in ,

Pelakon Nur Fazura Doakan Kebahagian Shaheizy Sam & Syatilla Melvin

Pelakon, Nur Fazura Sharifuddin, 32, yang pernah dikaitkan bercinta dengan Shaheizy Sam, mendoakan agar Sam dan pasangannya, Syatilla Melvin hidup bahagia selama-lamanya sebagai suami isteri.

Bagi bintang Langit Cinta itu, setiap insan wajar mempunyai sikap dan perasaan sama apabila melihat insan lain berbahagia.

fazura-miss

Fazura berkata demikian ketika diminta mengulas berita aktor itu bakal berkahwin dengan pelakon wanita itu pada 8 Februari depan.

“Saya gembira untuk mereka dan mendoakan agar Sam dan Tilla (Syatilla) bahagia ke anak cucu,”

Fazura mengakui dirinya bersedia untuk hadir ke majlis perkahwinan pasangan berkenaan sekiranya menerima undangan.

“Kalau dijemput, saya pergi untuk sama-sama meraikan hari bahagia mereka,” katanya yang pernah berlakon dengan Sam dalam filem Manisnya Cinta Di Cappadocia (2014).

Ujar pelakon jelita itu, tiada sebab untuk dirinya bersedih setiap kali menerima berita bekas teman lelakinya akan berkahwin.

“Saya bukan untuk dia dan dia bukan untuk saya. Saya gembira untuknya,” katanya tersenyum.

Wanita yang sentiasa positif ini berkata, beliau percaya kepada ketentuan Allah dalam merencana hidupnya.

Fazura sendiri mengakui, beliau dapat berasakan jodohnya juga semakin hampir dan dirinya bersedia untuk bergelar isteri.

Akuinya, beliau turut mempunyai rencana tersendiri termasuk merancang fasa kehidupan selepas bergelar isteri orang satu hari nanti.

“Doakan yang terbaik dan terima kasih kepada semua peminat. Saya juga bersyukur kepada Allah atas rezeki dan rahmat daripada-Nya,” katanya yang ditemui pada majlis pelancaran album terbaharu kumpulan Estranged berjudul Sepenuhnya Vol 1.

Fazura turut berduet dengan kumpulan berkenaan menerusi lagu Hancur Aku.

Sumber: Berita Harian

Facing Up To Fazura

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Aiman Hakim Bakal Buka Kafe Studio di Damansara Perdana

Angelina Jolie & Brad Pitt Ambil Anak Angkat dari Kemboja