in

Pemenang Anugerah Utama Shout! Awards Bunkface Ke Perth Australia

Shout! Awards memberikan platform terbaik artis Malaysia ke peringkat antarabangsa

Buat julung-julung kalinya persada muzik antarabangsa mengiktiraf kemenangan besar sebuah kumpulan muzik tanahair! Pemenang Anugerah Utama Shout! Awards – Bunkface, bakal meledakkan bumi Perth, Australia Oktober ini! 

Kemenangan besar Bunkface di dalam Anugerah Shout! Award membuka mata pihak One Movement For Music Perth (OMFM) untuk menjemput mereka bertandang ke Perth dan sekaligus memberi ruang untuk mereka membuat persembahan selama 30minit.  Festival ini bakal berlangsung dari 16 – 18 Oktober 2009 di Perth Australia.

Shout! Awards, majlis penganugerahan buat industri hiburan tanahair, merupakan sebuah anugerah yang diadakan untuk memberi pengiktirafan kepada mereka yang memberi impak yang besar dan sesuatu yang segar dalam karya-karya mereka untuk industri hiburan Malaysia.  Anugerah ini dilihat sebagai satu platform yang bagus untuk artis-artis kita untuk lebih dikenali di peringkat antarabangsa.

Pihak 8TV telah dijemput ke festival muzik ini dan pemilihan Bunkface sebagai pemenang utama di Shout! Awards adalah bertepatan dan menepati konsep festival kerana Bunkface merupakan band yang cukup berbakat dan popular yang telah memikat jutaan pendengar muzik.

“Kami cukup teruja kerana penganjur OMFM menyedari kepentingan Shout! Awards untuk artis-artis tempatan kita lebih dikenali dan OMFM telah menjemput pemenang anugerah utama Shout! Awards untuk bersama-sama  terlibat dalam festival muzik ini.  Kami percaya Shout! Awards telah membuka banyak peluang untuk band-band tempatan kita untuk lebih dikenali di luar,” komen Lam Swee Kim, Pengurus Besar 8TV.

Festival OMFM menjadi medan ujian buat kumpulan anak muda berbakat besar ini untuk mempersembahkan kelainan dan keunikkan muzik dan jiwa baru sebenar rakyat Malaysia.  

“OMFM menjadi platform untuk kami memperkembangkan bakat dan kami berterima kasih kepada 8TV di atas kemenangan besar kami di Shout! Awards lalu.  Sokongan moral serta tajaan 8TV ke Perth sepanjang perjalanan kami di sana, amat kami hargai. ” ujar penyanyi utama kumpulan Bunkface, Sam.

“Kami cukup teruja dan berbangga kerana telah dipilih untuk menyertai festival muzik yang bakal disaksikan oleh jutaan penonton dari seluruh pelosok negara. Kami sememangnya tidak sabar untuk beraksi di pentas OMFM!” tambah Sam lagi.

Bunkface turut memenangi Anugerah ‘Break Out Awards’ (Bakat Baru Terbaik) selain berjaya menggondol anugerah utama iaitu ‘Ultimate Shout! Award’
Jika anda penggemar muzik yang dahagakan sesuatu yang segar, OMFM ada segalanya untuk anda! OMFM 2009 merangkumi 2 buah taklimat  (the One Movement MUSEXPO Asia Pacific and One Movement – The Independent Times).  Taklimat yang dibuat bakal dikendalikan oleh 30 orang panel yang turut menyelitkan persembahan dari beberapa orang artis yang pastinya memberikan kepuasan sebenar kepada pencinta muzik.  Dua hari festival muzik. – the One Movement Showcase Music Festival pula akan menampilkan lebih 80 artis yang bakal membuat persembahan di Perth’s picturesque Esplanade. Festival Muzik yang berlangsung ini akan disertai nama-nama besar dari pelbagai negara. 

Sememangnya OMFM merupakan sebuah festival yang cukup ditunggu-tunggu oleh penggemar muzik.

Bagi peminat-peminat Bunkface, pastikan anda semua tidak ketinggalan akan cerita-cerita terbaru band kesayangan anda ini kerana pihak 8TV Quickie yang turut mengikuti rombongan ke Perth ini akan turut merakamkan segala pengalaman dan perjalanan Bunkface untuk dibuat dokumentari khas. Yang akan disiarkan 8TV juga tidak lama lagi.

Untuk keterangan lanjut sila layari http://www.onemovementmusic.com/home.

Anda juga boleh menonton siaran 8TV di saluran 708 Astro.

Anda juga boleh menyaksikan program-program 8TV kegemaran anda dengan melayari mobile.8tv.com.my menerusi telefon bimbit anda. Selamat menonton!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Nur Fazura di Majlis Prebiu PISAU CUKUR

Ujibakat Mencari Pelakon Filem RATU