in

Pemenang K-Pop Star Hunt Season 3 Wakil Malaysia

Putri Norizah dan Ryan Thoo berjaya mengatasi peserta lain dan muncul sebagai dua pemenang teratas untuk sesi uji bakat Malaysia bagi K-Pop Star Hunt Season 3. Mereka berdua akan mewakili Malaysia untuk berlatih di syarikat pengurusan artis Korea yang terkenal, FNC Entertainment, di Korea bersama 14 peserta lain dari rantau ini termasuk Hong Kong, Singapore, Philippines, Taiwan, Thailand dan juga Indonesia, tambahan terbaru untuk K-Pop Star Hunt tahun ini. Semua peserta akan bersaing bersama untuk dinobatkan sebagai pemenang muktamad siri realiti bakat ini.

Top 2 Finalist representing Malaysia in KPSH3 (L-R Atilia Harun, Ryan Thoo, Putri Norizah, Jeremy Kung)

Pemenang K-Pop Star Hunt Musim Ke 2 Wakil Malaysia

[dropcap]P[/dropcap]encarian untuk wakil Malaysia bagi K-Pop Star Hunt 3 bermula dengan penyerahan video secara online bermula 1 Ogos dan kemudian peserta-peserta lain juga menghadiri sesi uji bakat ‘walk-in’ yang berlangsung di Berjaya Times Square hari ini dari pukul 11.00 pagi sehingga 1.00 tengahari. Akhirnya dua peserta muncul sebagai dua pemenang teratas dan memenangi hati juri dengan bakat dan semangat mereka untuk K-pop.

Ramai peserta menyertai pertandingan untuk merealisasikan impian mereka untuk menjadi penyanyi profesional

Ryan muncul juara apabila dia mengkagumi semua juri termasuk En. Eddy Tan, Naib Presiden, Original Productions – Hiburan, FOX International Channels (FIC); En. Michael Jung, Ketua Channel M, FOX International Channels dan wakil CJ E&M; En. Jeremy Kung, Naib Presiden Eksekutif, TM New Media; Atilia Harun, juri tetamu Malaysia serta penyanyi dan penulis lirik. Manakala Putri menerima tepukan gemuruh apabila dia juga dinamakan pemenang bersama selepas persembahannya.

“Saya berasa sangat gementar sebelum persembahan saya kerana peserta lain memberikan saingan hebat, tetapi saya memberikan yang terbaik apabila berada di atas pentas. Saya ingin berterima kasih kepada semua yang menyokong saya kerana ia mengesahkan kepercayaan saya bahawa saya boleh berjaya. Ia merupakan penghormatan yang besar untuk saya mewakili Malaysia,” kata Putri selepas dia diumumkan sebagai salah satu pemenang.

Ryan juga mengatakan perkara yang sama, “Saya berasa sangat cemas sebelum menaiki pentas kerana saya memang teringin memenangi pertandingan ini. Peserta-peserta yang lain memang sangat berbakat dan berdaya saing sehingga saya tidak pasti jika saya boleh menang. Saya memang tersangat gembira sekarang.”

Anthony Yeap, Ketua Wilayah bagi Fox International Channels (FIC), Malaysia, berkata,

“Kami menerima sambutan menggalakkan bagi K-Pop Star Hunt tahun lalu dan ia memang amat patut bagi kami untuk menganjurkannya pada tahun ini kerana minat terhadap K-Pop semakin berkembang di Malaysia. FIC sangat berbangga untuk terlibat dalam pencarian bakat dan K-Pop Star Hunt S3 adalah platform yang bagus untuk menggalakkan rakyat Malaysia memupuk kebolehan seni mereka.”

Orang awam turut dihiburkan dengan persembahan dari naib juara tahun lalu, Khairul Najmuddin yang mengagumkan semua dengan persembahan mantap dan vokal yang bagus. Kumpulan tarian tempatan, Hyperactive juga mempamerkan persembahan yang bagus dengan gerak tarian mereka yang licik kepada lagu-lagu K Pop.

K-Pop Star Hunt kini kembali dengan musim ketiga! Dianjurkan oleh Channel M, saluran hiburan Korea yang utama bagi FOX International Channels’, K-Pop Star Hunt 3 akan mencipta uji bakat yang terunggul dengan sokongan latihan sepenuhnya dari FNC Entertainment, salah satu label muzik terkenal di Korea!

Kini K-pop semakin berkembang popularitinya di seluruh dunia dan K-Pop Star Hunt 3 memberi peluang kepada individu-individu berbakat di Asia Tenggara untuk menjadi sebahagian daripada ‘Hallyu wave’! Dalam musim-musim sebelum ini, individu berbakat di seluruh Asia diberikan peluang untuk berada di sebalik tabir dan membuat impian K-Pop mereka menjadi kenyataan. Di antara mereka adalah dua pemenang dari Thailang, Sorn dan Ling Ling, yang kini sedang bersiap-sedia untuk kemunculan pertama mereka. Malaysia juga mencipta nama dalam pertandingan ini dalam musim keduanya apabila Khairul Najmuddin berjaya mendapat tempat kedua keseluruhannya. Tahun ini, Scoot: K-Pop Star Hunt 3 kembali ke Asia dengan lebih hebat!

