in

Pelancaran Pembersih Muka Clean & Clear Fruit Essentials

[dropcap]A[/dropcap]dakah anda merasa mengantuk dan kurang fokus pada waktu siang ketika menghadiri kelas, membuat kerja sekolah, menjalankan aktiviti dan bersantai bersama kawan-kawan? Lebih-lebih lagi kulit terasa berminyak dan tidak bermaya selepas sibuk sehari? Kini anda boleh menyerlahkan kulit bermaya dan kekal segar sepanjang hari dengan pembersih muka Clean & Clear® Fruit Essentials!

Photo 13

[pullquote align=”right”]Serlahkan kulit yang segar dan bermaya! Pembersih muka Clean & Clear® Fruit Essentials memberikan anda kulit yang cerah, bersih dan segar![/pullquote]

Berbau harum dan sememangnya bebas minyak, pembersih muka Clean & Clear® Fruit Essentials ini boleh didapati dalam tiga pilihan iaitu Energizing Berry, Purifying Apple dan Brightening Lemon. Minyak dan kotoran pada kulit akan bersih secara berkesan dengan pembersih muka beraroma buah-buahan yang menyegarkan, diperkayakan dengan bahan antibakteria untuk menangani masalah kulit biasa tanpa mengeringkan kulit. Ini menjadikan kulit rasa segar dan nampak berseri, serta meningkatkan keyakinan remaja untuk menghadapi dan menikmati hari baru yang penuh kemungkinan.

kata Vaibhav Saran, Pengurus Besar, Johnson & Johnson Malaysia dan Singapura dalam ucapannya sewaktu pelancaran pembersih muka Fruit Essentials:

“Tiada siapa yang lebih memahami kulit remaja seperti kami. Sebagai produk penjagaan kulit global di bawah jenama Johnson & Johnson, pasukan pakar kulit remaja Clean & Clear® komited mengkaji akan kulit remaja dan menyediakan penyelesaian untuk memenuhi keperluan remaja dengan teknologi penjagaan kulit paling inovatif.”

Di Malaysia, Clean & Clear® mempunyai enam rangkaian produk, iaitu Deep Action, Active Clear, Clear Fairness, Watery Light, Essentials dan rangkaian Fruit Essentials yang terbaharu. Menurut Vaibhav lagi, rangkaian yang berbeza ini direka untuk disuaikan dengan pilihan individu dan keperluan kulit, kesemuanya direka dengan satu tujuan – untuk membantu remaja dan wanita muda mengekalkan kulit bersih, berseri dan cantik supaya mereka tampil menawan di kalangan rakan-rakan mereka.

“Kami memahami bahawa remaja sekarang selalu sibuk dengan sekolah, aktiviti ko-kurikulum, tuisyen dan kelas tambahan seperti kelas muzik dan latihan sukan. Jadual yang sibuk ini bukan sahaja menjejaskan kulit mereka, remaja juga akan menjadi terlalu letih dan rasa mengantuk untuk menikmati apa-apa.

“Oleh itu, rangkaian baharu yang menyeronokkan dan beraroma buah Clean & Clear® ini khas untuk ‘membangunkan’ remaja dengan teknologi pembersihan yang menyegarkan. Pembersih muka Fruit Essentials ini bukan sahaja menangani masalah keletihan tetapi juga membersihkan, agar kulit bermaya dan menyerikan kulit!.”

Ciri paling menarik akan rangkaian Fruit Essentials ini adalah ‘BURSTING BEADSTM’ yang ada di dalamnya, juga dikenali sebagai butiran lembut. Seperti namanya, butiran yang penuh tenaga ini akan tukar lembut apabila digunakan, tindakan gosokan tangan dengan muka akan menyebabkan butiran ini bersentuhan atas permukaan kulit, dan mengeluarkan kekotoran dengan lembut. Formulasi antibakteria dan bebas minyak ini juga menghalang pori-pori daripada tersumbat dan mencegah jerawat dan bintik hitam.

Setiap jenis pembersih muka Fruit Essentials ini juga diformulasikan khas untuk disuaikan dengan keperluan kulit yang berbeza.

Energizing Berry mengandungi ekstrak raspberi yang kaya dengan Vitamin C dan Vitamin B3, yang bahan antioksidan membantu mengawal penggantian sel-sel kulit. Maknanya, sel-sel kulit yang letih diberi “tenaga”. Bukan itu sahaja, keharuman manis pembersih Energizing Berry pastinya memberi tenaga kepada remaja untuk mereka meneruskan aktiviti mereka.

photobooth

Purifying Apple mengandungi ekstrak epal dengan ciri-ciri eksfoliasi lembut bagi membantu menanggalkan sel-sel kulit mati. Kulit akan ‘dibersihkan’ apabila bahan seperti kotoran, minyak dan mekap tanggal dengan berkesan daripada kulit dan pori-pori.

Ekstrak lemon dalam pembersih muka Brightening Lemon ini juga kaya dengan sumber Vitamin C. Ciri-ciri antioksidan Vitamin C berkesan menyerikan tona kulit, membantu remaja menghadapi hari dengan penampilan yang berseri dan bersemangat.

Fiffy Natasya, seorang pelakon dan penyanyi, berkata bahawa dia mendapati sukar sekali untuk membuat pilihan akan produk kegemarannya.

“Saya suka semuanya kerana ia menyegarkan dan berkesan. Tetapi sekiranya saya terpaksa buat hanya satu pilihan, maka saya memilih Purifying Apple. Inilah penyelamat saya apabila kulit muka saya rasa berminyak selepas berjam-jam memakai solekan. Ia betul-betul membersihkan kulit saya menjadikan kulit saya bersih dan segar!”

“Saya pasti akan menyarankan Energizing Berry jika anda berasa letih dan perlu membersih muka yang mengantuk; dan Brightening Lemon untuk menyerikan kulit kusam dengan cepat!”

Bangunlah dan kekal segar sepanjang hari dengan kulit yang bertenaga, bersih dan berseri, agar nampak hebat dan berbau harum! Pembersih muka Clean & Clear® Fruit Essentials boleh didapati di pasar raya dan pasar raya hiper serta farmasi di seluruh negara.

Untuk maklumat lanjut akan Clean & Clear® dan rangkaian produknya, layari “My Clean & Clear” di www.facebook.com/mycleanclear

Photo 21

hotel screen

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Zahid AF2 & Sarah Julifa Bakal Nikah 7 Jun Ini

Review The Maison Polanka Siem Reap