Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Pelawak Yassin Ditahan Kerana Dadah Lagi



Kalau anda menonton Buletin Utama pada malam tadi, dapat mengagak apabila berita penahanan seorang pelawak bekas anggota kumpulan lawak terkenal ditahan sekali lagi kerana dadah. Mungkin penahanan yang lepas tak dijadikan pengajaran buat Yassin.

SUBANG JAYA: Bekas anggota kumpulan pelawak Senario, Yassin Yahya (gambar), ditahan polis kerana dipercayai terlibat dengan penyalahgunaan dadah, awal pagi Ahad.

Yassin, 32, ditahan di sebuah pusat hiburan di Sunway Piramid sekitar pukul 1 pagi.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata Jabatan Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya juga menjalankan ujian air kencing kepada 30 orang awam lain yang berada di pusat hiburan itu.

“Tiga lelaki termasuk Yassin didapati positif dadah selepas ujian tersebut dilakukan.

“Ujian tersebut juga mendapati Yassin mengambil dadah jenis ganja, manakala dua orang lagi iaitu pengurusnya dan seorang ahli perniagaan dikesan mengambil dadah jenis ketamin,” kata Khalid seperti dipetik portal The Star Online, Ahad.

Tambahnya, kesemua mereka ditahan di bawah Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan polis akan mendapatkan perintah tahanan reman terhadapnya.

Tags:

Tags:

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Pelawak Yassin Dibebas Dengan Jaminan Polis
  • Pelakon & Tunang Ditangkap Kes Dadah
  • Anggota Kumpulan Kecik Raja Lawak Ditahan Ambil Dadah
  • Zarina An-Julie Ditahan Sah Positif Dadah
  • Saiful Apek Lari dari Wartawan
  • Pelakon Komedi Saiful Apek Ditangkap Kerana Ganja
  • Pelakon Kontroversi Mengaku Ambil Dadah
  • Gitaris Rock Terkenal Kaki Lalok Ditahan
  • MAHARAJA LAWAK MEGA
  • Deejay Radio Ditangkap Hisap di Pesta Ganja?



  • 3 Komen untuk entri “Pelawak Yassin Ditahan Kerana Dadah Lagi”

    1. kimi kata:

      gila dadah ni.

    2. Nuyoi Idris kata:

      dadah lagiiiiiiii… lg2 dadahh…………..

    3. Hamba Allah kata:

      Insafla Yassin oii….tak kesian kat diri sendiri ke dok ambik bahan2 terlarang tu? Nama mak ayah kena jaga gak….ko tu dahla artis! Alamatnya mmg melingkupla kerjaya seni ko….

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK