in ,

Pelawak Terkenal Ebby Yus Tetamu Program Barakah

Pelawak terkenal Ebby Yus Tetamu Program “Barakah” Hujung Minggu Ini, 17 Januari 2016 di TV1

Program bual bicara tajaan penuh oleh Bank Muamalat Malaysia Berhad terbitan oleh Associate Media Network Sdn Bhd bertajuk “Barakah” bersiaran setiap Ahad, pukul 9.00 malam di TV1 dihoskan oleh Ustaz Dr. Mohd Izhar Ariff.

Barakah adalah program bual bicara yang akan membincangkan tentang perkhimatan kewangan Islam di dalam kehidupan seharian. Setiap topik akan dikupas oleh seorang tetamu jemputan yang pakar dalam tajuk yang dibincangkan seperti Prof. Dato’ Dr. Noor Inayah Yaakub, Dr. Farid Ravi, Dr. Zaharuddin, Dr. Noor Liza Mohamad Said dan ramai lagi panel hebat dan pakar di dalam kewangan Islam. Di setiap episod juga terdapat tetamu jemputan selebriti tempatan yang terdiri daripada Yatt Hamzah, Datuk Tarmimi Seregar, Dato’ Jalaluddin Hassan, Diana Amir dan ramai lagi.

Barakah

Barakah episod 6 yang akan bersiaran pada 17 Januari ini, Ahad, pukul 9.00 malam, membawakan tajuk “Hutang” yang akan membincangkan tentang hukum hakam dalam berhutang dari sudut pandangan Islam.

Tetamu jemputan bagi episod kali ini adalah selebriti dan pelawak terkenal Ebby Yus dan panel, Dr. Farid Ravi yang merupakan Pengarah Kanan Al-Quran dan Sunah Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor KUIS.

Topik “Hutang” ini akan menceritakan pengalaman Ebby Yus dalam menangani masalah berhutang dan orang yang berhutang dengan beliau. Ebby Yus akan berkongsi bagaimana beliau sebagai seorang Islam menguruskan kewangannya supaya terhindar daripada berhutang. Dr. Farid Ravi pula akan mengupas tentang bagaimana cara yang betul untuk berhutang dan memberikan orang lain hutang dari segi hukum di dalam Islam.

Antara tajuk lain dalam program Barakah ialah, Zakat, Gadaian, Riba, Wakaf, Hutang, Insurans, Hibah, Rezeki Berkat, Produk dan Perkhidmatan. Saksikan program berinfomasi penuh ilmu ini setiap Ahad, pukul 9 malam di TV1.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Pelawak Terkenal Ebby Yus Tetamu Program Barakah

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Café Malaysia A Bigger Hit In 2016!

Wanie Tak Sangka Berjaya Jadi Protege Black Mentor Milenia