Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Pelawak Ahmad Busu Kena Serangan Strok



PELAKON dan pelawak terkenal Ahmad Busu kini terlantar di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) setelah mengalami serangan strok dua hari lepas. Ahmad Busu yang terkenal dengan watak Mat Deris dalam sitkom popular Pi Mai Pi Mai Tang Tu tidak sangka keghairahannya memakan buah durian menyebabkan dirinya kini terlantar di hospital.

Ahmad Busu mula mengadu yang dia tidak boleh berjalan pada hari Jumaat apabila dia tidak boleh berjalan dan mengimbangi badannya. Menurut anak keduanya, Mohd Afiq Ahmad, ayahnya sudah dua bulan mengadu sakit kepala setelah makan durian dengan kuantiti yang banyak.

Ahmad Busu yang mengidap sakit kencing manis, bagaimanapun enggan ke hospital kerana menganggap keadaan kesihatannya tidak serius. Namun pada Jumaat lepas, Ahmad Busu langsung tidak boleh berjalan dan sakit kepalanya juga bertambah teruk. Akhirnya setelah puas dipujuk keluarga, barulah dia mahu ke hospital.

“Setelah melihat keadaan ayah yang tidak boleh berjalan dan terpaksa dipapah, akhirnya dia bersetuju untuk ke hospital. Jadi pagi semalam, saya dan ibu membawa ayah ke PPUM,” kata Afiq.

Ahmad Busu dimasukkan ke Wad Neurosains, Tingkat 5. Ramai rakan artis termasuk rakan-rakan ‘Pi Mai Pi Mai Tang Tu’ sudah pun menziarahi Ahmad Busu. Kata Afiq lagi, menurut doktor yang merawat ayahnya apa yang dialami oleh Ahmad Busu ialah ‘strok tidak boleh timbang atau kawal badan.’

“Setelah melakukan CT scan ke atas ayah, doktor memberitahu ayah mendapat serangan strok. Mata ayah juga kabur dan kakinya masih kebas-kebas hingga sekarang. Ayah kini mendapat rawatan insulin untuk mengawal kencing manis dari lebih melarat,” kata Afiq.

Ahmad Busu, 56 tahun, cukup sinonim dengan watak Mat Deris yang dibawanya dalam sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu yang disiarkan di TV3. Sitkom ini merupakan terbitan dan arahan Hatta Azad Khan yang menceritakan mengenai kehidupan harian penduduk di Flat Seri Wangi. Kisah ini juga telah dipentaskan sebagai pementasan muzikal pada tahun 2006 serta dijadikan siri komik strip mingguan di dalam akhbar Berita Minggu.

Ahmad Busu telah menderita penyakit kencing manis sejak 13 tahun lamanya. Menurut isterinya, Seri Binti Mohamad, biarpun kurang sihat beliau tetap gagahkan diri meneruskan kariernya dalam bidang lakonan bagi menyara empat orang anaknya – bapa kepada Nur Hamizah, 24, Mohd. Afiq, 23, Muhammad Luqman, 16, dan Nur Hanis, 5,

Akibat penyakit yang dialaminya, sedikit sebanyak telah menjejaskan perjalanan kerjayanya sebagai pelakon dan pelawak sepenuh masa. Berat badan Ahmad Busu juga telah susut teruk lebih dari daripada 10 kilogram. Kalau dulu saiz pinggang seluarnya 40 inci tetapi sekarang ia telah susut kepada 36 inci.

Malah, ayah penyayang ini paling risau apabila mengenangkan nasib anak bongsu saya iaitu Nur Hanis yang baru berusia lima tahun.

“Dia selalu risau tentang anak-anaknya terutama Hanis. Anak-anak lain dia kurang risau kerana mereka sudah besar,” jelas Seri yang setia menemani suaminya di hospital. [sumber]

Tags:

Tags:

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Temui Krill, Raja Azura dan Salih Yaccob di Pasar Tani Stadium
  • Yasmin Ahmad Kena Strok Bukan Meninggal Dunia
  • Gossip Pelawak Terkenal Kaki Mabuk
  • MAHARAJA LAWAK MEGA
  • Gambar Sekitar Ujibakat Mentor Lah Ahmad dan Adibah Nor
  • Di Sebalik Din Beramboi Mior Ahmad Fuad
  • Pelawak Yassin Dibebas Dengan Jaminan Polis
  • Pelawak Yusof Chong Meninggal Dunia
  • Trivia: Kasut Milik Pelawak Manakah Ini?
  • Profile Daphne Iking



  • 6 Komen untuk entri “Pelawak Ahmad Busu Kena Serangan Strok”

    1. selangor2udotcom kata:

      moga dia cepat sembuh

    2. Lagu Top kata:

      Dah tua dah rupanya ahmad busu nie…
      semoga dia cepat sembuh.

    3. selangor2udotcom kata:

      cerita pi mai pimai tang tu memang xde peganti dah…lama gile cerita tuh

    4. Obefiend kata:

      semoga cepat sembuh

      ni la melayu.. bila dah sakit baru nak gi spital. kan dah susah. hopefully all will be fine

    5. saharudin jb kata:

      Saya nak tolong percuma pada sdr ahmad Busu.Sesiapa mempunyai alamat beliau tolong kirimkan pada saya.tq.

    6. Fadil kata:

      Salam.

      Yup mmg tiada penggantinya kisah pi mai pi mai tang tu..
      Tp ada tak sesiapa ada contact no utk menghubungi Ahmad Busu ni sbb saya ingin memcuba produk yg saya ada skrg telah terbukti ramai yg telah sembuh disebabkan kencing manis, darah tinggi & juga strok ini sebagaimana apa yg dihadapi Ahmad Busu ini?

      Jika sesiapa ada contact nombor Ahmad Busu harap dapatlah berikan kepada saya ditalian 0103898987.

      Bersama membantu mereka yang memerlukan.

      Terima kasih

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK