Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Pendedahan Expose, Kajian Ciplak Lagu dan Budaya Goblok



Dari Mamula Moon ke Negara Ku & Dari Abang Tukang Bakso ke Aspalela.

Sebelum anda membaca rencana ini, sila dengar dulu lagu pertama iaitu lagu Aspalela nyanyian Saiful Apek dan kemudian bedakan dengan lagu kedua iaitu lagu Abang Tukang Bakso. Dengarkan betul-betul terutama di bahagian korus lagu Abang Tukang Bakso. Mmm… pendapat boleh dikemukakan setelah anda membaca keseluruhan artikel. Terima kasih.

Lagu Pertama: Aspalela Nyanyian Saiful Apek

Lagu Kedua: Abang Tukang Bakso

Malaysia sudah menyambut kemerdekaan ke 50 tahun, satu sambutan jubli emas yang penuh dengan kegemilangan. Sepanjang tempoh itu, industri kreatif Malaysia, terutamanya etnik Melayu telah mengalami perubahan atau asimilasi yang cukup membanggakan. Dari industri kreatif, secara amnya, negara melalui satu proses yang unik telah berjaya melahirkan anak-anak seni yang cukup kritis dan puitis dalam menghasilkan kepelbagaian produk seni mengikut ras dan budaya masing-masing.

Dalam kita memperkatakan mengenai karya-karya kreatif, patriotik dan membentuk jati diri budaya, tidak dapat tidak, persoalan dari mana asal usul sesuatu karya itu, yang dihasilkan oleh anak-anak tempatan sering menjadi persoalan. tetapi, seperti pepatah lama, jika tiada angin bertiup, masakan pohon akan bergoyang, menyebabkan massa sentiasa mencari jawapan kepada sesuatu persoalan. Nilai-nilai seperti ini sememangnya telah diterap dalam pemikiran rakyat Malaysia.

Lagu kebangsaan Malaysia, Negara Ku dikatakan telah diambil dari lagu kebangsaan negeri Perak, iaitu Terang Bulan. Namun, melalui kajian sejarah yang dijalankan, mencari susur galur asal lagu Negara Ku ini, telah membawa kepada perkara yang lebih penting lagi, iaitu skor muzik bagi Negara Ku telah diasimilasikan (dalam erti kata lain, diceduk) dari lagu yang sering didendangkan di kepulauan Seychelles, iaitu tempat di mana Raja Muda Perak, Raja Abdullah Muhammad Shah Ibni Al-Marhum Sultan Ja’afar Safi ud-din Muazzam Shah yang telah dibuang negeri pada tahun 1877.

Apabila, beliau sering melihat kumpulan pancaragam Perancis yang sering memainkan Lagu Mamula Moon, ciptaan pengubah Perancis, Pieere Jean De Baranger, Tuanku telah berkenan dengan lagu berkenaan dan telah menjadikan lagu kebesaran negeri Perak, dengan judul Terang Bulan a.k.a  “Allah Lanjutkan Usia Sultan.”

Ketika Malaysia menghadapi zaman konfrontasi dengan Indonesia pada tahun 1963-1964, Bung Karno telah memainkan lagu Terang Bulan di coron-corong radio di Republik Indonesia, bagi satu tamparan kepada Tunku Abdul Rahman, kononnya, Malaysia sudah merdeka, tetapi tidak tahu menghasilkan lagu kebangsaan sendiri.

Itulah secebis dari kisah, bagaimana skor muzik Negara Ku didapati dan disesuaikan dengan lirik yang cukup petriotik dan harmoni menjadi lagu kebangsaan negara Malaysia yang tercinta.

Namun, kini, kontroversi berkaitan penciplakan lagu oleh pengubah-pengubah lagu di negara ini menjadi semakin hangat. Jika sebelum ini, Republik Indonesia agak terkilan kerana dalam masa Malaysia menyambut ulang tahun kemerdekaan ke lima puluh tahun, melalui kempen pengalakan pelancongan yang dijalankan oleh Tourism Malaysia’s, Malaysia dikatakan menggunakan lagu rakyat Indonesia, iaitu Rasang Sayang Eh!.

Yang terbaru ialah, apabila lagu dalam album runut bunyi “Duyung” iaitu Aspalela yang dinyanyikan oleh Saiful Apek, dikatakan, skor muziknya telah diceduk hampir 75 peratus dari dua buah lagu kanak-kanak yang terkenal di Republik Indonesia iaitu Abang Tukang Bakso dan Bintang Kejora, ilham komposer Indonesia.

