• Home
  • Berita
  • Foto Artis
  • Filem
    • Sinopsis
  • Drama
  • Gossip
  • Hubungi Budiey

Sensasi Selebriti

Berita Hiburan Malaysia, Gambar Selebriti Terbaru, Gossip Artis, Filem, Muzik, Video & Teater

  • Events
    • Anugerah Bintang Popular
    • Anugerah Blockbuster
    • Anugerah Emmy
    • Anugerah Grammy
    • Anugerah Industri Muzik
    • Anugerah Juara Lagu
    • Anugerah Oscar
    • Anugerah Planet Muzik
    • Anugerah Seri Angkasa
    • Anugerah Shout!
    • Festival Filem Malaysia
    • Festival Muzik KL
  • TV
    • Astro
    • TV1
    • TV1
    • TV2
    • TV3
    • TV9
    • 8TV
    • NTV7
    • TV Al-Hijrah
  • Radio
    • Suria FM
    • Hot FM
  • Album
  • Fesyen
  • Teater
  • Travel
  • Gadget
  • Peraduan
  • Advertorial
  • K-Pop

Pelancaran Album Terbaru Sofazr Maaf Dari Hati Mohd Atlas

0
  • by Budiey
  • in Album · Sofaz
  • — 14 Dec, 2010

Dalam hidup kita seharian, kita sebenarnya tak tahu apa yang akan berlaku. Untung dan rugi menjadi persoalan. Jadi atau tidak, itu juga turut menjadi perkiraan. Yang penting, setiap hari kita perlu berusaha untuk mencapai apa yang kita inginkan. Kadang-kadang, hari ini kita rugi, mungkin mana tahu suatu hari nanti dengan berkat usaha kita tu, esok pasti akan datang dengan kejayaan. Betullah kata pepatah, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.

Seperti juga dengan kumpulan Sofaz ni. Ops Budiey kena tambah huruf R kat hujung Sofaz sebab nama diorang dah bertukar. Tak banyak bertukar pun. Tambah R je, jadi, pandai-pandai lah korang sebut ya… SOFAZR.

Saksikan VIdeo Rakaman Budiey:

Rebranding atau penjenamaan semula kumpulan itu disifatkan bertepatan pada waktunya bagi meraikan kemunculan terbaru mereka di bawah label Global Records.

Ya, Sofazr semalam menerima cheque sebanyak RM100ribu. Wow banyak tu! Nak buat apa dengan wang sebanyak tu. Macam-macam boleh buat. Yang pastinya, Sofazr akan menggunakannya untuk perkembangan seni mereka. Tahniah!

Sofazr

Kumpulan Sofazr dianggotai oleh Aremeer (vokalis), Zimi (gitar kedua), Shah ( gitar utama), Wan (dram), Fairuz (bass) dan Rodie (keyboard). Mantap-mantap semuanya bermain alat muzik dan ada vokal yang lantang.

Semalam, jam 2 petang, Budiey sempat singgah di Majlis Pelancaran Album Terbaru Sofazr Maaf Dari Hati Mohd Atlas dan Majlis Menandatangani Kontrak Rakaman serta penyerahan cek replika bernilai RM100ribu kepada Sofazr. Tahniah, Budiey ucapkan buat kumpulan rock ini.

Budiey boleh katakan, setelah medengar lagu terbaru mereka yang diberikan semalam, Sofazr pastinya akan digelar kumpulan band yang paling trendy masa kini yang mengetengahkan genre Rock Moden.

Sofazr

Budiey masih ingat lagi, 7 tahun lalu, masa tu Sofazr di bawah label Suria Records. Dan kini, Sofazr tak lagi di bawah SRC kerana kemunculan album ini di selenggara sepenuhnya di bawah label Global Records. Budiey difahamkan syarikat label ini adik beradik kepada syarikat Heliza Helmi Productions. Di mana AR Badul ada share dalam syarikat ni.

