in

Pencarian Wanita Bella Hopes ntv7

Mungkin sebelum ini anda pernah mendengar bahawa Saluran Ceria Anda, ntv7 sedang mencari heroin wanita untuk dipaparkan di dalam rancangan terbarunya pada tahun 2014 nanti. Rancangan yang dimaksudkan itu adalah rancangan dokumentari Bella Hopes yang bakal memaparkan kisah wanita yang berusaha membawa perubahan yang mampu memberikan impak kepada masyarakat justeru memberi inspirasi kepada para penonton.

Berita baik kepada mereka yang ingin memberikan cadangan mengenai wanita yang mereka rasakan berhak diberikan tumpuan menerusi rancangan dokumentari itu adalah tempoh pencarian itu kini dilanjutkan selama sebulan sehingga 31 Disember 2013.

Bella Hopes Poster

Pencarian Wanita Bella Hopes Dilanjutkan Sehingga 31 Disember 2013

Ciri-ciri wanita yang diperlukan adalah wanita yang mampu diangkat sebagai heroin Malaysia kerana dedikasi mereka terhadap usaha murni yang mereka jayakan serta sumbangan mereka tidak kira sama ada kepada masyarakat, alam sekitar mahupun terhadap haiwan. Malah mereka juga tidak semestinya daripada golongan orang yang terkenal dan pastinya tidak mengenal pelbagai bangsa.

“Menyedari bahawa definisi heroin begitu subjektif bagi setiap individu, kami inginkan maklum balas daripada para penonton kami mengenai siapakah wanita yang mampu menjadi tunggak inspirasi kepada lebih ramai masyarakat Malaysia,” kata Pengurus Besar Kumpulan ntv7 & 8TV, Airin Zainul.

“Sesiapa sahaja tidak kira lelaki atau wanita, tua atau muda, golongan profesional atau bukan, boleh mencadangkan ikon wanita yang mereka rasakan layak dipaparkan di dalam rancangan ini nanti. Kerana kami percaya bahawa setiap orang melihat dari kanta perspektif yang berbeza. Malah golongan pelajar juga digalakkan untuk memberi cadangan kerana mereka mungkin pernah menemui ikon ini secara tidak langsung,” tambah Airin.

Sebarang cadangan boleh dihantar terus sebelum 31 Disember 2013 kepada laman rasmi rancangan Bella Hopes di www.ntv7.com.my/bellahopes dan maklumat lanjut juga boleh diperolehi menerusi Twitter, Facebook dan Instagram rasmi ntv7.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Filem KIL & Sembunyi Ditayangkan di Festival Filem Luang Prabang 2013

Drama Bersiri Antara Laut China Selatan Lakonan Sabhi Sadhi