Penerbit Filem David Teo Mencari Pelakon Watak Toyol
DAVID TEO MENCARI TOYOL
Metrowealth (MIG) kini sedang dalam peringkat pra-produksi filem terbitan ke 36 berjudul Alamak… TOYOL! Filem bergenre Komedi Seram ini akan memulakan pengambaran pada 11 Ogos 2009. Idea menghasilkan filem ini adalah apabila drama bersiri e-toyol.com yang ditayangkan di slot Lagenda TV3 dan TV9 mendapat perhatian yang baik di kalangan penonton.

Metrowealth (MIG) membuka peluang kepada sesiapa yang berminat untuk sessi uji bakat dan menempatkan diri dalam dunia hiburan tanahair. Sememangnya pihak kami sentiasa berusaha menyediakan pelapis dalam dunia lakonan bagi memastikan wajah perfileman dan drama tempatan tidak ketandusan bakat baru.
Mungkin ini adalah peluang yang dinantikan oleh mereka yang tahu ada bakat dalam diri anak-anak mereka tetapi tiada saluran untuk membuktikannya. Metrowealth (MIG) sedang mencari kanak-kanak untuk mengisi kekosongan watak Toyol dam filem ke-36 terbitannya berjudul Alamak Toyol.

Kriteria yang diperlukan adalah kanak-kanak lelaki berusia 7-11 tahun, berketinggian lebih kurang 100cm-130cm, minat dan berbakat dalam bidang lakonan serta lincah. Kanak-kanak bertuah yang terpilih akan bersama-sama pelakon terkenal tanahair untuk menjayakan filem ini.
Kepada mereka yang berminat bolehlah menghantar gambar penuh dan profile kepada azahari@mwig.com atau menghubungi 03-80233299 (Elyssa atau Ana). Sessi ujibakat akan diadakan dan sila rujuk akhbar-akhbar tempatan.
Sekarang ini, Metrowealth (MIG) sedang dalam lokasi untuk menyiapkan filem ke-35 berjudul ZOO yang membariskan lan Pet-Pet, Lisa Surihani, Azlee jaafar, Angah Raja Lawak, Bob Lokman dan ramai lagi sebagai pelakon. Senario The Movie Episode 2: Beach Boys akan ditayangkan pada 19 November manakala Santau juga akan ditayangkan hujung tahun ini.

Tags: Berita
Tags: BeritaClick on the following buttons to share this article with your friends:
Baca artikel lain yang berkaitan:





July 21st, 2009 at 9:43 pm
muke david pun dh mcm toyol….belakon jela sendiri
July 23rd, 2009 at 11:04 am
comelnya budak toyol nie….rasanya nak cubit-cubit saja pipi c toyol comel nie…
September 29th, 2009 at 12:25 pm
saya berminat nk berlakon tp takde peluanglah ..kalau penerbit david teo bg chance boleh jugak try..
kalau ada peluang email lah saya…
tq
April 7th, 2010 at 2:01 pm
banyak sngat cite hantu saya ada idea cerita yg lebih bagus tapi tak leh bgtau boleh box ofice giler giler punya. tak caya email saya
April 27th, 2010 at 6:07 pm
sy berminat nk j0in mig tp xtaw care..law dew pluang nk try
May 27th, 2010 at 4:41 pm
hye david,ramai org ckp muka saya mcm pierre… x tau dmana yg sama..brminat jgk nk try blakon sambilan.. smbil bkerja di fitness center di kajang.. tq..
September 24th, 2010 at 8:27 pm
erm….nme sye INTAN NADHIRAH IDAYU BT ISHAK…..
umur sye 12 tahun…..sye amat berminat dlm bidang lakonan….
klo boleh sye ingin sngt brlakon di bwah phak MIG….
klo ade apa2 maklumat,sila hantarkan email kpade sye…
March 1st, 2012 at 1:44 am
sya nak jadi watak tu bolih