in

Pelakon Remaja Zulaikha Kini Makin Matang

Dulu, pertama kali jumpa dengan pelakon drama dan teater yang bernama Siti Asmira Zulaikha ini, dia masih lagi budak-budak. Tapi masa tu, Budiey dah nampak, satu hari budak kecik ni boleh jadi pelakon yang sangat berbakat.

Kelebihan Zulaikha, selain berambut panjang mengurai, dia ni sangat mesra orangnya. Selalu menyapa orang yang dikenalinya. Pada sidang media dan pelancaran Bang Bang Boom di Sri Pentas baru-baru ini, Budiey sempat borak-borak dengan Zulaikha. Nampaknya rambut Zulaikha sekarang makin panjang. Yelah, menurut Zulaikha, dia tak pernah gunting sejak dari lahir!

Mungkin ramai yang masih tak kenal dengan Zulaikha. Tapi bagi yang pernah tonton program kanak-kanak yang dihoskan oleh Aznil Hj Nawawi, Tom Tom Bak pasti kenal Zulaikha. Bakat beliau dicungkil di program Tom Tom Bak dan kemudian menjadi penari cilik DBKL pada usianya 9 tahun.

Zulaikha tampil dalam program Bang Bang Boom sebagai penampilan khas membawa watak budak miskin yang mengemis. Kalau anda pernah tonton Bang Bang Boom di hari raya yang lepas pasti ingat dengan budak perempuan yang meminta untuk menjual CD album dan mahu menukarnya dengan beras di pasaraya Giant, Shah Alam. Tapi untuk kali ini, Bang Bang Boom membawa Zulaikha untuk berlakon sekali lagi dengan watak sama di Central Market pulak.

Terbaru, Zulaikha akan muncul dalam drama Mr Mama musim baru di TV3. Beliau juga mencuba nasib untuk menyertai teater muzikal Terima Kasih Cinta yang kini masih dalam peringkat memilih pelakon.

Zulaikha

Zulaikha

Zulaikha

Zulaikha

Zulaikha

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Aran, Azhar & Asyraf Hos Khabar Haji Musim Kedua

Iwan AF8 Beri Alasan Tidak Berpuasa Masa Shooting