Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Peluk Spontan di ABP Nabil Mohon Maaf



Banyak juga hadiah yang dibolot oleh Nabil semalam. Antaranya, kereta Nissan Sylphy 2.0 C yang pastinya akan digunakannya. Khabarnya, Nabil akan berkahwin 2 tahun lagi. Masa di ABP, Nabil memperagakan sut berwarna sedondon dengan Irma rekaan Michael Shu. Manakala Irma pula mengenakan pakaian berwarna merah rekaan Betty.

Adakah Nabil sudah menjangkakan akan menang?

“Saya langsung tak ‘expect’ akan menang kerana ingatkan Mawi yang menang. Saya memang relaks ‘gila’. Jangkaan saya memang rendah dan orang akan ‘vote’ saya untuk menang. Saya bajet Saiful Apek akan menang anugerah Artis Komedi Lelaki Popular. Saya hanya ‘target’ mungkin menang anugerah Artis Baru Lelaki Popular. Kalau saya tak menang pun, mungkin Riz, Nubhan atau Fizow Omar kerana mereka lebih kacak dari saya.”

Komen Nabil tentang aksi peluknya di ABP 2008?

“Saya peluk dia secara spontan, jadi saya tak menyesal sebab itu merupakan cara saya meluahkan perasaan gembira. Lagipun, dia merupakan tempat untuk saya meluahkan perasaan, semasa saya susah dan senang. Saya minta maaf kalau apa yang orang nampak itu melampaui batas dan terpeluk di tempat yang salah. Selepas ini, saya tidak akan buat lagi, sehinggalah dia menjadi isteri saya.”

Adakah ini detik pertama kali Nabil peluk Irma?

“Yea, pertama kali. Orang pernah cakap meluat tengok saya peluk Irma kat Shopping Complex tetapi saya tak pernah buat pun. Saya hanya pernah pegang tangan dan bahunya sahaja.”

Kiranya, kemenangan ini sekaligus dapat menewaskan Saiful Apek? Komen sikit?

“Saya tidak tewaskan dia tetapi Apek dapat pelapis untuk teruskan bakat dalam industri kerana dia seperti abang saya. Begitu juga dengan orang sekeliling saya yang tercalon iaitu Afdlin Shauki, Zizan yang sama-sama berkawan dengan saya. Saya baru lagi dan mereka banyak membantu saya. Jadi, saya ucapkan terima kasih sangat-sangat.”

Dengan kemenangan sebagai Bintang Paling Popular 2008, Nabil berjaya membawa pulang hadiah berjumlah lebih RM250,000 berupa kereta Nissan Sylphy 2.0 C berharga RM109,000, barang kemas Rafflesia (RM150,000) dan perabot Empayar Classic (RM30,000).

Tags:

none

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Video Nabil Peluk Irma Hasmie di Anugerah Bintang Popular 2008
  • Gambar Adira Peluk Anjing
  • Isu Cium Pipi Mas Idayu : Black Mentor Minta Maaf
  • Video Persembahan Nabil di Final Maharaja Lawak Akhir
  • Ucapan Selamat Hari Raya
  • Gambar Kad Kahwin Nabil Raja Lawak
  • Gambar Mitsubishi Lancer Evolution 10 Milik Nabil Raja Lawak
  • Nabil Akan Disaman RM2 juta
  • Irma Hasmie Berpisah Dengan Anak Angkat
  • Gambar Kekasih Nabil Raja Lawak



    • berudu

      aku setuju dng kodok stim tahniah kodok tanpa kau aku tak hdup……….

    • budak batu kikir

      nabil…den phm ko happy bona maso tu…terlupo skjp apo yang ko TERBUEK….lopeh ni hati2 sikit k. psl mulut oghang ni ko tak yah ambik pot…artis yg diorg minat tak monang mlm tu membising plak.. cubo diorg kek tompek kau, silap2 bini oghang pun diorg poluk…ckp boleh la poik!!!! apo2 pun tahniah la bil..majulah Nabil untuk harumkan N9

    • http://ww.yahoo.com gua…

      hurm…xpelah…..janji dah mintak maaf…huhu
      so gud luck…nabil…!!!



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK