in ,

Pelakon Liza Abdullah Fail Permohonan Cerai

Pelakon Norliza Abdullah memfailkan perceraian terhadap suaminya yang dikenali sebagai Zolkifli di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Keramat, Kuala Lumpur. Pada hari ini, Portal Mstar Online telah melaporkan Liza Abdullah, 52, hadir ditemani peguamnya bagi tujuan berkenaan dan memfailkan permohonan di kaunter mahkamah pada Rabu lalu. Liza turut mengemukakan saman di mahkamah bagi membolehkan suaminya yang kini berada di Johor Baru untuk hadir bagi sebutan kali pertama kes berkenaan pada 5 Februari depan.

Dalam satu temu bual dengan sebuah akhbar pada 2012, Liza menepis khabar angin berhubung gosip kononnya dia sedang menghadapi masalah rumah tangga dan enggan berkongsi kisah peribadi dengan peminat. Hasil perkahwinannya dengan Zolkifli kira-kira 26 tahun, mereka dikurniakan empat orang anak iaitu Zulhaffiz Zarriq, 25, Nur Naffiz Syahiddah, 21, Zulsyahmi Naqib, 12, dan Zulsyahmi Afif, 10.

Pelakon itu yang pernah popular dalam drama Vanilla Coklat bagi siaran TV3 dua tahun lalu merupakan bintang filem ternama sekitar tahun 1980-an. Antara filem lakonannya ialah Ali Setan, Pagar-Pagar Cinta, Driving School dan Jejaka Perasan.

LIZA ABDULLAH - JOYAH

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Hafiz Juara Pencetus Ummah Musim Pertama

Super Junior Rasmi Restoran KyoChon Pertama di Malaysia