in

Pelancaran Anugerah Pereka Dalaman InteriCAD Antarabangsa IIDA Ke-8

Menyelami Kecemerlangan Reka Bentuk Dalaman
Anugerah Pereka Dalaman InteriCAD Antarabangsa IIDA yang ke-8 dilancarkan dengan penuh bergaya!

Para hadirin dan rakan media menghadirkan diri ke Bistro 42, Bangsar Village 2 untuk menyaksikan pengumuman Anugerah Pereka Dalaman InteriCAD Antarabangsa IIDA ke-8 yang bakal mengadakan majlis penyampaian anugerahnya pada bulan Disember.

Ianya amat jelas bahawa semua tetamu yang hadir tidak sabar untuk meraikan kreativiti yang dipersembahkan olehpelbagai lapisan masyarakat dalam industri seni reka ini.

1st row_Lew Shu Ni, Veronica Lee, Caron Yeong & Jason Tan _2nd row_Low Chin Guan Jeff Ng, Alvin Yong, Zahari Mahfuz

Barisan pertama: Lew Shu Ni, Veronica Lee, Caron Yeong & Jason Tan. Barisan Kedua: Low Chin Guan Jeff Ng, Alvin Yong, Zahari Mahfuz

Para finalis dari Malaysia, Singapura, Thailand, Indonesia, Filipina, Jepun, Taiwan, Hong Kong, India, Poland, Sepanyol, Afrika Selatan, Denmark, Dubai dan Arab Saudi kini berpeluang mempamerkan usaha-usaha kreatif mereka dalam pelbagai kategori seperti kediaman, peruncitan, pejabat korporat, hospitaliti & rekreasi, institusi awam serta ruang awam. Ini dapat memupuk dan menyuntik semangat pereka dalaman yang berpotensidari seluruh rantau dunia.

Dalam ucapan alu-aluan pengacara majlis, Xavier Mah mengatakan bahawa pereka dalaman telah melalui pelbagai fasa kemajuan di dalam bidang rekaan dalaman sejak sedekah yang lalu. Kini, para profesional yang telah sekian lama bertapak di dalam industri ini bakal membuka laluan kepada pereka-pereka muda untuk mengetengahkan bakat-bakat mereka. Pereka dalaman patut berusaha dan mengeluarkan idea yang kreatif walaupun dalam keadaan ekonomi yang tidak mengalakkan.

Malah, pengerusi penganjur IIDA, Jeff Ng mengatakan bahawa usaha TS Exim dalam menubuhkan platform bertaraf dunia ini bagi pengiktirafan pereka dalaman Malaysia yang berbakat sejah tahun 1995 telah menjadi suatu anugerah antarabangsa yang paling berprestij. Usaha tersebut memberi penganugerahan kepada pereka dalaman yang cemerlang, mengiktiraf kecemerlangan reka bentuk dan menggalakan inovasi dan ide-ide baru.

“Dengan usaha gigih, taraf reka bentuk dalaman serantau mampu dipertingkatkan ke peringkat antarabangsa,” ujar beliau. IIDA menjadi tumpuan para pereka dalaman dari seluruh pelusuk dunia, ianya dipercayai dapat mencungkil bakat terpendam dalam seseorang pereka dalaman.

Kategori Anugerah Istimewa yang dipersembahkan oleh para penaja IIDA termasuk: Anugerah InteriCAD 3D Terbaik, Anugerah Pencahayaan Terbaik, Anugerah Pencahayaan Alam Sekitar Terbaik, Anugerah Warna Terbaik, Anugerah Reka Bentuk Dapur Terbaik, Anugerah Lantai Laminat Terbaik, Anugerah Aplikasi Jubin Terbaik dan Anugerah Aplikasi Kertas Dinding Terbaik. Kategori-kategori sebegini memupuk cara aplikasi produk dan bahan-bahan para penaja secara kreatif dan inovatif serta meningkatkan kesedaran jenama penajaan dalam kalangan pereka-pereka.

Dalam sidang media tersebut, para tetamu berpeluang untuk mengetahui masa depan dunia reka dalaman. Encik Ng juga memperkenalkan pemuda-pemudi yang telah menghasilkan reka bentuk yang menarik dan memberi inspirasi di dalam dunia reka dalaman. Beliau amat berbangga dengan anugerah-anugerah yang bakal dipersembahkan namun enggan mendedahkan maklumat lebih lanjut mengenai pemenang-pemenangnya sehinggalah acara kemuncak yang bakal berlangsung pada bulan Disember.

“Di samping itu, kami juga ingin memperkenalkan Anugerah Bintang Cemerlang Pereka Dalaman. Anugerah ini merupakan satu pengiktirafan kepada pereka dalaman yang cemerlang dalam kategoriberumur 30 tahun dan ke bawah yang telah mempamerkan inovasi dalam aplikasi teknik-teknik yang sedia ada,” kata beliau. “Ianya merupakan harapan kami bahawa IIDA akan menjadi tunjak yang dapat mengetengahkan pereka dalaman yang muda dan berbakat yang bertaraf antarabangsan agar kerja mereka dapat diiktiraf di arena tempatan dan antarabangsa.”

Dengan hadiah wang tunai bernilai RM50,000 yang menjadi taruhan, IIDA 2012 menyeru pereka-pereka untuk menghantar penyertaan mereka sebelum penghujung bulan September. Sebagai pengakhiran majlis, para tetamu disajikan dengan sesi cabutan bertuah sebagai penghargaan di atas kesudian mereka menghadirkan diri ke acara tersebut.

Untuk maklumat lanjut, sila layari iida-awards.com.

tete-a-tete session__Veronica Lee, Jeff Ng, Xavier Mah

Veronica Lee,Jeff Ng , Xavier Mah, Peter Loo

Veronica Lee, Jeff Ng

tete-a-tete session_Veronica Lee, Jeff Ng, Xavier Mah

Goh Gek Soon, Veronica Lee, Jeff Ng, Peter Loo

The team of IIDA 2012

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Aside Format Post

Gambar Watie Elite & Joey Bersanding Kali Ke-2