in

Peminat Ajak Kerinting 3 Dating

Hanya Kerana Kerinting 3

Muzik Terbaik 90-An Dan Terbaru itulah pengenalan radio swasta yang berjaya memikat hati 2.2 juta pendengar, SuriaFm. Dibarisi dengan penyampai yang berpengalaman dan juga popular SuriaFm sememangnya mempunyai satu X-factor yang berjaya memenangi hati pendengar di seluruh Malaysia.

Suria FM

BREAKFAST @ SURIA program yang dikemudi 3 penyampai radio, Halim Othman, Sharifah Shahira dan Zizi atau lebih dikenali dengan Keriting 3 yang berlainan karakter merupakan salah satu tunjang utama SuriaFM. Segmen yang ke udara seawal jam 5 pagi ini sememangnya dapat mengundang gelak tawa yang diisi dengan pelbagai informasi sehingga berakahirnya segmen tersebut pada jam 10 pagi.

Zurina atau nama sebenarnya Zurina Bt Ishak berasal dari Terengganu, salah seorang seorang pendengar setia program berkenaan berpeluang beramah mesra dengan Trio penyampai terbabit apabila beliau sendiri menghubungi Kerinting 3 untuk keluar makan tengahari bersama mereka. Permintaan eksekutif akaun di salah satu syarikat swasta di Terengganu ini dipersetujui oleh ketiga-ketiga penyampai terbabit dan terus menetapkan tarikh janji temu tersebut.

Sebuah restoran di Tropicana City Mall menjadi saksi pertemuan mereka apabila wanita yang berasal dari Setiu, Terengganu ini dapat bersua muka dengan Kerinting 3. Menurutnya, “Alhamdulilah akhirnya saya dapat berjumpa dengan Kerinting 3 dan jutaan terima kasih kerana sudi makan tengahari bersama”. Zurina juga mengatakan bahawa dia bakal mendirikan rumah tangga pada tahun hadapan dan akan menjemput trio tersebut untuk ke majlis perkahwinanya.

Gambar kenangan terus diambil, sebagai tanda saksi yang mereka pernah ditemukan untuk menjadi kenangan sepanjang hayat. Hanya kerana Kerinting 3 sebuah kehidupan dapat diserikan lagi dengan suatu momen indah.

INFO BREAKFAST @SURIA
– Ke udara dari jam 5 pagi sehingga 10 pagi
– Mempunyai beberapa segmen yang menjanjikan hadiah yang menarik: Itu Aje, kaki Kelentong, dan Seribu Seminit
– Hari isnin dan Rabu : Apa Cerita ( informasi terkini, X Vs Y)
– Hari Khamis : Celebrity Room
– Hari Jumaat : Terapi Radio

Suria FM

Suria FM

Suria FM

Suria FM

Suria FM

Suria FM

Suria FM

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Airasia X An Option For Stranded Qantas Passengers

Curves Ampang Avenue