Jadi sekarang ini, Sofazr menguruskan perjalanan seni mereka di bawah label mereka sendiri di mana Zimi iaitu gitaris Sofazr bertindak selaku Pengarah Urusan label Global Records bersama dengan rakan kongsinya, En Mohd Hafiz.

Misi Global Records seterusnya adalah untuk melahirkan lebih ramai lagi penyanyi seperti syarikat rakaman lain. Yelah, kalau tak ambik artis antarabangsa tak sesuailah kalau letak nama Global, kan? So, kenalah ada international artis nih. Hehe. gurau je, Sofazr.

Kalau ditanya mengapa pilih Sofazr, pastinya Global Records akan jawab sebab mereka yakin dengan kredibiliti yang ada pada setiap ahli kumpulan ini dan ini terbukti setelah Sofazr berjaya menghasilkan lagu-lagu yang mantap dan sedap didengar. Antaranya, Bukan Di Sini, Dan Bila Esok, dan banyak lagi. Lagu-lagu mereka terkenal sebab mendapat sokongan dari stesen-stesen radio yang tak jemu memutarkan lagu Sofazr. Itu pun atas permintaan peminat.

Sofazr

Zimi – gitaris dan pengarah urusan GR.

Sebelum ini Sofazr pernah menghasilkan album seperti Cintai Aku (2004), Janjiku (2006), Kepantasanku (2008), The Best of Sofaz (2009), Dan Bila Esok (2010) dan kini muncul dengan Maaf Dari Hati Mohd Atlas yang bermaksud maaf seorang lelaki untuk seluruh dunia.

Album ini menampilkan 10 buah lagu-lagu best seperti Maaf Dari Hati, Terasa Di Syurga, Jiwa Kacau, Kenapa Aku Mencintaimu, Airmata, Su, Padan Muka Bicara Tentang Cinta, Karna Cintaku dan Dia. Ironinya, semua lagu dan lirik sepenuhnya di buat oleh Mohd Atlas sendiri.

Menurut Zimi, selepas kontrak mereka selama tujuh tahun di bawah label Suria Records berakhir baru-baru ini, mereka rasa dah tiba masanya untuk mereka berdikari dan menguruskan kerjaya seni di bawah label sendiri.

“Keputusan untuk tampil dengan nama baru ini dibuat atas persetujuan semua ahli kumpulan. Seperti yang semua sedia maklum, nama Sofaz diilhamkan hasil gabungan huruf pertama nama setiap ahli kumpulan kami. Sebenarnya, sudah lama kami ingin mengubah nama kumpulan ini kepada Sofazr kerana sejak album kedua lagi pemain keyboard iaitu Rodie sudah menyertai kami.”

Sofazr

“Namun, ketika itu kami masih mempunyai kontrak bersama Suria Records. Bagi mengelakkan kekeliruan, kami kekalkan nama kumpulan ini sehinggalah kontrak tamat baru-baru ini. Memandangkan kini kami mula bergerak sendiri di bawah label baru, keputusan untuk menggunakan nama baru ini adalah tepat pada masanya.”

Album yang menelan kos penerbitan sebanyak RM50,000 itu diterbitkan oleh anggota Sofazr sendiri bersama seorang lagi rakan niaga mereka.

Memuatkan sepuluh lagu baru antaranya Terasa Di Syurga, Jiwa Kacau, Kenapa Aku Mencintaimu dan Maaf Dari Hati, kesemua lagu dalam album kelima ini dihasilkan sepenuhnya oleh anggota kumpulan itu dengan menggunakan nama pena Mohd Atlas yang turut dipilih sebagai simbolik kepada judul album itu.

Album yang masih mengekalkan genre pop dan rock moden itu bakal berada di pasaran pada akhir Disember ini.

Di event ini juga, Sofazr dan Global Record tak lupa untuk membalas jasa media yang datang dan mereka berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah. Memang hadiahnya pun lumayan seperti LCD TV 42′ yang dimenangi oleh Nas Ahmad Melodi, telefon bimbit Blackberry yang juga dimenangi oleh team Melodi iaitu Azmi serta Digun dari Utusan. Selain tu, ada hadiah notebook keluaran Acer dan telefon bimbit Nokia terbaru. Patutlah event semalam meriah dengan media. So, kepada organizer yang nak buat event dan nak tarik ramai media datang, kenalah buat macam Global Records ni. Kasi hadiah macam-macam.

Sofazr

Sofazr

Sofazr

Anggota kumpulan Sofazr (dari kiri) Shah, Wan, Fairuz, Rodie, Zimi dan Aremeer

Sofazr

Sofazr

Sofazr

Sofazr

Sofazr

Sofazr

Sofazr

Sofazr

Sofazr

Sofazr

Sofazr

Komen via Facebook

Komen

Share

Tags: Sofaz

— Budiey

Seorang penulis blog hiburan & gaya hidup sepenuh masa, Photo Journalist, kerap bertwitter & facebook, videoman, new social media, copy writer, penulis iklan & advertorial, content provider & househusband. Obses dengan filem seram & thriller.

  • Previous story Anuar Zain, Altimet, M.Nasir Bakal Jayakan Konsert Ria 2010
  • Next story Gambar Lisa Surihani di Sidang Media Revelation of Project Light

ENTRI BERKAITAN

  • Tomok Lancar Album Solo Pertama 26 Nov, 2010
  • Album Kompilasi Love Love Love 15 Oct, 2012
  • Album Sangkar Hadiah Jazz Kontemporari Atilia Sehati Berdansa 7 Dec, 2007
  • Ulasan Album Kompilasi Cherita 3 Oct, 2008

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

  • KONSERT MEGA BINTANG

    RadiGlow

    KONSERT MEGA BINTANG

    Tempat: Resort World Convention Centre, Singapura

    Tarikh: 8 Jun 2013 (Sabtu)

    Masa: 8 malam

    Info Tiket: www.sistic.com.sg atau hubungi +65 6348 5555

    Budiey.com Sebagai Blog Rasmi Konsert Mega Bintang

  • SEARCH

  • TERKINI

    • Lebih 20 Selebriti Jayakan Festival Hari Belia 2013
    • Maxis Umum Pelaksanaan Program Rintis Maxis Ekelas
    • Senarai Program Menarik Sempena Cuti Sekolah di TV3
    • Belia Hangatkan Jom Heboh Putrajaya
    • One Nite Only With Nash Lefthanded
    • Telemovie Kisah Fantasi Mesin Masa Cinta Atuk
    • ntv7 Anjur Kempen Will & Kate & The Royal Baby
    • Senarai Filem Menarik di Cuti Sekolah Di TV1
    • AirAsia Foundation Awards Sabah Social Enterprise with Micro Hydro Grant
    • Thirty Seconds To Mars Exclusive Album Preview Party
  • IKLAN

  • DAPATKAN RADIGLOW UNTUK KESIHATAN

    RadiGlow
  • KONSERT

    • Recent Posts
    • Most Popular
    • Comments
    • Tags
    • nashOne Nite Only With Nash LefthandedSaturday, May 25, 2013
    • Bintang-Mencari-BintangAchey Juara Konsert Penentuan Kumpulan A Bintang Mencari BintangWednesday, May 22, 2013
    • konsert-mega-bintangPeraduan Menangi Tiket Konsert Mega BintangTuesday, May 21, 2013
    • anuar-dayangGambar Anuar Zain & Dayang Nurfaizah di Serai KL Centre Kuala LumpurWednesday, May 15, 2013
    • Idola Kecil Musim KeduaThursday, October 29, 2009
    • Gambar Sekitar Hari Jadi Erin Malek ke 14 di Red Box Plus, PavilionMonday, July 28, 2008
    • TV3 Kids Voice Out School AttackSaturday, October 25, 2008
    • Filem Congkak Arahan Pierre Andre : Gambar PelakonTuesday, June 19, 2007
    • nura on:Bapa Afiq Muiz Diminta Tampil Jadi Orang Tengah Selesai Kemelut
    • nina on:Datuk Seri Najib Orang Pertama Dapat Kad Kahwin Beego & Linda
    • nina on:Gambar Anuar Zain & Dayang Nurfaizah di Serai KL Centre Kuala Lumpur
    • nina on:Gambar Nubhan & Mila Jirin Berkaraoke Lagu Cinta Kasih di Red Box
    • 8TV Advertorial AirAsia Akademi Fantasia Anugerah Bintang Popular Astro Berita Bernama Blog Budiey Drama Erra Fazira Events Fasha Sandha Fesyen Filem Foto Artis Gambar Gathering Gossip Hollywood Konsert kuala lumpur Lirik Liyana Jasmay mampu Mawi NTV7 penyanyi Peraduan persembahan radio televisyen malaysia radio televisyen malaysia rtm RTM Showcase Sinopsis Siti Nurhaliza Teater TV1 TV2 TV3 TV9 Ucapan Video Muzik watak
  • AFTER EARTH MULAI 6 JUN

