Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











PELUANG JADI PEMUZIK ORKESTRA DI ISTANA BUDAYA



UJI BAKAT TERBUKA AHLI MUZIK ORKESTRA SIMFONI KEBANGSAAN

DI ISTANA BUDAYA PADA 20 – 21 DISEMBER 2008  

Istana Budaya (IB), Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia membuka peluang kepada mereka yang berbakat dalam muzik simfoni orkestra untuk menyertai Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK).

Sehubungan itu, sesi uji bakat akan diadakan selama dua hari, iaitu pada 20 dan 21 Disember 2008, bermula 10.00 pagi hingga 2.30 petang di Bilik Seri Nilam, IB. Mereka yang berminat hendaklah berumur 18 hingga 45 tahun, mempunyai pengalaman bermain alat-alat muzik simfoni orkestra serta mempunyai Sijil Muzik ABRSM Gred 8 atau yang setaraf dengannya.  

OSK mencari pemain violin/viola, cello/double bass, flute, oboe, bassoon, horn, trumpet, tuba, timpani/perkusi dan harp. Peralatan muzik yang disediakan semasa uji bakat adalah harp, double bass, timpani dan perkusi. Mereka yang terpilih akan bekerja sepenuh masa dengan gred jawatan Ahli Muzik B27 dan B41. Selain terlibat bersama OSK dalam persembahan di Panggung Sari IB, mereka juga berpeluang dalam konsert jelajah, sama ada dalam dan luar negara.  

Pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai uji bakat, sila hubungi Bahizal Abu Bakar di talian 03-4026 5636 atau pun Zuraini Baharun menerusi talian 03-4026 5667.

Tags:

Tags:

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Uji Bakat Pemuzik Orkestra Simfoni Remaja
  • Konsert Idris Saidi & Orkestra Simfoni Kebangsaan di Istana Budaya
  • Show Orkestra Tradisional Malaysia di Istana Budaya
  • UJI BAKAT PUSAT PEMUZIK MUDA ISTANA BUDAYA
  • Konsert Ella di Istana Budaya
  • Jay Jay dan Rahim Othman Dalam Konsert Black Dog Bone Istana Budaya
  • Wings Cipta Sejarah Siar Konsert Live Streaming
  • Ujibakat Asuhan Seni Orkestra Tradisional Malaysia
  • Poster Konsert SATU Dato’ Siti Nurhaliza di Istana Budaya
  • Konsert Jelajah Orkestra Simfoni Kebangsaan 2007



  • 4 Komen untuk entri “PELUANG JADI PEMUZIK ORKESTRA DI ISTANA BUDAYA”

    1. Honeybee kata:

      Tringat zaman skolah dlu msa msuk school brass band ..

    2. obefiend kata:

      i am good at guitar gero III.. does that qualify?

    3. enol jazz kata:

      i’m saxanist..peluang sebegini sngt baik utk musician mcm sya…this advertisement i dh lmbat larr…klu blh adakan lgi peluang mencari bakat n i akn dtng audition…Hidup Istana Budaya..

    4. azrin kata:

      sye nak belajar kursus bahagian muzik tapi tak tahu boleh tunjuk kan saye bagaimana?

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK