in ,

Pelancaran Istimewa Kad Amal Awal Ashaari Yayasan Nur

Bersempena dengan pengunuman duta Red Box dan Food Review, Red Box telah juga telah melancarkan Pelancaran Istimewa ‘Kad Amal & Kad Ucapan Hari Raya’ Awal Ashaari [Jurucakap Dot Red] untuk Yayasan Nur.

Selain dikenali sebagai pusat karaoke yang mengutamakan hiburan untuk seisi keluarga, Red Box sedari awal turut bergiat aktif dalam kerja-kerja kebajikan, sosial dan kemasyarakatan sejak penubuhannya.

Dalam menyambung aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan dan usaha meningkatkan derma membantu golongan yang kurang bernasib baik, Red Box dengan kerjasama jurucakap rasmi kad keahlian Dot Red Awal Ashaari dan Unilever Food Solutions melancarkan ‘Kad Ucapan Hari Raya Sambil Beramal’ untuk Yayasan Nur.

Kad ucapan ini boleh didapati di semua rangkaian Red Box dan Red Box Ria sepanjang bulan Ramadhan Al-Mubarak dengan harga RM3. Setiap RM2 yang dikutip dari kad ini akan disumbangkan kepada Yayasan Nur dan selebihnya digunakan untuk kos penghantaran kad.

Jualan berlangsung sehingga 20 Ogos 2010 dan sumbangan orang ramai ini akan disalurkan kepada Yayasan Nur semasa Majlis Berbuka Puasa bersama Awal Ashaari yang dijadualkan awal bulan September nanti.

Red Box percaya bahawa adalah penting untuk mengubah kehidupan seseorang, dan apa yang lebih bermakna adalah peranan dalam menyumbang kehidupan yang lebih baik kepada komuniti yang kurang bernasib baik.

Melalui usaha ini, Red Box berharap para pelanggan khususnya generasi muda dapat bergabung dan menyokong penuh kempen yang dilancarkan dengan memberikan sedikit sumbangan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ziana Zain Duta Produk Terbaru Antabax

Asyraf Juara Imam Muda Musim 1