Jika diingat kembali, ketika isu Rasa Sayang Eh, begitu membara, ada sesetengah rakyat republik itu tidak berpuas hati dengan tindakan sehinggakan sanggup membakar jalur gemilang. Dan kini, persoalan yang sama juga timbul, apakah tindakan yang akan diambil oleh penduduk republik itu. Sedangkan, lagu Rasa Sayang Eh, sukar untuk dibuktikan siapa penciptanya, inikan pula dua lagu kanak-kanak ini, iaitu Abang Tukang Bakso dan Bintang Kejora yang mempunyai pencipta lagu berkenaan.

Jika KRU yang menghasilkan lagu tersebut, memang sengaja ingin mengadakan kontroversi supaya filem mereka terbaru iaitu “Duyung” hangat sebelum ditayangkan. Ianya cukup berjaya, atau mungkin, mereka bercadang memasarkan kerya mereka ke Indonesia. Dengan segala kontroversi ini, KRU yakin filem mereka ini akan hangat seperti kontroversi lagu Aspalela ini.

Tetapi, jika benar KRU dengan sengaja menceduk skor lagu ini, dengan harapan, kononnya tiada siapa yang perasan, ini adalah satu langkah yang silap. Jika sebelum ini, kumplan KRU dikenali dengan daya kreativiti dan intelek yang cukup tinggi dalam isu ini, tahap mereka akan tercalar. Jika dulu KRU sebagai pengasas budaya Rap di Malaysia dengan penghasilan lagu seperti Awas, Janji Tinggal Janji dan sebagainya, kini imej itu pasti tercalar.

Dalam dunia teknologi maklumat yang segalanya berada di hujung jari, kontroversi seperti ini sepatutnya tidak akan berlaku. Seperti kata pepatah “bangkai gajah tidak akan dapat ditutup dengan tudung saji” maka KRU perlu memberikan penjelasan apa yang telah berlaku bagi memastikan tujuan sebenarnya.

Biarlah skor lagu Mamula Moon yang kini menjadi rentak Negara Ku menjadi satu sejarah, tetapi KRU perlu berindak bijak dalam memastikan sejarah tidak akan berulang.

Dengan slogan “Malaysia Boleh” yang menerjah ke pelusuk alam, adalah menjadi tanggungjawab bagi setiap rakyat Malaysia, melahirkan segala produk kreatif, intelek atau apa sahaja yang sememangnya hasil dari buah pemikiran dan jati diri mereka. Jika ianya satu proses asimilasi dan penyerapan atau perkongsian bijak, biarlah ianya masih mempunyai jati diri dan membentuk kebanggan kita.

Bagi penduduk Republik Indonesia serta media di sana, berilah peluang untuk pihak di sini memberikan penjelasan. Kita adalah serumpun, walau pun ada ketikanya kita tidak sefahaman.

[tags]lagu ciplak kru, lirik lagu aspalela, saiful apek cerai, gossip saiful malaysian idol, filem duyung, poster filem duyung, trailer filem duyung, sinopsis film baru, skor lagu terkini, lagu negaraku, isu terkini, perhimpunan haram, mogok lapar, keputusan pilihanraya 2008, masalah undi hantu, pas, barisan nasional, mani, jus laici, the garden mid valley, pavillion maps, kru ofis, iris sinopsis, abang tukang bakso imeem, live and loud gambar, event konsert malaysia[/tags]

Tags: , ,

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Radhi Studi Go! terbitan 8TV Ciplak Tommy Lee Goes To College terbitan NBC?
  • Gosip Selebriti: Isu Panas Artis Songsang & gay?
  • Gambar Geng Hujan di Karpet Merah AJL 24
  • Lagu Kau dan Aku Ciplak Lagu Cemburu SEVENSOUL?
  • Konsert Mingguan Akademi Fantasia Di Istana Budaya?
  • Quotes of The Day: Kami Tak Kisah Dituduh Ciplak
  • Isu Penciplakan Tidak Boleh Dimaafkan
  • Konsert Ella di Istana Budaya
  • Dokumentari Bersiri Palestin Bumi Anbiya
  • Malaysia Digelar Pencuri (Malingsia) Oleh Indonesia?



