Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Pelakon Tony Kassim Meninggal Dunia



Tony Kassim telah meninggal dunia awal pagi semalam pada usia 72 tahun. Pelakon Toni Kasim atau nama sebenar Wan Abdul Rahman Wan Tajuddin, pelakon yang terkenal di tahun 60an dan 70an telah meninggal dunia awal pagi semalam di rumahnya di Kampung Pendamar, Pelabuhan Klang. Seorang lagi bintang pelakon veteren kita meninggal dunia. Khabarnya Tony Kassim yang pernah berlakon dalam 20 buah filem termasuk filem Rumah Itu Duniaku dan Wan Perkasa telah menghembuskan nafasnya yang terakhir ketika menunaikan solat tahajjud. Allahyarham yang mengalami sakit angin pasang dan ketumbuhan ini dijangka akan menjalani pembedahan pada 20 Ogos ini. Selepas bersara dari dunia lakonan, allahyarham banyak menyertai kegiatan sukarela dan kebajikan. Meninggalkan 4 orang isteri, 7 orang anak dan 4 orang cucu. Allahyarham pernah berlakon bersama Latifah Omar, Roseyatimah, Mahmud Jun, Roomai Noor dan Nordin Ahmad. Ramai kawan-kawan dan teman seperjuangan beliau yang turut menziarahinya. Lahir di Kampung Raja Uda dan gelaran Tony Kassim digunakan ketika bekerja di Cathay Keris Filem dan pernah membintangi filem Keranda Berdarah, Jalan Sekampung, Anak Dara dan banyak lagi. Jenazah disemadikan di Tanah Perkuburan Kampung Pendamar. Salam takziah kepada keluarga Tony Kassim.

[tags]tony kassim meninggal dunia, toni kassim meninggal dunia, tony kassim pelakon, gambar tony kassim, filem tony kassim, solat tahajjud, artis meninggal, mati,  meninggal dunia, angin pasang, Cathay Keris Filem, ketumbuhan, bersara, kampung pendamar, pelabuhan klang, Latiffah Omar, toni kasim, Roseyatimah, Mahmud Jun, Roomai Noor, Nordin Ahmad, kampung raja uda, tony kassim meninggal dunia, toni kassim meninggal dunia, tony kassim pelakon, gambar tony kassim, Wan Abdul Rahman Wan Tajuddin,filem tony kassim, solat tahajjud, artis meninggal, mati, foto toni kassim, gambar tony kassim, filem p ramlee, meninggal dunia, angin pasang, ketumbuhan, cari kerja bersara[/tags]

Tags:

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Ayah Achik Spin Meninggal Dunia
  • Isteri Sabri Yunus Meninggal Dunia
  • Tony Roma’s Restaurant Jalan Yap Kwan Seng
  • Tony Fernandes Received 2nd Asian Corporate Director Recognition Award
  • Amy Winehouse & Tony Bennett Single Body and Soul
  • Komposer Zubir Ali Meninggal Dunia
  • Tony Eusoff, Jehan Miskin dan Cheryl Samad dalam Drama Frontpage
  • W.S. Rendra Meninggal Dunia
  • Gambar Aleeza Kassim di Gathering Anniversary Hero Dewi Remaja
  • Tony Fernandes Not Leaving AirAsia



    • Ema AxL Rose

      alfatihah…

    • FIFI

      SAYA NAK UCAPKAN TAKZIAH KEPADA YANG TELAH MENINGGAL DUNIA..SAYA BERDOA AGAR ROH MEREKA DI CUCURI RAHMAT DAN HIDUP AMAN DI DALAM SANA AMINN

    • FIFI

      ALFATIHAH KEPADA TONY KASIM

    • june

      takziah kepada yang mininggal dunia semuga roh mereka bersama2 dgn org 2 yg beriman…amin…

    • mazz

      sungguh bertuah nye arwah tony kassim.meninggal dunia ketika sedang solat iaitu cara kematian yg sungguh mulia..subhanallah! rohnya juga insyaAllah!di tempatkn brsama roh2 yg mulia juga…insyaAllah..amin..

      sy nk tau lebih lanjut berita terbaru tentang arwah Din Beramboi…boleh ker..?

    • http://deleted fauziah binti johanis

      smoga roh beliau d tmptkn org2 beriman

    • nabihan bt azmi

      mulia sungguh pemergiannya,,,,semoga ALLAH s.w.t mencucuri rahmat ke atas roh beliau

    • nurul ain

      salam takziah buat keluarga allahyarham

    • hairy

      alfatihah….



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK