in

Pelancaran Tiket Konsert Taylor Swift di The Curve

Terbaru, satu acara pelancaran tiket Konsert Taylor Swift Live in Kuala Lumpur RED ASEAN TOUR akan berlangsung Rock Record, The Curve, Damansara pada hari Sabtu ini, 1 Mac 2014. Budiey difahamkan Rock Record, The Curve menjadi lokasi penjualan tiket pertama yang menjual tiket konsert paling dinantikan oleh peminat setia Taylor Swift. Pelancaran jualan tiket akan berlangsung pada jam 10.30 pagi.

Taylor Swift

Konsert Taylor Swift Live in Kuala Lumpur RED ASEAN TOUR

[dropcap]S[/dropcap]ebelum ini, Budiey ada mengumumkan berita baik untuk semua peminat penyanyi antarabangsa, Taylor Swift di Malaysia Budiey dapat info tentang Konsert Konsert Taylor Swift Live in Malaysia RED ASEAN TOUR akan diadakan bulan Jun nanti. Wah, mesti gempak! Inilah antara usaha untuk meningkatkan lagi bilangan pelancong luar untuk datang ke Malaysia. Konsert ini dibawakan khas oleh Cornetto selaku penganjur.

[pullquote]Taylor Swift sendiri telah mengesahkan bakal turun mengadakan sebuah konsert istimewa ‘Taylor Swift Live In Malaysia The Red Tour’ di Kuala Lumpur pada 11 Jun 2014, hari Rabu, jam 8.30 malam di Stadium Putra, Bukit Jalil.[/pullquote]

Tiket akan mula dijual pada 1 Mac 2014 melalui laman web www.ticketpro.com.my atau melalui panggilan telefon menerusi talian 03-78807999.

Kuala Lumpur merupakan salah satu destinasi persinggahan penyanyi ‘I Know You Were Trouble’ itu menerusi siri jelajah konsert The Red Tour beliau selain Jakarta, Manila, Bangkok & Singapura.

Maklumat lanjut: taylorswift.com/malaysia

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Menang Tiket Konsert Teaterikal Suara Kita

Kronologi Cinta Pelakon Hanez Suraya