  • 30 Komen untuk entri “Pendedahan Expose, Kajian Ciplak Lagu dan Budaya Goblok”

    1. hazwan kata:

      same ke??lain jek..mentg2 ade bunyik trompet dikatakan same…lain sebnrnye…even mase permulaan lagu dah ade lain sikit..tapi perlu sgt ke ditiikkberatykan psl penciplakan lagu2 ini kalo btul terjadi??bukan indonesa atau malaysia same jek suke ciplak2 lagu org..so whats the issue??

    2. Padi kata:

      Indonesia ciplak lagu malaysia ke ?? yang mane yek?

    3. donk3 kata:

      aku udah denger nih lagu …..
      dan rasanya dijaman modern seperti sekarang langkah yang diambil kru (jika dia sengaja cari sensasi) adalah langkah yan teramat bodoh …tolol .
      saat ini dijaman internet seperti sekarang , tidak ada lagi batasan informasi dan melakukan peniplakan seperti itu dengan berharap tiada yang sadar sekali lagi langkah yang bodoh … tolol.
      tapi buat hazwan ….
      ini masalah hak cipta , masalah hak intelektual ….. dan pencipa lagu2 tersebut masih ada .. masih hidup lagi …. alangkah tolol nya dan bodohnya…

      tapi terlepas dari tulisan saya diats ….

      pertanyaan saya apakah sudah semiskin itukah bangsa malaysia terhadap ide dan imajinasi……..

    4. si kancut kata:

      Mane penjelasannye Pak Cik??… kl budaya Imigran bebas di ambil gitu, Pak Cik bayangken ,Pak Cik mengangkat seorang anak kemudian dihilangkan mazhabnya macem mana pula aturannya, di Islam apa boleh begitu pak cik?? lah kami ini ya semisal orang tua aslinya itu jelas marah tak bisa kau pahami kemarahan kami Pak Cik, kami ga meninggalkan budaya kami terbukti kau bisa import reog dari sini… kau boleh pelihara itu anak, kau bawa kemana2, kau perkenalkan ke dunia pun boleh asal kau ingat mazhabnya jgn kau hapus * masih negara Islam kan malay*… kl kau bilang enak banget kami, anaknya di urusin… itu kembali ke individu Pak Cik sendiri mau tak mengambil anak itu kl tak mau pun tak ape, dasarnya Pak Cik tak punya anak( budaya ), anak tetangga pun diaku dan dihilangkan mazhabnya…. macem mana pula, melahirkan anak ( budaya ) itu ada sejarah percintaannya ada acara mengedennya hargailah sikit leluhur kami Pak Cik….

    5. Watie kata:

      Seriesly tak sama pun lagu tu dgn lagu apek??… sgt2 setuju dgn Hazwan!
      kalau setakat ciput sgt bunyi seakan-akan tu… tak jadi issue le beb (tidak disengaja je tu). Jgn terlalu emosi sgt ‘donk3′ … MCM LE KORANG TU BAGUS SGT!.
      I think u ni ada masalah telinga kot??
      Aduhhhhhh… tolong la hentikan gosip liar…
      TEPUK KUKU JE LAAAAA….
      P/S: aloooo ‘donk3′ hang dok tulis bodoh tolol bagai…sakan! hang tu pandai sgt ka… ada pi U mcm kami ka… 6 thn !!! huhuhhuhu…
      Nak pi beli baju ukuk badan jgn dok buat loklakkkk mcm murai !!! hampeh tul…haru haru

    6. headsteadi kata:

      Bro … i don’t think this is “ciplak” or “copying”. This is “sampling” and nothing wrong as long as credit is given.

      Kalau kita tengok kat US pun, artis2 rap bnyk guna sampling untuk lagu2 dorang. Very good example is P. Diddy … Every Breath You Take … sampled from The Police.

    7. aku kata:

      Mungkin ini cuma sampling. Sama dengan lagu drama nyanyian ning nikki & yani… tang “asmara ini mengubah rasa” sama sebijik dengan bunyi2an lagu kanak2 di channel sky 623 di UK. Kalau ada kawan2 kat UK mintalah diorang dengar, hari2 ada muzik kanak2 itu dimainkan dan sama sebijik dengan lagu drama tu. Bukan ciplak, mungkin kebetulan atau sampling.

    8. auliahazza kata:

      Saya tidak tahu judul yang ada reffnya “du bida bidu”. Saya tahu yang nyanyi suaranya anak kecil orang perancis. Gita Gutawa (Penyanyi Indonesia meminta izin ke penyanyi asli untuk digunakan melodinya dan liriknya diganti ke dalam bahasa Indonesia. Dan Gita Gutawa membayar royalti untuk itu.

