in

Peluang Terakhir Jadi Peserta Sejuta Impian

SERTAILAH UJI BAKAT TERAKHIR DI SRI PENTAS !

“Impian saya adalah untuk menyediakan pengangkutan secara percuma untuk orang-orang yang kurang upaya dan warga emas yang hendak ke hospital terutamanya.” “Saya ingin membantu membina sebuah rumah untuk anak-anak yatim.” “Kami ingin membuka sebuah pusat tuisyen dan memberi tuisyen secara percuma di seluruh Malaysia.” Begitulah antara harapan yang diluahkan oleh peserta-peserta ketika menghadiri sesi uji bakat SEJUTA IMPIAN yang telah berlangsung di serata Malaysia bermula 5 Mac 2011.

Peluang terakhir kepada anda yang tidak berkesempatan untuk menghadiri sesi uji bakat SEJUTA IMPIAN yang lalu, anda masih berpeluang untuk hadir ke sesi terakhir pada hari Sabtu ini, 19 Mac 2011 bermula dari jam 10.00 pagi – 4.00 petang di Perkarangan Sri Pentas, Bandar Utama, Petaling Jaya.

Sejuta Impian

Tidak kira kecil atau besar harapan anda, SEJUTA IMPIAN menawarkan insentif berjumlah RM1 juta kepada rakyat Malaysia dari segenap pelusuk tanah air yang berjaya memberi inspirasi kepada orang lain. Pemberian dana tersebut juga berperanan untuk mencetus semangat dan bertindak sebagai titik permulaan bagi golongan belia sama ada individu ataupun secara berkumpulan dalam merealisasikan impian dan hasrat murni mereka demi kebaikan bersama. Penyertaan terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan tidak melebihi 40 tahun. Bagi mereka yang masih di bawah umur 18 tahun harus ditemani oleh ibu bapa atau penjaga ketika hadir di lokasi uji bakat. Tugasannya amat mudah. Anda hanya perlu berdiri atas kotak dan nyatakan impian anda sebagai simbolik untuk mengubah taraf hidup dari asas bawah.

Encik Ahmad Izham Omar, Ketua Pegawai Operasi, Rangkaian Televisyen, Media Prima Berhad berkata, ”TV3 telah menerima sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai sejak penyertaan dibuka pada awal bulan Mac dan pencarian peserta yang dijalankan oleh Skuad Sejuta Impian di seluruh Malaysia. Setakat ini, TV3 telah menerima 600 penyertaan. Atas permintaan ramai untuk lanjutkan lagi sesi pengambilan peserta, maka kami mengadakan satu uji bakat lagi pada hari Sabtu ini bagi membuka peluang kepada mereka yang masih berminat untuk mengambil bahagian dalam SEJUTA IMPIAN.”

Sejuta Impian

”RM 1 juta untuk diagihkan bagi merealisasikan harapan rakyat Malaysia. SEJUTA IMPIAN fokus kepada harapan atau impian mereka yang akan memberi impak kepada masyarakat ataupun dimanfaatkan bagi membangunkan masa depan belia. Idea-idea boleh merangkumi aspek keusahawanan, masyarakat setempat, kemajuan kendiri, alam sekitar, kebudayaan sehinggalah kesenian dan sukan. Individu-individu yang berbakat dari seni nyanyian, tarian mahupun persembahan adalah dialu-alukan.” Tambah Izham.

Pihak produksi masih mengalu-alukan penyertaan secara online berserta kertas kerja ataupun klip video menerusi emel di alamat rasmi [email protected] atau poskan kepada SEJUTA IMPIAN, Jabatan Pengurusan Penjenamaan TV3, Tingkat 2, Sayap Utara, Sri Pentas, 3 Persiaran Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya, Selangor sehingga 19 Mac 2011. Calon-calon yang berjaya disenarai pilih akan dihubungi oleh pihak produksi pada hujung bulan Mac nanti.

SEJUTA IMPIAN bakal ditayangkan di TV3 sebanyak 20 episod dan akan bersiaran selama setengah jam bermula 15 Mei 2011, setiap hari Ahad jam 7.30 petang. Program realiti ini ditaja khas oleh Telekom Malaysia (TM) dan Dana Belia 1 Malaysia (DB1M) sebagai penyalur penaja dana. Bagi mereka yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang program ini boleh melayari laman web rasmi di www.tv3.com.my/sejutaimpian.

Sejuta Impian

Sejuta Impian

Sejuta Impian

Sejuta Impian

Sejuta Impian

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Bukan Mudah Untuk Menjaga RATU – A. Latiff Mohaideen

Irma Hasmie Nekad Bertudung