Sebagai pembekal platform Channel M HD di Malaysia, kami di HyppTV telah bersiap-sedia dan tidak sabar untuk menayangkan siri baru K-pop Star Hunt dalam bulan November untuk penonton kami. Kami berharap agar seorang rakyat Malaysia yang akan merangkul gelaran juara,” kata Jeremy Kung.

Dua pemenang dari Malaysia kini akan ke Seoul dalam pertengahan bulan Oktober 2013 untuk berlatih di bawah FNC Entertainment. Dikenali sebagai salah satu agency terulung di Korea Selatan, FNC Entertainment mempunyai artis-artis Korea yang hebat-hebat belaka seperti CNBLUE, Juniel, FT Island dan AOA. Selepas sesi penyingkiran mingguan, 4 peserta teratas akan ke Singapura untuk persembahan istimewa dan yang terakhir di mana pemenangnya akan diumumkan.

Untuk menyaksikan perjalanan peserta-peserta dalam mengecapi kejayaan, jangan lupa untuk menonton rancangan Scoot: K-Pop Star Hunt 3 yang akan bermula pada 30 November 2013, setiap hari Sabtu pada pukul 9.00 malam, eksklusif di Channel M HD, HyppTV Saluran 601.

Finalist Ryan & Putri 2

Finalist Putri

Finalist Ryan 1

Channel M

channel M adalah saluran terpilih K-Pop di Asia. Saluran ini menumpukan lebih liputan bagi K-Pop berbanding dengan penyiaran saluran lain. channel M telah menjadi sumber utama dalam meyebarkan K-Culture di seluruh dunia melalui produksi dalaman dan kandungan yang dihasilkan oleh CJ E&M. Liputan mereka merangkumi semua bidang perkhidmatan hiburan, termasuk musik, drama, program realiti, berita hiburan and gaya hidup. Channel M merupakan satu usahasama antara FOX International Channels dan CJ E&M, sebuah konglomerat media terkemuka di Korea. Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari www.,channelm.net.

FOX International Channels

FOX International Channels adalah syarikat Perbadanan Berita multimedia antarabangsa. Kami menghasilkan, menerbitkan dan mengedarkan 200+ bahan hiburan, fakta, sukan dan filem milik epenuhnya atau secara majoriti merentasi Amerika Latin, Eropah, Asia dan Afrika dalam 37 bahasa. Rangkaian ini dan saluran tambahan untuk mudah alih, tidak linear dan definisi tinggi mencecah melebihi 1 bilion jumlah keseluruhan penduduk di seluruh dunia.

Di Asia, FOX International Channels menguruskan 27 jenama saluran termasuklah Fox, Star dan National Geographic di 75 saluran merentasi 14 buah pasaran, mencapai lebih daripada 550 juta pelanggan terkumpul di Asia Pasifik dan Timur Tengah. Rangkaian TV berbayar terkemuka mempunyai pejabat di Singapura, Malaysia, Indonesia, Filipina, Thailand, Hong Kong, China, Taiwan, Jepun, Korea, Australia, Timur Tengah dan India. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.foxinternationalchannels.com

Di Malaysia, FOX International Channels menguruskan National Geographic Channel, National Geographic Channel HD, National Geographic Wild, National Geographic Adventure, National Geographic Music, STAR World, STAR World HD, FOX Movies Premium, FOX Movies Premium HD, FOX, FOX Crime HD, FX HD, BabyTV, tvN HD, Channel [V] Taiwan, STAR Chinese Channel dan STAR Chinese Movies 2.

Tentang Hypp TV

HyppTV, perkhidmatan Telekom Malaysia Berhad (TM) IPTV, disokong oleh UniFi dan boleh didapati oleh para penonton tanpa mengira masa melalui pakej kediaman UniFi, iaitu pakej VIP yang menawarkan gabunggan suara, video dan data (Triple-play). TM UniFi kini ditawarkan melalui tiga (3) pakej kediaman. Pakej kediaman Triple- Play VIP5 boleh didapati pada kadar RM149 sebulan, VIP10 pada RM199 sebulan dan VIP20 pada RM249 sebulan.

HyppTV kini menawarkan pakej promosi yang dipanggil ‘HyppTV Platinum Pack’ di mana penonton HyppTV boleh menikmati 30 saluran yang menakjubkan pada harga yang rendah, iaitu RM30 sebulan. Saluran yang ditawarkan dalam pek promo termasuk saluran eksklusif yang hanya boleh didapati pada HyppTV, saluran yang mempunyai kandungan yang tinggi nilainya oleh sumber tempatan di Malaysia dan antarabangsa dari Amerika Syarikat, UK, Asia dan banyak lagi. Selain itu, 10 saluran daripada 30 saluran yang ditawarkan merupakan saluran Definisi Tinggi (HD) yang memaparkan visual yang menakjubkan, segar dan jelas. Pengalaman para penonton saluran-saluran ini akan menjadi lebih menyeronokkan.

Untuk maklumat lanjut, layari www.tm.com.my/Hypptv dan melawat laman Facebook kami di www.facebook.com/hyppworld.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Aaron Aziz Duta Jurucakap Produk Kesihatan Nu-Prep

Peraduan Menangi Album MTV Karaoke ST12