      Sebenarnya, artis-artis USA sudah gerah atas pemakaian lagunya tanpa izin, contoh penyanyi price, menuntut ibu rumah tangga karena memakai background musik joget-joget anaknya di Youtube tanpa izin Price.

    9. vangardx kata:

      huhu..part korus tu hampir sama la

    10. afham kata:

      hehhee…tak caye leh jadi camnie..

    11. azurt kata:

      alaaa… rileks la.. bagus la ada lagu yang hampir2 sama ni.. at least, lagu kanak2 dan sape tah yang seakan same tu dah femes dah sekarang kan?? bagus tak?? kiranya.. take it ke arah yang positif dong…

      KRU, bayar je lah royalti kepada pencipta… then case close.. :) right?

    12. donk3 kata:

      azurt … setuju ….. bayar royalti case close ….
      tapi masalahnya sekali lagi ….

      apakah orang-orang malaysia sudah semiskin itu kah terhadap ide dan imajinasi …. sebab ini bukan case awal lagi … ini adalah case yang ke sekian kali …….

      buat watie ……
      yang jadi terlihat bodoh dan tolol itu sekarang adalah kamu …..
      jangan malu lah untuk sekolah lagi, belajar lagi.

      ini masalahnya sangat jelas … iramanya sangat jelas lah … penciptanya sudah sangat jelas …dan masih hidup lagi ….

      tapi aku yakin lah …. ko pasti mau belajar … kalo ko mau belajar jakin ko m\punya maruah sedikit untuk mengakui jika barang bukan milik ko jangan ko akui itu milik ko ….

    13. CarlosAzzure kata:

      Just by coincidence both songs have similarity in certain phrase…. but wonder if edry or norman or yusry listened to the “Abang Bakso” song..??!! alaaaaa… dah secara kebetulan je tu tersama….. no big deal laaaa…. whatever it is, “aspalela” yummy, yummy…… apek rocks…!!

    14. donk3 kata:

      buat yang koment diatas aku nih ….
      apakah semua orang malaysia punya pandangan seperti anda …..
      kurang menghargai hak cipta orang lain …….
      pakah banyak orang yang nggak punya maruah seperti anda ini ……
      malu harusnya yang ada jika kita meniru apalagi tanpa ijin mengambila hak intelektual orang lain ….

    15. hazwan kata:

      bukan menimbulkan kontroversi..apakah jua orang indonesia mempunyai pdangn seperti anda donk3? kurg menghargai hak cipta orang lain yg mungkin kebetulannya mempunyai melodi yg agak sama dengan lagu yg sama..sementelah itu hasil mereka..

      pokok pangkalnya sih..knapa kamu terlalu emosional dalam hal sebegini..kita berkongsi rumpun..malahn kita juga berkongsi muzik dan melodi..apakah harusnya anda tidak percaya kepada kemungkinan?

      p/s: kerap juga mendgr lagu indonesia yang melodinya seakan lagu inggeris tapi judulnya saja yg aku tak ingat..maaf..

    16. Watie kata:

      ‘donk3′…. sick people!!!
      Hang bagus tang kutuk orang ada lah… donk3
      Sedak diri dok merempat negara org… sedih sedih!!
      Emosi letak tepi dulu … fikir sebelum buat kenyataan.
      Kami org Malaysia dah cukup Maju + Kaya serba serbi…
      yg miskin nya HANG ( donk3 ) je – Miskin Ilmu/Budi bahasa!!!

    17. donk3 kata:

      kalau lah bener malaysia negara yang telah maju kenapa case seperti ini selalu timbul ….. kenapa ada saja pencipta / komposer malaysia yang semiskin itu kreatifitasnya …. bener2 nggak punya maruah …

      buat watie ….
      buka lah kuping ko sedikit ……. ini bener2 peniruan …sama persis ..plak …

      ini bener2 sudah ada dan punya bukti2 yang cukup ……..

      hahahahahahaha …
      pemilik blog ini yang sudah pasti orang malaysia saja punya maruah untuk mengakui ini sebenarnya tiru …..ciplak ..dan goblog …

    18. emma kata:

      to watie dan hazwan,

      You guys must have hearing problems if you said ‘tak same’. If your ears don’t work properly, I hope your eyes do. Can’t you read properly, that Aspalela songs copied two Indonesian kiddy songs, “Abang Tukang Bakso” and “Bintang Kejora”? So, it’s not only one song that KRU copied, it’s two song made into one.

