in

Pelancaran UNIQLO UT Grand Prix 2013

Pelancaran UNIQLO UT Grand Prix 2013

Peraduan Mereka Bentuk Baju-T UT Grand Prix 2013 Dilancarkan Jumlah Hadiah Bernilai AS$30,000 ditawarkan kepada Para Pemenang

UNIQLO telah melancarkan UT (UNIQLO T-shirt) Grand Prix 2013, sebuah peraduan mereka bentuk Baju-T tahunan yang mana para peserta di seluruh dunia mengubah baju-T menjadi karya seni kreatif. Peraduan bagi tahun 2013 akan berlangsung dari 3hb Ogos hingga 2hb September 2012.

Peserta peraduan boleh menghantar karya asli mereka yang mempamerkan salah seorang daripada enam artis muzik antarabangsa yang terkenal: AC/DC, David Bowie, Madonna, KISS, The Sex Pistols dan The Who.

Pelancaran UNIQLO UT Grand Prix 2013

Legenda-legenda muzik ini akan memilih sendiri enam penyertaan yang akan memenangi kategori Artist’s Choice Award, manakala satu proses undian online akan memilih enam pemenang bagi kategori People’s Choice Award. Sejumlah AS$30,000 berbentuk hadiah wang tunai akan ditawarkan kepada dua belas orang pemenang ini.

UNIQLO akan memilih lagi dua belas penyertaan bagi kategori Tempat Kedua. UNIQLO akan mengeluarkan UT bagi kesemua dua puluh empat rekaan dan menjualnya di semua kedai- kedai UNIQLO di seluruh dunia pada tahun 2013. Butir-butir mengenai penjualan UT akan diumumkan di masa yang akan datang.

Peraduan Mereka Bentuk Baju-T UT Grand Prix
UNIQLO telah menganjurkan Peraduan Mereka Bentuk Baju-T UT Grand Prix setiap tahun sejak tahun 2005, dengan tujuan menggalakkan individu-individu kreatif lagi berbakat di seluruh dunia. Peraduan ini terbuka kepada semua orang tanpa mengira umur, jantina atau kewarganegaraan. UNIQLO akan mula menerima penyertaan bagi peraduan tahun 2013 bermula 3hb Ogos 2012. Sila rujuk kepada maklumat di bawah untuk maklumat lanjut.

Rekaan Baju-T berasaskan Enam Artis, termasuk Madonna dan KISS
Muzik adalah tema peraduan mereka bentuk baju-T UT Grand Prix 2013, dan akan disertai oleh enam artis popular. AC/DC, David Bowie, Madonna, KISS, the Sex Pistols dan ahli The Who akan memilih sendiri penyertaan yang menang, yang mana setiap artis bertanggungjawab untuk memilih enam pemenang Artist’s Choice Award.

Pelbagai Hadiah untuk Dimenangi
Para pemenang enam Artist’s Choice Award akan menerima ASD$4,000 setiap seorang, manakala enam pemenang People’s Choice Award akan menerima ASD$1,000 setiap seorang. UNIQLO akan memilih dua belas rekaan untuk kategori Runner Ups.

Sertai UNIQLO apabila ia mengumpulkan satu barisan eklektik artis berprofil tinggi, syarikat dan golongan muda dari serata dunia bagi menghasilkan satu rangkaian UT yang menarik.

Butir-butir Peraduan
Tempoh Penyertaan
Jumaat, 3hb Ogos 2012 hingga Ahad, 2hb September 2012 (Sehingga 23:59:59, Waktu Jepun)

Syarat-syarat Penyertaan
Peraduan ini terbuka kepada semua orang, tanpa mengira umur, jantina atau kerakyatan. Penyertaan akan diterima daripada semua negara di dunia.

Proses Pengadilan
Enam orang artis yang turut serta, AC/DC, David Bowie, KISS, Madonna, the Sex Pistols dan The Who, akan memilih sendiri pemenang Artist’s Choice Award bagi setiap kumpulan muzik. Undian online berasingan akan memilih enam rekaan terbaik bagi People’s Choice Award. Undian online terbuka kepada semua orang, yang mana hanya satu undian bagi setiap artis muzik.

UNIQLO akan memilih dua belas rekaan, atau dua rekaan bagi setiap artis, untuk kategori Runner Ups.

Cara Menyertai
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada laman web rasmi UT Grand Prix 2013, dan pastikan anda membaca syarat-syarat peraduan sebelum menghantar rekaan anda. Laman web rasmi UT Grand Prix 2013: http://www.uniqlo.com/utgp2013/

Hadiah-hadiah
• Artist’s Choice Award x 6 (satu bagi setiap artis): hadiah wang tunai AS$4,000 setiap satu
• People’s Choice Award x 6 ( satu bagi setiap artis ): hadiah wang tunai AS$1,000 setiap satu
• Kategori Runner Ups x 12 (dua bagi setiap artis)

Anugerah ini akan diumumkan di laman web rasmi UT Grand Prix 2013 setelah keputusan dibuat. 24 rekaan akan dijual sebagai UT melalui kedai dalam talian UNIQLO dan di lokasi kedai UNIQLO di seluruh dunia. Butir-butir mengenai penjualannya akan diumumkan di masa akan datang.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Irma Hasmie Sah Mengandung Anak Pertama

Edisi Kami Dunia Penerbitan Berita Kanak-Kanak