in ,

Peluang Menang Tiket VIP TERINDAH ANUAR ZAIN Bernilai RM2500

Peraduan memenangi tiket menonton Terindah Anuar Zain di Suria FM akan bermula pada 7 April 2014 sehingga 11 April 2014. Pendengar perlu mendaftar sebagai VIP Suria FM terlebih dahulu dan dengarkan segmen Ceria Pagi bersama Halim Othman dan Adibah Noor dari jam 5 pagi hingga 10 pagi.

Suria FM sebagai Radio Rasmi TERINDAH ANUAR ZAIN hari ini mengumumkan berita gembira buat pendengarnya di mana radio yang terkenal dengan tagline Ceriakan Duniamu itu memberi peluang kepada 10 pendengar bertuah untuk menonton persembahan penyanyi tersohor tanahair, Anuar Zain di dalam Minggu Setiausaha Terindah Anuar Zain.

Yang menarik setiap pemenang akan mendapat tiket VIP bernilai RM2,500 setiap satu. Wow, mahal tu!

ANUAR ZAIN TERINDAH

Acara makan tengahari ini akan berlangsung pada 29 April 2014, jam 12 tengahari di Hotel One World, Bandar Utama. Selaku rakan media bagi Minggu Setiausaha Terindah Anuar Zain, Suria FM menawarkan 10 tiket VIP yang bernilai RM2,500 setiap satu kepada 10 pendengar bertuah dan kemudiannya berpeluang beramah mesra dengan Anuar Zain.

Peraduan memenangi tiket menonton Terindah Anuar Zain di Suria FM akan bermula pada 7 April 2014 sehingga 11 April 2014. Pendengar perlu mendaftar sebagai VIP Suria FM terlebih dahulu dan dengarkan segmen Ceria Pagi bersama Halim Othman dan Adibah Noor dari jam 5 pagi hingga 10 pagi. Apabila isyarat peraduan keudara dan kata laluan diberikan, jadilah penghantar SMS yang pertama ke 33988 dengan menaip SuriaTiketAnuar Zain dan Halim Othman serta Adibah Noor akan menelefon penghantar SMS yang berjaya.

Pendengar perlu memberikan kata laluan tersebut dan calonkan seorang setiausaha dan nyatakan sebab mengapa setiausaha itu perlu menonton persembahan Terindah Anuar Zain pada 29 April ini. Setiausaha tersebut akan memenangi 2 keping tiket VIP bagi menyaksikan Terindah Anuar Zain.

“Peraduan ini khusus untuk VIP Suria FM dan bagi yang belum mendaftar sebagai VIP Suria FM, inilah masanya. Kami teruja untuk menjadi sebahagian daripada Terindah Anuar Zain dan mahukan pendengar Suria FM menikmati persembahan ini. Istimewanya lagi, Anuar Zain akan menjadi tetamu bagi Celebrity Room Ceria Pagi, Khamis 17 April 2014 dari jam 7.30 pagi hingga 9 pagi. Bersempena dengan Minggu Setiausaha ini juga, kami memberi laluan kepada para setiausaha di luar sana untuk sertai dan hadir ke Terindah Anuar Zain”

Pengurus Program Suria FM, Adiwati Zainuddin

Segalanya bermula 7 April ini, jadilah 10 pendengar bertuah untuk bersama-sama menonton persembahan Terindah Anuar Zain dan beramah mesra dengan beliau. Terima kasih kepada Anuar Zain Network dan layari www.suriafm.com.my untuk sebarang maklumat lanjut.

Budiey sebagai Blog Rasmi TERINDAH ANUAR ZAIN juga ada memberi peluang kepada anda untuk mendapat tiket.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pharrell Williams Jadi Juri The Voice Musim Ke-7

Rozita Che Wan Rugi Setengah Juta Mahu Saman Pengusaha Produk