Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Pelakon Shukery Hashim Meninggal Dunia



Derita barah pankreas dikesan tiga bulan lalu

Budiey BlogPelakon terkenal, Mohamad Shukery Hashim atau Shukery Hashim menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Cheras, jam 1.45 petang semalam akibat barah pankreas tahap empat yang dideritainya sejak tiga bulan lalu.

Shukery, 55, dimasukkan ke hospital, Jumaat lalu bagi mendapatkan rawatan selepas mengadu sakit di bahagian perut. Isterinya, Faridah Mat Desa, 51, berkata sebelum ini arwah pernah menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di bahagian pankreas 22 April lalu di Hospital Selayang dan sejak itu kesihatannya mula merosot.

“Sepatutnya arwah menjalani rawatan kemoterapi tetapi dia sering menangguhkannya atas pelbagai alasan. Jadi, apabila dia mengadu sakit, kami pun menghantarnya ke PPUKM. Sepanjang berada di sana, dia sering mengadu tidak dapat tidur kerana terlalu sakit. Malah ada ketika dia terasa kakinya seperti kudung kerana terlalu kebas dan meminta saya merendamkannya di dalam air,” kata Faridah ketika ditemui di kediamannya di Taman Fairuza, di sini.

Mengulas lanjut keadaan suaminya, Faridah berkata walaupun Allahyarham menderita, dia tidak pernah menunjukkan kesakitannya itu kepada anggota keluarganya yang lain.

“Ketika di hospital, arwah rancak berbual dan bergurau seperti waktu dia masih sihat dulu. Cuma dalam kami bersembang itu sempat juga dia berpesan menjaga anak kami dengan baik, terutama anak bongsu kami, Amirul. Dia mahu saya memberi tumpuan kepadanya kerana dialah satu-satunya yang masih di bangku sekolah. Jadi dia tidak mahu anak bongsunya itu terjebak dalam gejala kurang sihat.” katanya.

Jenazah Allahyarham dikafan dan disembahyangkan di rumahnya sebelum disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Keramat, selepas solat Asar.

Allahyarham meninggalkan lima anak, iaitu Norshikin, 28; Norizety, 26; Mohd Firdza, 25; Mohd Aidil, 22; dan Mohd Amirul, 14 serta tiga cucu yang berusia antara dua bulan hingga tiga tahun.

Pelakon serba boleh ini memulakan kariernya dengan drama radio pada 1975 diikuti dengan drama TV pada 1984. Sehingga kini lebih ratusan drama dibintanginya, termasuk yang sedang ditayangkan Cinta Gila di Astro Prima, dengan Allahyarham memegang watak Mahmood seorang penyanyi lama yang ingin kembali aktif dalam dunia hiburan tanah air.

Allahyarham pernah membintangi tujuh filem dan kemunculan sulungnya adalah melalui filem Rahsia arahan Othman Hafsham pada 1987, diikuti Syahadat, Ujang, Pesona Cinta, Seri Dewi Malam, Janji Diana dan terakhir Shh… Dia Datang arahan Saiful Apek yang belum ditayangkan.

Tags:

Tags:

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Pelakon Tony Kassim Meninggal Dunia
  • Isteri Sabri Yunus Meninggal Dunia
  • Komposer Zubir Ali Meninggal Dunia
  • Ayah Achik Spin Meninggal Dunia
  • W.S. Rendra Meninggal Dunia
  • Nasir Anak P Ramlee Meninggal Dunia Petang Tadi
  • Pelakon Yusni Jaafar Meninggal Dunia
  • Ibu Ifa Raziah Meninggal Dunia
  • Pelakon Abu Bakar Ariffin Meninggal Dunia
  • Penyanyi Veteran Hasnah Haron Meninggal Dunia



  • 20 Komen untuk entri “Pelakon Shukery Hashim Meninggal Dunia”

    1. naqi kata:

      TAKZIAH..BARU TGK CITER CINTA GILA

    2. akulah kata:

      >>Takziah kpd keluarga arwah…dr Allah kite dtg, kpdNya kita d kembalikan….Al-fatihah

    3. kuding2 kata:

      takziah diucapkan……

    4. ain amir kata:

      Minat dekat Allahyarham kalau berlakon komedi.bersahaja.kini beliau tiada lagi…Al-fatihah.

    5. obefiend kata:

      RIP

      …….. rest in peace dude..

    6. zety_jb kata:

      takziah..
      marilah same2 kte sedekahkn al-fatihah utk arwah..
      smoga di tmptkn bsama2 owg beriman..

    7. apeapeaja kata:

      benar….kematian tetap hadir mencari bila tiba saat dan ketikanya.

      takziah dan alfatihah buat keluarga yang ditinggalkan….alfatihah

    8. su kata:

      Takziah.. seronok tgk cerita dia rumah mama dalam tv.

    9. Mannja9744 kata:

      takziah utk keluarga allahyarham……minat lakonan nya,tapi kini dia telah pergi..al – fatihah

    10. Maria kata:

      Al-Fatihah – takziah..rasa sedih kerana kini kita khilangn satu lg bintang yg serba boleh dlm industri seni tanahair…semoga rohnya sentiasa diberkati dan dicucuri rahmat oleh Allah S.W.T….

    11. tia kata:

      al-fatihah……….Takziah buat kaum keluarga
      mati adalah pasti………hidup insaallah

    12. norzah mohamad kata:

      Takziah kepada keluarga Allahyarham Syukri Hashim..dunia hiburan kehilangan seorang lagi pelakon yang serba boleh terutama dalam drama TV..semoga roh allahyarham ditempatkan dikalangan orang2 solihin..alfatihah…

    13. Reena Shah kata:

      Al Fatihah. minat gile dgn arwah. mmg talented. tiada tandingannya

    14. Zai Zaidee kata:

      Takziah kepada seluruk keluarga allahyarham.Moga rohnya dicucuri rahmat.Al-Fatihah….

    15. fiza kata:

      kehilangan yg besar bg industri seni yg kecik…

    16. fuz kata:

      Innalillah…….minat giler ngan arwah moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang2 beriman..alfatihah…

    17. shin chanz kata:

      hilang lagi seorang bintang..mge rohnye ditempatkan dikalangan orang yg beriman..amin..

    18. tun teja kata:

      takziah….Al Fatihah

    19. lina kata:

      sebutir bintang yg sukar dicari ganti,moga Allah cucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan dikalangan org2 yg beriman. Al Fatihah…

    20. jamain kata:

      Alfatihah, Buat allahyarham semoga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya. Segala ketentuan adalah dari Allah jua dan di harap seluruh keluarga dapat menerima dan pasrah…….Amin

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK