in

Peluang Beramah Mesra Dengan ROYAL PIRATES

Rakam video atau kongsi gambar Royal Pirates yang disediakan oleh Hotlink untuk memenangi tiket ke persembahan Royal Pirates di Kota Kinabalu dan Kuala Lumpur. Peluang yang unik untuk bertemu dan meluangkan masa bersama Royal Pirates. Hotlink terus menawarkan pengalaman epik #LiveLifeLoud melalui Hotlink RED App

RoyalPirates_KK

HOTLINK MEMBERI PELUANG UNTUK ANDA BERAMAH MESRA DENGAN ROYAL PIRATES!

Bermula dengan One Direction, kemudian Ed Sheeran dan The Script, Hotlink terus menawarkan pengalaman epik #LiveLifeLoud dengan membawa kepada peminat satu lagi kumpulan muzik antarabangsa, Royal Pirates.

Pelanggan akan mempunyai peluang untuk menonton kumpulan pop-rock Korea-Amerika memberi persembahan khas dimana mereka akan menyanyikan beberapa lagu popular mereka secara langsung, serta dapat mendekati Royal Pirates dengan lebih rapat lagi.

Sebagai sebahagian daripada persembahan Royal Pirates yang pertama di Malaysia, pelanggan Hotlink boleh memenangi tiket ke persembahan mereka di Kota Kinabalu pada 1 Mei dan di Kuala Lumpur pada 3 Mei, selain menikmati pengalaman khas dengan kumpulan tersebut. Peraduan ini akan berlangsung sehingga 22 April.

Berikut adalah cara-cara untuk menang:

Untuk memenangi tiket ke persembahan dan pengalaman khas (Hadiah Utama), pelanggan perlu menghantar video di mana mereka perlu berkongsi satu soalan yang mereka ingin tanya Royal Pirates

Untuk memenangi tiket ke persembahan (Hadiah Tempat Kedua & Ketiga), pelanggan perlu menghantar imej kumpulan pada media sosial dan dalam kapsyen, berkongsi satu soalan yang mereka ingin tanya Royal Pirates. Imej ini boleh didapati di laman Facebook Hotlink, Hotlink RED App dan laman web Hotlink.

Hantarkan penyertaan mereka melalui Facebook/Instagram/Twitter dengan hashtag berikut: #Hotlink #AlwaysOn dan sertakan #RoyalPiratesKL atau #RoyalPiratesKK (bergantung kepada lokasi pilihan mereka)

Bagi penyertaan Facebook sahaja, peserta perlu menghantar e-mel dengan pautan penyertaan mereka ke [email protected]

Penyertaan yang paling kreatif akan dipilih sebagai pemenang. Pelanggan perlu memastikan tetapan privasi mereka ditetapkan ke ‘public’ untuk membolehkan penyertaan mereka diulaskan

Peserta dibenarkan menghantar lebih daripada satu penyertaan.

Hadiah-hadiah utama termasuk:
Hadiah Utama (10 pemenang) – Setiap pemenang akan dapat meluangkan masa bersama Royal Pirates semasa Pengalaman Khas dan memenangi 2 Pas Persembahan (Showcase Pass)

Hadiah Tempat Kedua (10 pemenang) – Setiap pemenang akan mendapat 1 Pas Meet & Greet dan 2 Pas Persembahan (Showcase Pass)

Hadiah Tempat Ketiga (50 pemenang) – Setiap pemenang akan mendapat 2 Pas Persembahan (Showcase Pass)

Navin Manian, Ketua Prabayar, Perniagaan Pengguna Maxis berkata, “Kami benar-benar teruja untuk membawa kumpulan Pop Korea yang terbaru ini kepada para peminat Malaysia untuk persembahan mereka yang pertama di sini. Inilah kelebihan Hotlink – ia menyediakan platform bagi para pelanggan kami untuk menikmati pengalaman yang unik, semuanya melalui satu aplikasi tunggal. Anda boleh mengharapkan acara-acara muzik terbaik, serta ganjaran eksklusif lain yang tidak boleh ditemui di tempat lain! “

Royal Pirates akan mengadakan persembahan mereka di 1Borneo Mall di Kota Kinabalu pada 1 Mei, dan di Bentley Music Auditorium, Mutiara Damansara pada 3 Mei. Untuk maklumat lanjut mengenai peraduan Royal Pirates Hotlink, sila layari www.hotlink.com.my

RoyalPirates_KL

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pelancaran Tiket 2015 BTS LIVE TRILOGY IN MALAYSIA EPISODE II THE RED BULLET

Years of Living Dangerously