in

Pelawak Datuk Yahya Sulong Meninggal Dunia

Semasa dalam perjalanan menuju ke Majlis Kenduri Kesyukuran Sempena Hot FM 7 Tahun di Restoran Puteri, Sg Penchala malam tadi, Budiey ada terbaca twitter editor Berita Harian terkenal, Kak Charm yang mengatakan pelawak Datuk Yahya Sulong, 85, telah meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpu di sini pada jam 6.45 petang tadi (hari Rabu). Berita itu disahkan sendiri oleh isteri Allahyarham iaitu Datin Alisah Ali, 64 tahun yang mengatakan, suaminya dimasukkan ke HKL kira-kira seminggu lalu akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuk asma.

Salam takziah Budiey ucapkan buat seluruh kaum keluarga dan rakan kenalan allahyarham.

yahya sulong

Yahya sebelum ini pernah beberapa kali dimasukkan ke hospital kerana penyakitnya itu termasuklah ke Unit Rawatan Rapi, Hospital Ampang selepas terjatuh di bilik air rumahnya di Bandar Baru Sentul.

Pada jam 8 malam tadi, wartawan dan media telah berada di luar rumah mayat Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk melihat jenazah Yahya Sulong.

Sepanjang penglibatan Allahyarham dalam dunia seni, beliau banyak berlakon filem antaranya Abu Nawas, Gila-Gila, Putus Sudah Kasih Sayang, Da Di Du dan Prebet Lapok.

Yahya pernah berkahwin sebanyak empat kali dan mempunyai 11 orang anak, enam cucu dan dua cicit.

Selain terlibat dalam dunia seni, Yahya pernah bertugas dalam pasukan polis pada tahun 1948 bagi menentang komunis.

Jenazah Allahyarham di jadual dikebumikan di kampungnya di Teluk Intan, Perak pada malam Rabu.

Marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada allahyarham, semoga ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Amin. Al-Fatihah.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Astro Build Third Hostel In Ranau

Penyampai Hot FM Suraya Bakal Bernikah Dengan Jurutera