in ,

Pelawak Zizan Razak Dilarang Sain Kontrak Baru Dengan Produksi

Menurut sumber akhbar KOSMO!, Mahkamah Seksyen memerintahkan pelawak dan pengacara popular, Zizan Razak tidak menandatangani sebarang kontrak baharu dengan mana-mana produksi selepas bekas pengurus peribadinya, Marina Juki berjaya mendapatkan injuksi sementara terhadapnya kerana melanggar kontrak.

Hakim Hassan Abdul Ghani memberikan perintah injunksi sementara itu kepada Marina, 31, ketika mendengar permohonan injunksi wanita itu semalam terhadap Zizan Razak atau nama sebenarnya Mohd. Razizan Razak, 31.

Injunksi sementara secara ex-parte (sebelah pihak) itu berkuat kuasa sehingga mahkamah membuat keputusan sama ada membenarkan permohonan Marina bagi mendapatkan injunksi tetap atau sebalik­nya terhadap Zizan pada 6 Mac depan.

Prosiding tersebut dihadiri oleh peguam Harjit Singh Sandhu dan Wan Nurliyane Abdul Rahman yang mewakili Marina sebagai plaintif dan peguam Gandhi Mohan bagi pihak Zizan (defendan).

Bagaimanapun, Marina dan Zizan tidak hadir.

Ketika ditemui pemberita, Harjit memberitahu, anak guamnya berjaya mendapat perintah injunksi sementara itu dan mahkamah akan mendengar hujah kedua-dua belah pihak sebelum injunksi tetap diputuskan pada bulan Mac depan.

sumber : Kosmo!

Baru-baru ini, Budiey berpeluang merakam beberapa video Zizan Razak menjadi hos untuk majlis sambutan hari jadi Dato’ Siti Nurhaliza yang ke-36 di Hotel Ritz Carlton, kepada yang nak tonton, bolehlah subscribe Youtube Channel Budiey.com: www.youtube.com/budiey27 sekarang!

Video kat atas ni adalah yang paling lawak, korang pasti gelak. Okay, jom layaaaaan!

Bersama pengacara majlis, Zizan Razak di Majlis Sambutan Hari Jadi Dato' Siti Nurhaliza ke-36 yg berlangsung di Hotel Ritz Carlton Kuala Lumpur semalam. Zizan dan Emma kembali bercinta lagi. Hmmm... drama sangat korang neh! Cubalah bercinta leklok sikit.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Izzue Islam Bakal Bintangi Filem TUJUH DIMENSI

Mahkamah Batalkan Perintah Hak Penjagaan Anak Awie