      Frankly speaking I’m sick of the attitudes of certain malaysian people who talk about that PATI when the issue discuss has nothing to do with those PATI. Tak ada hubungan langsung. You’d better go back to school to learn how to argue correctly. But if you want to discuss about it, ok.

      As an Indonesian, I’m not happy with the fact that many Indonesians have to work in your country to find a living, and I’m sorry if some of them are troublemakers (but sure, not all of them, please don’t generalise). We have 230 millions people, if only 1% live in your country and very few are troubelmakers, does it mean you have the right to call the other Indonesians as troublemakers? do you have the right to steal the belonging of the other Indonesians? Is that what Islam in your country teaches you? I am a muslim myself, but your attitude just surprised me how rude you treat your fellow muslim.

      Only the owner of this blog that has the dignity to warn his fellow malaysians that their attitude is really embarrassing. I salute you sir. Katakanlah yang benar walaupun itu pahit.

    19. peminat fanatik kata: kata:

      cakap jangan sebarang cakap. kau kata lagu aspalela hasil ciplak. memanglah orang yang berbuat demikian tak reti comment lagu. lepas tu nak kata lagu tu hasil ciplak. hei, aku tumbuk baru tahu. aku marah ni, marah, marah !!!!!!

    20. perenung kata:

      Setelah mendengar kedua2 lagu nie…tak dapat dinafikan bahagian korus tue memang la amat serupe….tapi bagi aku mungkin kru tak sengaja kot,biasanya bila kite mencipta satu2 lagu tue kite tend to copy lagu yang dah sedia ader wthou realize yang lagu tue sebenarnyer

    21. poojee kata:

      Perkara ini tidak menjadi masalah. Walaupun bagi saya ia solah-olah diciplak, ia sesuatu yg kreatif. biarlah lirik indonesia itu utk kanak2 dan aspalela ini liriknya agak kedewasaan. ” waduhh saudara di indonesia itu, ko ini juga bisa menambah kazanah seni di alam melayu nusantara.”

    22. nax kata:

      Memang ada persamaan,tp sikit je.jangan mudah menuduh KRU begitu.maybe itu hanya kebetulan saja.jangan kerana hal sebegini,kita meletakkan Kru di tahap yg rendah.cuba kira dah berapa ribu karya yg di hasilkan kru,dan hampir kesemuanya berjaya.dan diberi pengiktirifan.dari 1992 lg kru telah mencipta revolusi baru industri muzik malaysia sehinggalah hari ini.dan terbaru,kru telah menebusi pasaran antarabangsa dgn menerbitkan sebuah filem hollywood yg berjudul Deadline.Kru juga telah menbina sebuah lokasi pergambaran filem seperti universel studio di hollywood iaitu KRU studio.jadi jgn hanya kerana pekara sebegini,kita menganggap kru sedemikianrupa.pada saya,kru telah banyak menaburkan bakti untuk negara.insan sebeginilah yang patut disanjungi dan diperhomatan.jgn hanya menandang yang negatif saja,kerana lebih banyak yang positif pada kru.jgn setelah mereka tiada baru kita sedar betapa besar jasa mereka pada negara.seperti yang terjadi pada tan sri p.ramlee,setelah dia tiada barulah dia diberi perhomatan

    23. Otai kata:

      dewa juga ngambil lagu P.RAMLEE kOK!lagu madu tiga..dasar lO!dewa juga pernah nyanyi lagu tentang malaysia kan??emang nya pernah apa malaysia nyanyi lagu untuk indOn??gak kan???haha..lihat siapa lagi bagus sekarang…heii..ALEXA pOn puji malaysia lagi jauh maju dari indOn..KOTAK jugaa..mereka bilang mereka suka bangat sama Kuala LUmpur…cantik,aman,,gak kayak negara lO..

    24. Otai kata:

      Indonesia Maling Lagu Malaysia?

      Dalam diam2, negara tetangga kita, Indonesia rupanya meminati lagu2 negara kita. Terbaru, Ahmad Dhani atau Muhammad Dhani menyanyikan semula lagu Allahyarham Tan Sri P. Ramlee iaitu Madu Tiga. Ini adalah video klip nya.

      Lebih membanggakan, lagu yang originalnya hasil karya anak watan Malaysia dinyanyikan semula mengikut arrangement yang sama seperti nyanyian P. Ramlee malah liriknya tidak ditukar (tonton klip video di bawah). Bukan itu saja, lagu ini mula mendapat tempat di carta muzik Indonesia seperti Inbox SCTV.

