in

Pemenang Finalis Tiru Gaya Artis AJL 26

UNDI 10 FINALIS TIRU GAYA ARTIS – AJL 26!

Anugerah Juara Lagu ke-26 kembali lagi! Seramai 12 finalis telah dipilih dalam Peringkat Akhir Muzik-Muzik yang lalu dan bakal berentap dalam merebut kejuaraan pada malam 29hb Januari 2012!

Peraduan Tiru Gaya Artis bersempena Anugerah Juara Lagu ke-26 sepanjang Disember 2011 lalu mendapat sambutan hangat melalui penyertaan pelbagai video kreatif yang dihantar secara online di laman web AJL26 (www.tv3.com.my/ajl26). Kini, 10 finalis akhir telah dipilih dan siapa yang akan bergelar juara?

ajl

Undi peserta yang anda rasa layak bergelar juara hari ini secara online di http://www.tv3.com.my/ajl26. Anda juga boleh mengundi secara sms dengan menaip SMS TGAKOD VIDEO ke 33399 (Contoh: TGA V1 ke 33399). RM0.50 akan dicaj untuk setiap sms yang dihantar.

Juara akan dipilih berdasarkan 30% undian online, 30% undian sms dan 40% markah daripada juri. Juara berpeluang memenangi hadiah wang tunai RM5,000 selain mendapat jemputan sebagai tetamu VIP di AJL26 nanti. Tarikh undian akan ditutup pada 20hb Januari 2012.

Senarai finalis adalah seperti berikut:-

1) Mohd Fadzli Nordin – Jerat Percintaan (1996)
2) Sharifah Hajar Nadia Syed Shikh – Lagu Untukmu (2008)
3) Md Helmyshah Md Parlan – Ghazal Untuk Rabiah (1997)
4) Jakie Jili – Sekadar di Pinggiran (1986)
5) Roshida Abdul Aziz (Cikgu Shida) – Tolong Ingatkan Aku (2010)
6) Luqman Khalid – Kisah Hati
7) Muhammad Amin Ramli – Pergi (2009)
8) Mohd Asyraf Mat Yatim – Pergi (2009)
9) Rafizi Randzan – Keliru (2002)
10) Muhammad Aliff Zulkifli – Tolong Ingatkan Aku (2010)

Layari live.tv3.com.my/ajl26/ untuk maklumat lanjut!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Samsung Pushes Boundaries at CES 2012

Tayangan BUNOHAN di Festival Filem Antarabangsa Rotterdam