Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Pelakon Noorkhiriah Selamat Bersalin



Selepas tiga tahun menunggu, akhirnya pelakon Noorkhiriah, 33, dikurniakan bayi lelaki pada pukul 9 pagi tadi di Pusat Perubatan Pakar Damansara, Petaling Jaya. Menurut Noorkhiriah atau nama sebenarnya Norkhiriah Ahmad Shafie, dia masih menunggu suaminya memberitahu nama anak sulungnya yang seberat 2.56 kg itu.

“Saya dan suami, Azfaidzul Antan telah sepakat kalau bayi lelaki, dia yang akan beri nama manakala kalau perempuan, saya yang kena beri… jadi sekarang saya tak tahu apa namanya sebab suami sedang uruskan pendaftaran nama bayi,” katanya dalam nada suara yang lemah ketika dihubungi.

Walaupun lemah kerana bersalin secara pembedahan, pelakon yang mendapat jolokan Artis Komedi Paling Popular di Anugerah Bintang Popular 2008 ini menyambut kelahiran bayinya dengan pelbagai rasa.

“Alhamdulillah, saya tak tahu macam mana nak gambarkan perasaan sekarang. Ada rasa gembira, terharu dan tak percaya sebab dulu biasa berlakon dengan anak orang tetapi kali ni anak sendiri yang berada di sebelah. Dia asyik tidur sahaja,” ujarnya yang turut menerima kedatangan rakan artis lain seperti Ann Ngasri sejurus selepas bersalin.

Diikutkan dia dijangka bersalin pada 16 November ini tetapi Noorkhiriah yang pernah keguguran sebelum ini tetap bersiap sedia untuk menerima kehadiran putera sulungnya itu.

“Kalau boleh, memang saya nak bersalin secara normal sebab saya dah pun siapkan air selusuh dan minyak selusuh tetapi minggu lepas doktor beritahu saya perlu bersalin secara pembedahan. Doktor kata kepala bayi hampir di sebelah uri saya. Jadi, sebab saya tidak mahu mengambil risiko, saya bersetuju juga untuk melakukan pembedahan. Bukan senang saya nak tunggu bayi ni keluar..tiga tahun,” tuturnya yang tidak menolak untuk mempunyai cahaya mata lagi.

Noorkhiriah berkata semuanya bergantung kepada rezeki Tuhan dan sempat mengaitkan aktres Lisdawati dengan dirinya.

“Kalau ada rezeki, memang saya nak anak lagi. Orang kata memanglah bersalin secara pembedahan ni perlu ambil masa untuk mempunyai anak lagi. Tetapi ada juga yang cepat dapat anak kedua seperti Lisdawati selepas bersalin anak pertamanya secara pembedahan,” tambahnya yang akan bercuti sementara daripada karier seni sehingga Februari depan.

Selepas keluar dari hospital dua hari lagi, pelakon filem ‘Susuk’ dan ‘Gubra’ ini akan berpantang di kampungnya di Raub, Pahang. Dia juga berterima kasih kepada rakan-rakan, peminat dan sesiapa yang mendoakannya dari jauh. [sumber]

Tags:

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Cat Farish Dapat Anak Lagi
  • Gambar Noorkhiriah di Party Dinner Pelakon Komedi ABP2010
  • Nora Danish Namakan Anaknya Putera Raiqal Ramli Bin Rizal Ashram Ramli
  • Pelakon Nora Danish Bersalin Dapat Anak Lelaki
  • Gambar Bayi Perempuan Eva Latheefa Anak Cat Farish
  • Senarai Finalis Akhir Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009
  • Tiz Zaqyah Berjaya Jadi Finalis Top 5 Pelakon TV Wanita Popular
  • Gambar Intim Rosyam Nor Dengan Fauziah Latif
  • Selamat Tahun Baru Cina 2011
  • Bersama Normala Samsudin di TV1



    • http://www.nuruladriana.blogspot.com Nurul

      tahniah. semoga sentiasa sihat sejahtera bersama keluarga. eh skema ayat !

    • http://storyofsuri.blogspot.com/ mama suri

      tahniah…suka tgk khiriah berlakon…semoga lepas ni bertambah2 rezekinya…amin

    • sue

      tahniah yea kak kerie….

    • enadyepunk

      tahniah kak………kak tetap cantik walaupun penat…………………………

    • Hamba Allah

      semoga sukses dan hepi bersama family. amalkan selalu sifat merendah diri dan tak sombong pada peminat. InsyaAllah rezeki melimpah ruah dan dapat award lagi…

    • marz

      tahniah! alhamdulliah..

    • Aindhia

      Tahniah untuk Noor dan Suami…semoga dgn kehadiran insan baru yg comel itu akan menambahkan lagi rezeki anda..

    • NONA

      TAHNIAH..TAHNIAH…TK KISAH LA OPERATE KE NORMAL KE..JANJI SELAMAT..DAN TENTUNYA UTK KEBAIKAN KITA JUGAK DARI MENANGGUNG RISIKO..AKU PUN BARU 3 BULAN LEPAS BERSALIN..DPT BABY GIRL..



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK