in ,

Pelakon Wanita Popular dalam Sinema Jumaat TV2

PELAKON WANITA POPULAR SERIKAN SLOT SINEMA JUMAAT SEPANJANG OGOS DI TV2

Menerusi saluran Dunia Ria, TV2, RTM  sentiasa menyajikan filem-filem terbaik bagi memenuhi citarasa para penonton dengan filem-filem bermutu tanah air selain filem-filem popular dari seberang menerusi slot tontonan ramai, Sinema Jumaat termasuklah Kado Special Buat Kakak (7 Ogos 2009), Kuliah Cinta (14 Ogos 2009), Funny Feeling (21 Ogos 2009) dan Hati Yang Merdeka (28 Ogos 2009) yang disiarkan jam 12.30 tengahari di TV2.

Menampilkan pelakon popular Acha Septriasa bergandingan dengan pelakon Juwita Maritsa dan Oka, Kado Special Buat Kakak mengetengahkan watak seorang kakak, Citra yang ingin melihat adiknya, Dewi bahagia. Begitu juga dengan Dewi yang amat menyayanginya kakaknya itu. Citra sangat benci pada arwah ayahnya yang membunuh diri ketika dia masih kecil kerana dianggap tidak bertanggung jawab . Hubungan Citra dengan Ibunya, Aryati menjadi buruk kerana selalu membela arwah suaminya yang dianggapnya tidak bersalah karena bunuh diri itu. Tambahan pula, Aryati tidak mempedulikan mereka dua beradik.

Citra kemudiannya mengajak Dewi lari dari rumah ibunya. Citra bekerja menjadi jurufoto sebuah majalah. Dia makin tertekan dengan masalah yang selalu membayangi dirinya tentang ayahnya. Mujur ada Dika, pemuda yang selalu menemaninya hingga akhirnya membuatkan Citra jatuh hati padanya namun segalanya tidak disedari Dika. Namun tanpa diduga, Dewi yang aktif dengan tarian berkenalan dengan Dika dan mereka saling jatuh cinta. Namun, cinta siapakah yang diterima di hati Dika?


 
Kemudiannya menyusul Kuliah Cinta lakonan hebat gandingan Yusry KRU, Erra Fazira, Zahnita Hussein, Saiful Apek, Zahida Rafik dan Yassin Senario yang mengisahkan kehidupan remaja di alam kampus yang dilalui Johana atau dikenali sebagai Jojo dan Farami. Mereka berkawan baik, namun, segalanya berubah apabila tibanya sesi kemasukan pelajar junior di Universiti tempat mereka belajar. Sebagai senior, mereka dipertanggungjawabkan untuk menjalankan program induksi untuk pelajar-pelajar baru dan dalam diam Farami telah terpikat kepada pelajar junior bernama Ayu. Kehadiran Ayu menjejaskan keakraban Jojo dan Farami sedangkan mereka berkawan baik sejak di bangku sekolah lagi. Jojo yang berasa tersisih mengambil keputusan untuk menyertai program pertukaran pelajar ke Australia bagi melupakan Farami. Bagaimanapun, dia berkenalan dengan seorang jejaka bernama Johan sehingga mengundang cemburu Farami.

Namun kepada anda golongan remaja di luar sana usah ketinggalan manyaksikan kisah bunga-bunga cinta yang mewarnai filem Indonesia, Funny Feeling  menampilkan pelakon Dhea Ananda, Habibie, Adi dan Cindy. Ia bermula mengisahkan watak Arunee yang ingin jatuh cinta dan mengalami cerita cinta seperti yang dilihat dalam filem-filem yang ditontonnya atau seperti komik yang dibacanya. Arunee mula berkenalan dengan seorang lelaki, Keane yang pada dirinya Keane sangat kacak. Namun Keane sudah mempunyai kekasih hati dan ini diketahui oleh Arunee. Arunee sememangnya amat menyukai Keane yang cukup sempurna dimatanya. Namun, selepas berbulan-bulan berkenalan, Keane masih tidak menyatakan rasa hatinya kepada Arunee. Ketika itu muncul pula watak Adrien yang membuatkan situasi cinta tiga segi.

Istimewanya menutup tirai slot Sinema Jumaat Ogos ini, drama khas Merdeka, Hati Yang Merdeka mengisahkan Jidan, pemandu peribadi kepada Haris bercerita kepada Zali, budak lelaki OKU yang kebetulan berhenti rehat di sebuah warung. Jidan menceritakan kisah seorang sahabatnya bernama Ris setelah budak lelaki OKU itu mengeluh dirinya ditimpa nasib dilahirkan cacat anggota sehingga sukar untuk memperolehi pekerjaan. Mengimbas peristiwa 20 tahun yang lalu dimana Ris sering ditipu dan ditandas oleh beberapa orang yang tidak bertanggungjawab keatas kesusahan Ris yang OKU. Ris seorang OKU yang amat berdikari, dia tidak pernah menyesal dilahirkan sebagai warga OKU, Ris masih belajar di sebuah Universiti kerajaan dan pada masa yang sama bekerja separuh masa sebagai pembantu pensyarah di sebuah univerisiti yang sama. Hasil daripada kerjanya dia mampu membayar yuran, sewa bilik dan kehidupannya tidak lagi mengharap pada bantuan keluarganya. Malangnya Ris sering ditipu teman-teman baiknya termasuklah Mokhtar dan Chong. Begitupun Ris terpaksa berdepan dengan musuh dalam selimut, Idan yang berpura-pura baik untuk menipu segala harta dimiliki Ris. 

Adi Putra

Hati Yang Merdeka dilakonkan wataknya oleh Adi Putra, Fauzi Nawawi, Abu Bakar Juah, Ann Abdullah, Radhi Khalid, Azad Jasmin Jeffri dan Mahmud Ali Bashah.

Pastikan anda tidak ketinggalan menonton Sinema Jumaat sepanjang Ogos,  Kado Special Buat Kakak (7 Ogos 2009), Kuliah Cinta (14 Ogos 2009), Funny Feeling (21 Ogos 2009) dan Hati Yang Merdeka (28 Ogos 2009) yang disiarkan pada jam 12.30 tengahari menerusi TV2.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gossip: Artis Popular Makan Hati Suami Baran

Gossip: Kekasih Belasah Pelakon Wanita