Pelakon Noniswara dan Datuk Rosman Kahwin Hari Ini
Pada hari ini, pelakon cantik yang berstatus janda, Noniswara Baharudin (39 tahun) akan berkahwin dengan Pengerusi U Mobile, Datuk Rosman Ridzwan (umur: 50 tahun) yang akan berlangsung selepas solat Isyak di Masjid Wilayah, Jalan Duta, Kuala Lumpur. Majlis resepsi akan berlangsung pada 1 Ogos pada jam 8 malam di Hotel Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.
Pelakon yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan dan berstatus ibu tunggal ini mempunyai tiga anak dari perkahwinan pertama. Rosman pula berstatus duda dan mempunyai lima anak dari perkahwinan terdahulu. Majlis perkahwinannya akan berlangsung secara ringkas dan sederhana untuk meraikan ahli keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.
“Buat apa saya nak berkahwin secara senyap-senyap di Thailand dan merahsiakannya dari pengetahuan pihak media? Bagi saya, soal mendirikan masjid ini wajib diberitahu kepada orang ramai kerana ia perkara yang baik. Majlis ini juga untuk memberitahu saudara-mara, teman rapat dan peminat, saya sudah menamatkan zaman solo (janda) dan kini berkahwin buat kali kedua dan membina keluarga yang baru. Apa yang saya harapkan sekarang, peminat juga mendoakan majlis pernikahan dan resepsi kami berjalan lancar seperti direncanakan nanti.”
Noniswara begitu berdebar walaupun ini adalah perkahwinan kedua beliau. Akui agak kelam kabut jugak.
“Saya juga mengambil masa dua minggu untuk menguruskan dokumen berkaitan yang diperlukan untuk majlis pernikahan saya ini. Rupa-rupanya memang rumit untuk bernikah di Wilayah Persekutuan. Kata orang, bercerai susah berkahwin semula pun susah juga.”

Noniswara yang juga Pengarah Urusan Symphony Advanced Sdn Bhd berkata, setakat ini ia sudah siap 80 peratus membabitkan baju, kad undangan dan jamuan makan.

“Kad undangan sudah diedarkan kepada jemputan yang juga saudara-mara dan keluarga terdekat kedua-dua belah pihak dan rakan media. Majlis resepsi yang berkonsep moden dan tradisional ini juga tidak ada majlis persandingan. Kami hanya mengadakan jamuan makan dan ada acara memotong kek perkahwinan nanti. Pada majlis akad nikah, saya bakal menggayakan rekaan dari butik Cosry dan pada majlis resepsi pula rekaan Amir Luqman. Selain itu, tetamu turut dihiburkan dengan persembahan hiburan daripada rakan artis yang juga teman rapat pada majlis resepsi itu nanti. Maaflah, saya tidak boleh beritahu siapa rakan artis yang diundang untuk buat persembahan kerana ingin memberikan kejutan buat tetamu nanti.”
Selamat pengantin baru, Datin! Semoga bahagia dan sejahtera dalam rumahtangga yang aman hingga akhir hayat. Tahniah~!
Tags: gambar noniswara, gambar wedding noniswara, Noniswara Baharuddin, noniswara kahwin
Tags: Artis Berkahwin, gambar noniswara, gambar wedding noniswara, noniswara kahwinClick on the following buttons to share this article with your friends:
Baca artikel lain yang berkaitan:





July 31st, 2009 at 8:50 am
bagi aku lah kan, kalau nak kahwin tu kahwin jerlah, tak payahlah nak perli org len yg kahwin kat thailand tu..perkahwinan kau ni pun belum tentu lebih panjang dr org tu..
July 31st, 2009 at 3:29 pm
Eh aku rasa dia cakap general sahaja, bukan tujukan pada siapa2 pun pasal dia tak mahu kahwin senyap2.
Kau terasa eh?
Mesti kau rampas laki orang kan? Pastu kawen kat Thailand?
Ha ha ha…
August 1st, 2009 at 12:42 am
cuba kalo amik laki org…jd binik no 2/3/4…mesti xkecoh cmni nyer…wahahhahahaha
August 1st, 2009 at 1:38 pm
Tahniah! Selamat Pengantin Baru. Semoga dirahmati Allah s.w.t.
August 1st, 2009 at 2:38 pm
tahniah.. masih awal untuk korang bergosip pasal artis ni.doakan jela.kan sesama muslim.
August 4th, 2009 at 8:06 am
Tahniah.. Cantik Nonis ni
August 11th, 2009 at 12:31 pm
DATUK ROSMAN, CONGRATs..HOPE THIS TIME IT WILL LAST FOREVER, MASA ZURA DULU MELETUP KAT UR OFFICE AQIL QISTI WE ALL DAH AGAK IT WILL NOT LAST FOREVER…
WHTEVER IT IS, WE HAVE GOOD TIME 2GTHER WHN MAS Y2K TENDER WON. ANYWAY CHEERS!