    After Earth
  • Jom Baca Berita

    • Agenda Daily
    • Astro Awani
    • Berita Harian
    • Bernama
    • Detik Daily
    • Google News
    • Gua
    • Harakah Daily
    • Harian Metro
    • KL Pos
    • KOSMO!
    • Malay Mail
    • Malaysia Kini
    • Malaysian Digest
    • Malaysian Today
    • mStar Online
    • Murai
    • News Straits Times
    • Sinar Harian
    • The Star
    • The Sun
    • Utusan Malaysia
  • ARKIB

  • KATEGORI

    18Jun2013

    Konsert Mega Bintang

    Rossa, Ungu, Afgan & Ramai Lagi

    Dari 20:00 hingga 23:30

    di Resorts World Convention Centre, Singapura

    Find out more...

  • ENTRI TERKINI

    • Lebih 20 Selebriti Jayakan Festival Hari Belia 2013
    • Maxis Umum Pelaksanaan Program Rintis Maxis Ekelas
    • Senarai Program Menarik Sempena Cuti Sekolah di TV3
    • Belia Hangatkan Jom Heboh Putrajaya
    • One Nite Only With Nash Lefthanded
    • Telemovie Kisah Fantasi Mesin Masa Cinta Atuk
    • ntv7 Anjur Kempen Will & Kate & The Royal Baby
    • Senarai Filem Menarik di Cuti Sekolah Di TV1
    • AirAsia Foundation Awards Sabah Social Enterprise with Micro Hydro Grant
    • Thirty Seconds To Mars Exclusive Album Preview Party
    • Afiq Muiz Mengaku Hilang Kerja & Dibanned Stesen TV
    • Kontrak Maya Karin Jadi Duta Tilam Vono Dilanjut Setahun Lagi
    • Bapa Afiq Muiz Diminta Tampil Jadi Orang Tengah Selesai Kemelut
  • KALENDAR

    May 2013
    M T W T F S S
    « Apr    
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    2728293031  
  • SPONSOR

  • BUDIEY

    Budiey Seorang full time blogger, kerap bertwitter & facebook, photographer, videoman, content provider, new media, copy writer, penulis iklan & advertorial. Obses dengan filem seram & thriller.

    Kenali Budiey lebih lanjut di [sini]
  • Social Media

    • Awal Ashaari
    • Fouziah Gous
    • My Facebook Fanpage
    • My Instagram
    • My Jurnal
    • My News & Events
    • My Photo Blog
    • My Twitter
    • My Youtube
    • Pipicomel
  • Home
  • Profile Budiey
  • Sitemap
  • Disclaimer
  • Hubungi Budiey
  • My Merchandise
  • Iklankan

© 2007 - 2013 Budiey.com (Sensasi Selebriti)
Budiey.com - Sensasi Selebriti dikendalikan sepenuhnya oleh syarikat Budiey Dot Com Media (001991735-T)
Copyright Budiey Dot Com Media (001991735-T). All rights reserved.