in ,

Penampilan Khas Anuar Zain Dalam Teater Nyonya & The Gang

[dropcap]P[/dropcap]enyanyi terkenal, Anuar Zain buat julung kali akan muncul dalam persembahan teater iaitu Nyonya & The Gang yang akan berlangsung dari 14 hingga 20 Jun ini di Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Teater terbitan CTRA Production itu akan menampilkan penyanyi kelahiran Melaka yang kini sedang hangat dengan laju Ajari Aku bersama kumpulan The Gang yang dibarisi 22 orang remaja berbilang kaum dan usia.

Menurut penerbit teater Nyonya & The Gang, Siti Rohayah Attan, Anuar akan membuat penampilan khas dalam teater tersebut pada 19 dan 20 Jun bagi persembahan 8.30 malam.

“Melalui perbincangan, kami telah bersetuju dengan kemunculan Anuar pada dua tarikh tersebut. Namun, sekiranya beliau mempunyai kelapangan masa serta ada permintaan daripada khalayak, berkemungkinan kami akan menambah bilangan pementasan yang membabitkan beliau.”

Menurut Siti Rohayah, kehadiran Anuar amat besar ertinya kepada produksi tersebut memandangkan babak yang melibatkan Anuar berkaitan dengan negeri kelahirannya, Melaka.

Melalui babak yang berkonsep santai di Melaka itu, ditampilkan beberapa tempat pelancongan yang menarik di negeri tersebut disamping diselitkan lagu tradisional dondang sayang.

“Sebagai anak Melaka, saya berbangga kerana produksi ini menghimpunkan nama-nama besar dalam bidang seni yang berasal dari negeri ini termasuklah Anuar dan pengarah Muzik, Datuk Suhaimi Mohd. Zain.”

Beliau juga berharap dengan kemunculan Anuar dalam persembahan ini memberi peluang kepada penyanyi itu mendekati peminatnya dari genre teater.

Teater Nyonya & The Gang arahan bersama Rosminah Mohd Tahir dan Siti Rohayah dipentaskan dari 14 – 20 Jun ini turut menampilkan Misha Omar (Keponakan Cantik), Amy Mastura (Keponakan Anggun), Fara Fauzana (Keponakan Beautiful), Kiah Propa (Isteri), Mardiana Alwi (Nyonya) dan Taiyuddin Bakar (Tuan).

Turut terlibat ialah kumpulan Zeppo Youngsterz Crew, Secrets Crew dan Don Dang Crew.

Ia dipentaskan dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dan Jatimas Sdn. Bhd.nTiket-tiket berharga RM35, RM55, RM85, RM105 & RM155 sedang dijual di kaunter tiket Istana Budaya. Maklumat lanjut boleh menelefon 03-87754666/03-61866592/ 017-2004249.

Anuar Zain Smart Kasual

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

ZALORA

Betul Ke Maya Karin Kini Sedang Bercinta?