Tunku Abdul Rahman dan Kompleks Kota Raya. Memang seronok rasanya sebab Budiey kira ini adalah kami pertama kami berdua menyertai kegiatan amal seperti ini. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Maxis yang memberikan peluang seperti ini dan semoga dapat bekerjasama lagi di masa akan datang.

Kegiatan seperti ini memberi banyak kesedaran kepada kami untuk menghargai dan mensyukuri nikmat kehidupan ini. Bersyukur kerana di luar sana ramai lagi golongan yang susah. Selama ini kita rasa kita susah dan tak cukup lengkap tapi sebenarnya di luar sana ramai lagi yang lebih memerlukan. Insaf lah kejap kami.

Jom baca artikel ini dan tonton video yang Budiey sempat upload di Youtube.

MAXIS KE SEKITAR KUALA LUMPUR DENGAN #PROJECTNOURISH

Pertiwi Soup Kitchen dan Kechara Food Bank – lebih 150 sukarelawan Maxis mengunjungi rumah-rumah dan ke sekitar Kuala Lumpur pada bulan Ramadan untuk mengedarkan makanan dan barangan keperluan untuk golongan gelandangan di sekitar Lembah Klang.

Program #ProjectNourish bermula pada 12 Julai, di mana 50 orang sukarelawan Maxis membantu Pertiwi dengan membeli dan mengagihkan 450 pek makanan dan minuman kepada golongan gelandangan di Jalan Tunku Abdul Rahman dan Kompleks Kota Raya.

Pakaian yang telah digunapakai dikumpul melalui kempen derma yang dianjurkan oleh Maxis juga telah diserahkan kepada keluarga. Dua hari kemudian pada 14 Julai, lebih 100 sukarelawan Maxis membantu Kechara untuk membeli, membungkus dan mengedarkan kotak makanan kepada 150 keluarga kurang bernasib baik di bandar di Kuala Lumpur dan di sekitar Lembah Klang. Barang-barang keperluan seperti beras, minyak masak, Milo, bijirin, susu pekat, makanan dalam tin, garam dan gula telah diedarkan kepada 150 keluarga yang berdaftar dengan NGO tersebut.

#ProjectNourish bukan sekadar satu program yang membantu golongan gelandangan. Ia memberi peluang kepada kami untuk melihat sendiri realiti kemiskinan di bandar, untuk berasa terima kasih dan melakukan sesuatu yang bermakna. Ia sememangnya satu pengalaman yang bermakna kepada semua yang terlibat kerana kami dapat berinteraksi secara langsung dan membantu mereka yang memerlukan bantuan.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada kedua-dua NGO, Pertiwi dan Kechara, diatas dedikasi mereka dan kerana memberi kami peluang untuk bekerjasama dalam projek ini!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

OPPO MALAYSIA Turunkan Harga Telefon Pintar R1x

Konsert YUNA LIVE IN MALAYSIA di Dewan Plenari KLCC