in ,

Pengacara TV3 Adzriefaiz Akhirnya Bernikah

Majlis Resepsi Adzriefaiz Bertemakan Filem Twilight… haha, ko ada? ko mampu?

Baru-baru ini, Budiey telah menerima sepucuk email, datang daripada seorang pengacara lelaki program hiburan TV3 iaitu Adzriefaiz. Rasanya pembaca sekalian pernah tengok hos lelaki tinggi lampai yang selesa berambut panjang ni kat kaca TV. Kalau korang masih ingat, dia pernah berlakon dalam beberapa buah drama. Kiranya Faiz ni seorang yang versatile gak la, boleh bercakap dengan kamera, jadi hos dan berlakon. Budiey kenal dia pun dah lama, masa mula-mula Budiey start jadi blogger hiburan rasanya. Selalu jumpa pun kat event-event. Kalau korang selalu ke Karnival Jom Heboh, pasti pernah jumpa dia sebab dia terlibat mengendalikan Konsert Jom Heboh. Tapi kat media massa, Budiey jarang nak tengok Adzriefaiz terpampang kat akhbar sebab tak banyak liputan pasal dia kot.

kad kawin Adzrifaiz

Terbaru, Budiey dapat perkhabaran dari Adzriefaiz yang dia telah bernikah pada 9 Disember 2011 yang lalu di Kangar, Perlis dengan buah hati pengarang jantungnya yang bernama Suliza. Tak terlewat di sini Budiey ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru untuk pasangan romantis ni. Suliza menerima 9 dulang hantaran berbalas 11 dulang.

kad kawin Adzrifaiz

Dalam email yang Budiey terima, siap dengan e-kad jemputan untuk majlis pernikahan dan resepsi beliau. Terima kasih bro kerana sudi melayangkan jemputan. Insyaallah Budiey hadirkan diri untuk majlis resepsi di Bangsar tu pada hari Ahad ni. Itu pun kalau takde aral melintang la kan. Majlis resepsi di malam nikah pula diadakan di Tasoh Lake Resort pada keesokan harinya bertemakan Arabian. Untuk Majlis Resepsi sebelah pihak lelaki pula diadakan di Bangsar pada 25 Disember 2011 nanti bertemakan Twilight.

Bercakap pasal e-kad jemputan yang direka oleh bakal isteri Faiz ni, memang ada kelas tersendiri. Apa taknya, Liz ni kan pereka grafik dan dia memang kreatif dan seorang yang kaki seni, jadi dia tahu apa yang sesuai dengan jiwa diorang iaitu… muzik. Bukan sahaja Faiz ni co host untuk atau event muzik-muzik tapi diaorang memang minat dengan muzik. Music is my life? Haaa macam tu la kiranya. Pendek kata, konsep muzik ni memang gempak gak ah. Korang yang nak kawin pun boleh ambik idea cam ni. Menarik dan lain dari yang lain. Yang penting, simple but nice.

Liz bekerja di sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur dan mendapat idea untuk reka kad ni selepas menonton video klip popular dari Bruno Mars. Korang yang selalu tengok video klip tu pasti tahu lagu mana satu. Yesss… lagu yang popular, Just The Way You Are.

Faiz kenal Suliza ni dah lama sebenarnya iaitu semasa dia berumur 20 tahun, Liz masa tu berumur 18 tahun. Kira dah lebih 7 tahun mereka berkenalan. Menurut Faiz, dia kenal Liz melalui adik kembar Liz iaitu Suzila yang mana berkawan rapat dengan Faiz. Mula-mula jumpa tu, masing-masing ego bukan main, tak nak bertegur sapa dan tak mesra sangat tapi bula dah lama, dua-dua bukan main lagi seronok borak. Orang kata, kalau jodoh tu, memang tak kemana.

Majlis kahwin yang telah diadakan di Perlis bertemakan ala-ala garden. Baju pengantin dan juga pelamin ditaja oleh Cindai Klasik untuk majlis di Perlis. Tapi tetamu VIP bukan calang-calang orang kerana Raja Muda Perlis juga turut dijemput.

Untuk majlis resepsi di Kuala Lumpur pula, Faiz dan Liz memilih konsep ala-ala filem Twilight yang akan dirancang oleh KL Wedding Ministry. Manakala baju pengantin pula direka khas oleh Qudyn Aziz, dan pelamin oleh KL Wedding Ministry.

Bila Budiey tanya tentang bulan madu, pasangan ini katanya merancang untuk berbulan madu di Bali pada bulan Februari tahun depan. Tapi biasalah bila dah kerja dengan TV memang sibuk giler. Ala setahun hanya sekali, boleh je luangkan masa bercuti untuk merasa bulan madu, bro. Apa-apa pun, semoga majlis resepsi ala filem Twilight pada hari Ahad ni berlangsung dengan lancar dan tenang.

Di bawah ini ada beberapa gambar pre-wedding Adzriefaiz yang dishoot oleh Shuttermonkeys dan diedit oleh Suzzy’s. Nak tengok gambar nikah Faiz dan Liz ni kenalah tunggu diorang hantar ya. 🙂

Adzrifaiz

Adzrifaiz

Adzrifaiz

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Review Discovery Kartika Plaza Hotel Bali

Perang Mulut Adlin Aman Ramlie & Chef Ramli