in ,

Penerbit Filem Julie Dahlan Meninggal Dunia

Penerbit filem terkenal Julie Dahlan atau nama sebenarnya Junaidah Dahlan, 63, telah meninggal dunia kira-kira pukul 7.30 malam Khamis (30 April 2015) di Hospital Ampang setelah beberapa lama menderita sakit buah pinggang tahap kronik.

Menurut anaknya, Hani Nur Zara, Allahyarham meninggal dunia akibat penyakit buah pinggang, kencing manis dan darah tinggi. Keadaan beliau makin serius sejak setahun lalu hingga perlu melakukan rawatan dialisis tiga kali seminggu.

Penerbit Filem Julie Dahlan Meninggal Dunia

“Ketika dalam perjalanan ke hospital menaiki ambulan, arwah ibu sudah mula sesak nafas. Apabila sampai sahaja di hospital, doktor mengesahkan dia sudah pergi. Sebenarnya arwah ibu baru saja keluar wad semalam (Rabu) selepas tiga hari ditahan di hospital. Kemudian siang tadi (Khamis) dia kerap muntah darah. Tak sangka pula dia pergi (meninggal dunia) secepat ini. Rasa sedih sangat arwah ibu tidak sempat melihat anak saya yang bakal lahir pada Oktober ini.”

Terdahulu, Allahyarham Julie atau nama sebenarnya Junaidah Dahlan, pernah menderita penyakit buah pinggang, kencing manis dan darah tinggi, dan terpaksa menampung kos rawatan hemodialisis yang agak tinggi. Pada masa sama beliau turut mendapatkan rawatan dialisis di Pusat Dialisis Prince Court sejak April 2013.

Beliau pernah menerbitkan filem yang menjadi fenomena antaranya seperti Wira Angkasa (1987), Harry Boy (1991), Driving School (1990) dan Terakhir Cinta Metropolitan (1996).

Malah Allahyarham turut popular menerusi lakonannya dalam filem Si Badol (1979), Idola (2002) dan Cicakman 2: Planet Hitam (2008).

Sumber: Mstar Online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tawaran Terbaru Untuk Pengguna MaxisONE

Tawaran CHROMECAST Untuk Pelanggan MaxisONE