      Bagi aku, tidak salah kiranya karya P. Ramlee yang dinobatkan sebagai warisan negara Malaysia dinyanyikan oleh sesiapa. Malah, aku berbangga kerana karya negara kita terkenal di seluruh dunia. Janganlah mengikut jejak primitif dengan merusuh dengan menyalak “maling.. maling…” hanya kerana isu karya dan rekacipta. Sesungguhnya, kreativiti itu melintasi sempadan.

      p/s-Tidak hairan juga mengapa Siti Nurhaliza juga dipilih menulis dan mendendangkan lagu Ketika Cinta untuk soundtrack filem Indonesia bertajuk Perempuan Berkalung Sorban.

    25. putra kata:

      u/ Otai

      Kau menyebut Indon layaknya kafir yang menghina seorang muslim
      Islam tak pernah mengajarkan seperti itu.. Itu Penginaan Yang Kejam

      Sudah lah tutup perkara
      Akui saja yang salah ya salah
      Kalau anda menjiplak ya akui saja

      Jangan Bicara Plintat-Plintut Ngemeng Ga Karuan
      Btw kenapa menyaksikan Inbox SCTV ?
      Tayangan TV Malaysia tak cukupkah untuk dirimu ?
      Di Indonesia Tak ada sefanatik dirimu yang menyaksikan TV Malaysia

      Contoh Di Indonesia Tak Terdengar Gaung Anugerah Planet Muzik ???
      Sekalipun Di Tayangkan DI TV Tak Ada Keramaian Yang Membicarakannya
      Hanya Ajang Musik Malaysia Yang Ingin Di Akui DI Indonesia
      Coba Kau Tanyakan Masyarakat Di Indonesia, > 99% Tak Tahu Apa Itu APM
      Bandingkan Dengan Malaysia ….

      Sudahlah Malaysia Jangan Merendahkan Bangsa Indonesia Dengan Menjiplak karya, Menghina TKI, Menyiksa TKI … Apakah ada kasus seperti Orang Malaysia di Hina dan Disiksa di Indonesia ???? Adakah ? Bahkan Mahasiswa Malaysia yang sedang belajar di Indonesia dihargai …

      Kenapa Kau menyiksa orang Indonesia di Malaysia ???

    26. vino kata:

      saya rasa otai nih pasti tidak lulus sekolah rendah,,,,,DEWA memang menyanyikan lagu madu tiga ciptaan p ramlee tapi dia gak mengubah aransemen lagunya karena dia tau betul n menghargai lagu ciptaan orang kalian,,,,,anak kecil yang suka nonton film P Ramlee pun tw itu lagu P Ramlee tapi kalian mengaku lagu rasa sayange, tari pendet dan banyak budaya indonesia sebagai lagu kalian apa karena negara kalian terlalu maju sampai budaya aja hrus meniru budaya orang indonesia sorry bro there is still many people like me and all people of indonesia that think indonesia is still the best and we love indonesia

    27. raihana ridzuan kata:

      hai SAIFUL APEK …. AWAK SIHAT TAK ?????

    28. eda kata:

      bkn bleh bwk msk kubo pown… 2je aku nk komen peace no war

    29. ANWC Collection kata:

      Vino : aku rasa kau yang tak tahu fakta, apa yang berlaku kat TV tentang taroian pendet dan lagu Rasa Sayang, bukan Malaysia yang mengaku, tapi Discovery Channel (kepunyaan barat) yang tersalah anggap dan masukkan ke dalam iklan Malaysia. Lepas tu, Indonesia salahkan Malaysia, pergilah salahkan orang yang salah tu –> Discovery Channel, kenapa tak berani pula? Dengan Malaysia berani je, dengan orang barat, kenapa takut nak bising?

    30. ray kata:

      agak2 la…
      mcm indon x ciplak kita punya je…
      nie nk marah nie…
      dh ar pendatang indon bersepah sepah merata-rata…
      pastu lagu dowang pun bersepah kt negara malaysia…
      kita x pernah pun nk wat konfrontasi, diskriminasi or asimilasi…
      lau tgk dr segi sejarah or bukak blek buku sejarah form 5, malaysia je yg nk berdamai and berbaik dgn semua negara…
      ada semua negara kisah??
      patutnya kita pun patut bersikap kejam…

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK